Fuh fuuhhh. Tiup tiup blog yang dah lama berdebu bersarang niii. Hahaaha. Biasalah lelama tak bukak blog mulalah rindu luar biasa. Yealah last post entry 23 June 2019. Haha. Dah nak hampir setahun Eina tak bukak blog. RINDU!
Macamana kehidupan korang sekarang? Ada ok ka? Makan minum tidur semua ok ke? Yealah hari ni kan dah masuk hari ke berapa ye kita PKP. Eina sejak-sejak pkp ni memang selalu lupa hari dan tarikh. Haha.
Eina doakan semuanya dipermudahkan urusan korang, dilimpahkan rezeki dan paling penting sihat selalu okay. :)
Berita paling best hari ni adalah Kes Baru Untuk Covid 19 hari ni hanya 16 SAHAJA! Paling rendah di negara kita. Happy sangat! Dan rasa bersyukur. Sama-sama kita doakan semoga cepat-cepat covid 19 hilang dari dunia!
Aminnn.
#Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan 1441 Hijrah. Moga segala amalan kita diangkat dan diterima olehNYA. Aminn!