Thursday, October 25, 2012

Pendapat doktor selalu berbeza beza. Sigh.

Memang betul kan pendapat doktor selalunya berbeza beza.

Hari tu saya ada cerita pasal saya admit kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkaitan laluan lembut. Padahal saya baru 29 minggu masa tu. Doktor pakar kat situ dah terangkan kat saya yang saya memang dah tak boleh buat kerja kerja berat dan kena kurangkan berjalan. Takot nanti ia akan merangsang rahim untuk bekerja kuat membuatkan laluan makin lembut. Means that saya kena banyakkan berehat dari buat kerja kerja rumah.

Dua tiga hari lepas saya ada check up pulak kat Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. Saya saja tanya pendapat doktor kat situ pulak. Doktor perempuan. Tak silap saya nama dia Zahra. Muda lagi.

"Ehhhh. Apesal pulak awak tak boleh buat kerja rumah? Awak still boleh buat kerja kerja rumah. Tak kan lah awak tak nak buat kerja kerja rumah kan? Awak tak perlu berehat. Rehat boleh tapi kerja rumah kena buat. Eh. Awak nak pergi shopping ke sana ke mari pun boleh. Memang tak dek masalah dengan laluan awak"

Sigh. Saya mengeluh. Jawapan doktor ni macam tak memuaskan hati saya. Mulalah saya confius nak percaya doktor yang mana satu. Doktor kat hospital ke doktor kat klinik kesihatan.

Last last saya call abang saya. Abang saya seorang doktor. Saja nak mintak pendapat dia.

"Mulai hari ni memang adik kena kurangkan buat kerja kerja berat. Kena kurangkan berjalan ke sana ke mari. Sebab bila kita guna tenaga yang banyak untuk aktiviti harian rahim pun akan bekerja kuat dan akan membuatkan laluan makin senang lembut. Biasanya ibu hamil yang laluan lembut ni adalah fasa pertama nak melahirkan anak. Tapi sekarang adik punya kandungan baru 29 minggu. Takut nanti bersalin pra matang. So sekarang memang kena banyak berehat. Kalau nak balik kampung memang prefer naik flight. Kalau naik kereta jalan selalu tak oke. Goyang goyang. So takot nanti effect kat rahim"

Itulah penjelasan abang saya. So konklusionnya saya hanya percayakan nasihat abang saya dan nasihat doktor pakar HTAR Klang je. Nasihat doktor klinik kesihatan tu memang tak boleh nak pakai. Ada ke patut cakap saya boleh lagi pergi shopping shopping. Mungkin doktor tu baru habis belajar lah kot. Saya pun tak sure.



Tapi memang betul. Banyak doktor banyaklah pendapat yang berbeza beza sehingga dapat mengkompiuskan pesakit. Pesakit pulak bukannya tahu apa apa.

Okelahbaiiii.

Hati kechixx: Hati hati dengan nasihat doktor. Kalau boleh tanyakan dengan banyak banyak doktor. Bukan hanya tertumpu pada seorang doktor. Kan?:)

7 comments:

Fazleyatul Aini said...

apa2 pon jaga kesihatan ye. tak kira la laluan lembut ke tak, mengandung still tak leh buat kerja berat. lagi2 kandungan first. byk kan rehat dan makan, makanan yg berkhasiat. wah mcm aku plak doktor. hahaha

Firdausy CiLiKku said...

Tahniah, moga selamat dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik buat ibu n baby.
pada saya eloklah dengar kata doktor pakar sebab dia tau sejarah kesihatan kita. dan dah namanya pun pakarkan.. mestilah dia tau.

shafiqabdshukor said...

baik kak..
tahniah jugak..

Mrs. Abi said...

selain dri nasihat doktor kita pun kena fikir yg mana bain n buruk or sense.... kalau sy jd awk pun sy takkan buat kerja berat sbb laluan dh lembut dan baru 29 minggu... wt keje boleh tp jgn berat2...huhuhu so xyah la wt keje awk, rehat je k...

Akaqkaypoo said...

salam...tumpang lalu...
lain org lain gayanya, doc pn kdg2 ikut pengalaman, jd konfius skit...tp syukur la klu laluan adik dh lembut..akk overdue 2 weeks lg..kne operate...keje umah buat, pusing shoppin mall beround2, siap 'jolok' msk ubat 3x kt tut pn still blum bukak jln..papepn hati2..moga allah permudah urusan..amin

Akaqkaypoo said...

salam..tumpang lalu..
lain org lain gayanya, doc pn kdg2 ikut pengalaman sblmnya..skit konfius dgn kes br ni..maafkn mereka..mcm kes akk,overdue 2 weeks, kne operate..buat keje lasak, pusing shoppin mall beround2, siap kne 'jolok' msk ubat kt tut 3x pn xbukak2 jln...papepn hati2..moga allah permudah urusan...amin

sya ibrahim said...

bagi sy kebanyakan pendapat atau nasihat dr doktor hospital gomen lebih dpercayai dr doktor pakar swasta. sbb doktor hospital gomen ni lebih teliti klu nk bandingkn swasta punya doktor. sbb sy dh pernah rasa brsalin kt gomen dgn swasta...