Sunday, April 1, 2012

Dapat surat dari SPA (Juruaudit gred W41)

Hari tu duk sibuk sibuk kat ofis. Tetiba hencet memekik lagu cindai lah malam. Aik. Sejak bila pulak hencet saya bertukar ringtone nie. Biasanya lagu Datok M. Daud Kilau. Ini bertukar lagu Datok Siti pulek.

Hehehe.

Ambik hencet. Tekan butang butang manja. Oh. Ada email rupanya. Bukak email. Errrr. Dari SPA. Dorang tulis:

"Dengan segala hormatnya anda di jemput menghadiri peperiksaan memasuki skim Perkhidmatan Juruaudit Gred W41. Butir butir peperiksaan adalah blaa blaaa dan blaaa...."

Erk.

Saya di jemput untuk ambik exam Perkhidmatan Juruaudit Gred W41??




Saya tersenyum. Duk dalam lima minit hencet memekik lagi. Oh. Ayah saya call.

"Ada surat SPA sampai kat umah nie blaa blaaa dan blaaaa"

Suara ayah kedengaran dari corong telepon.

Hehhee.

Dua bulan lepas saya dah terpilih ambik exam SPA untuk jawatan Pegawai Kastam. Tapi saya tak pergi. Sebab family tak bagi. Sebab dorang cakap perempuan tak elok kerja kastam kastam nie. Sebab kerja sebagai pegawai kastam nie kena rampas barang barang yang tak diluluskan. Kalau ada orang dengki rumah kita pun dorang akan bakar. So hari tu saya tak pergi untuk exam SPA(Pegawai Kastam)

Kali nie Alhamdulillah saya dapat lagi dan kali nie semua family menyokong saya untuk ambik exam SPA nanti. Bila? Dalam surat nie cakap exam tu akan berlangsung empatbelasharibulanempat nanti dekat PICC Putrajaya bermula lapansetengahpagi sampai pukul duapotang. Kiranya dalam masa dua minggu lagi lah kan?

Fuhhh. Memang kali nie saya rasa bersemangat nak ambik exam nie. Tapi orang cakap jangan mengharap sangat. Sebab nak dapat kerja kerajaan nie bukannya senang. Banyak stage kot. Yealah. Nak kerja senang kenalah bersusah susah dulu. Kan? Tak pe. Yang penting usaha dan tawakal kan? Ada rezeki Alhamdulillah.

So sekarang saya sibuk duk study pasal sejarah sejarah Malaysia. Siap beli buku lagi. Dan salah satu soalan dalam seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah ialah:

Untuk menyembunyikan perkataan AKTA, hurufnya di susun semula. Berapakah cara yang boleh di lakukan?"


A- 3
B- 4
C- 11
D- 23

Ce awak jawab.

Hehehehehee.

Okelah. Nak kena sambung study nie.

Baiiii.

Hati kechixx: Nanti saya bagi jawapan!;)

7 comments:

Yana Yassin said...

Good Luck,...:))

Si Orkid said...

wow..good luck yer..tahniah!

Nur Iman said...

susah soklan tu, tak mampu nak jawab :)

#semoga berjaya :)

Unknown said...

he3 , gud luck abg ,, insyAllah , dapat lar tuh ,,

::aien:: said...

tahniah! na tnya isi SPA result spm ke or dip or degree? bestnyee. isi lama dah tp xdpt jwpn pape pon lg sob sob -.-

News Kerjaya said...

Alhamdulillah, makin ramai yang lulus
ujian kerja kerajaan. Kalau dulu bukan
main susah nak lepas. Mungkin soalan
makin mudah kot. All da best untuk
yang nak hadir exam JURUAUDIT minggu
depan. Dapatkan contoh soalan, tips dan rahsia lulus peperiksaan juruaudit w41 di sini
http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=tipsptd5279

News Kerjaya said...

Alhamdulillah, makin ramai yang lulus
ujian kerja kerajaan. Kalau dulu bukan
main susah nak lepas. Mungkin soalan
makin mudah kot. All da best untuk
yang nak hadir exam JURUAUDIT minggu
depan.Dapatkan contoh soalan, tips dan rahsia untuk lulus peperiksaan juruaudit w41 di sini
http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=tipsptd5279