Ni sambungan dari Pengalaman bersalin anak pertama. (Sa'ad Muslim) -Bahagian 1-
Baru nak sambung setelah berbulan bulan asyik tak sempat saje. Hehe.
"Puan. Jom kita ke labour room"
Aduh. Terkejut saya. Perasaan saya masa tu hanya Allah sahaja yang tahu. Suami saya pulak baru ondaway dari Shah Alam. Adus. Sempat ke tak suami saya nak teman saya kat labour room nanti? Macamana rupa bentuk labour room? Apa terjadi dengan doktor muda Fatin Amira tu?
Perasaan saya bercampuk aduk masa ondaway ke labour room. Doktor muda Fatin Amira tu ikut saya sekali.
"Puan. Puan boleh ke berjalan? Kalau tak saya ambikkan Puan wheelchair."
Saya senyum.
"Tak pe. Saya boleh jalan lagi. Sakit sikit je"
Balas saya lalu terus berjalan bersama nurse tadi ngan Doktor Fatin ni. Dalam perjalanan tu Doktor Fatin masih sempat tanya soalan saya macam macam. Saya masih oke lagi ketika tu. Sampai labour room perasaan makin berdebar debar. Dup dap dup dap. Tapi perut tak sakit sangat lagi. Sakit kejap kejap.
"Fatin. Boleh ke saya bawak masuk handphone? Sebab nanti senang nak contact suami"
"Eh. Suami akak kat mana?"
Si Doktor Fatin ni pun dah tak berPuan Puan dah dengan saya. Nampaknya hubungan saya dengan Doktor Fatin ni makin mesra alam gitu. Bagai akak dan adik saje. Hihi.
"Suami akak baru ondaway dari Shah Alam. Eh. Akak nak call suami kejap lah boleh?"
"Boleh boleh"
"Puan boleh baring yea. Pastu kain batik ni Puan bukak letak je atas badan Puan"
Pinta seorang nurse kat saya.
Ya Allah. Malu pun ada masa tu. Mana taknya kain batik nak kena bukak pastu letak je kat badan ni. Tutup macam tu je. Kalau terselak? Malu malu. Tapi saya hanya menurut saje perintah nurse tu.
Baring masih relax relax saje. Sakit kejap kejap. Seingat saya, saya masuk ke dalam labour room tu dalam pukul 230 petang. Alhamdulillah bilik tu sangat selesa. Setiap bilik hanya di khaskan untuk seorang ibu. Ada air cond. Ada kipas. Sangat selesa. Masa tu ramai sangat jururawat pelatih.
Doktor Fatin masih lagi bertanyakan soalan macam macam kat saya untuk praktikal dia. Saya hanya jawab dalam tendang. Eh. Silap. Dalam tenang. Hihi.
Duk kejap tu datang seorang doktor perempuan. Nampak gaya yang ni memang doktor betul betul. Bukan doktor pelatih. Bertudung ayu.
Duk kejap tu pulak makin ramai nurse nurse pelatih masuk ke bilik saya. Perut saya masa tu tak sakit sangat lagi. Masih boleh tersenyum manja. Eh?
"Ok. Awak sediakan alatan k"
Pinta doktor tu kat seorang nurse situ. Nurse tu pun siapkan alat alat kat sebuah troli.
"Ok. Puan. Saya nak pecahkan air ketuban Puan ni. Sakit sikit yea. Tapi Puan jangan lawan. "
Saya diam dan hanya menurut perintah doktor saje. Saya nampak doktor tu ambik satu alat plastik putih panjang macam chopstik gitu. Memang rasa sakit sikit. Tapi saya rasa doktor tu dah buat habis lembut kat saya.
"Puan..Puan jangan lawan yea. Kejap je ni. Saya nak pecahkan air ketuban."
Pesan doktor tu lagi. Saya hanya jawab ok sambil menahan sakit. Ramai sangat nurse nurse pelatih tengok saya masa tu. Perasaan malu dah tak pikir dah. Yang penting segalanya selamat.
Duk kejap tu saya dapat rasa seperti ada air yang keluar. Terasa suam suam macam air kencing.
"Ok Puan. Air ketuban awak dah pecah ni. Puan baring je k. "
Kata doktor tu pada saya. Saya hanya senyum saje.
Terasa basah habis kain batik saya tadi. Katil pun terasa basah. Ooooh. Macam ni rupanya rasa air ketuban. Lepas selesai pecahkan air ketuban tu semua nurse nurse pelatih dan doktor tu keluar. Tinggallah saya bersama Doktor Fatin Amira tu. Doktor Fatin Amira ni baik rupanya. Lemah lembut. Sopan. Selalu senyum setiap kali pandang saya.
Doktor Fatin lap lap katil saya.
"Akak..akak ok tak ni?"
Soal Doktor Fatin.
"Ok lagi setakat nie"
Balas saya tersenyum.
"Sebenarnya waktu saya bertugas dah habis. Saya dah boleh balik ni. Akak nak mintak saya temankan akak tak? Kalau akak nak saya boleh temankan"
Saya tersenyum.
"Akak nak mintak Fatin tolong temankan akak boleh? Sebab akak takot suami akak tak sempat sampai. "
"Boleh akak. Saya temankan akak ok"
Doktor Fatin tersenyum ke arah saya.
Ya Allah. Saya rasa bersyukur sangat sangat sangat sebab di saat saya sakit ni dan suami masih tak di sisi Allah kurniakan saya seorang Doktor Fatin Amira yang sangat sangat baik. Doktor Fatin ni sanggup tunggu saya untuk bersalin sedangkan dia sepatutnya dah boleh balik untuk berehat. Nak nak dia sebenarnya oncall semalam. Baiknya dia. ;')
Bilik tu hanya tinggal kami berdua sahaja. Nurse nurse ngan doktor sibuk ke hulur ke hilir ke bilik bilik lain. Kejap bilik tu kejap bilik ni. Kekadang saya terdengar bilik sebelah menjerit kesakitan nak bersalin. Berdebar debar saya di buatnya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan aku untuk melahirkan anak sulong ni Ya Allah.
Mulut saya tak habis habis baca ayat Kursi ngan doa Nabi Yunus.
Dalam pukul 330 petang camtu perut saya makin kerap sakit. 10 minit sekali sakit. Sekali sakit memanglah SAKIT sangat!
"Fatinnn. Akak sakit perut. Rasa memulas mulas Fatinn"
"Akak. Akak banyak banyak beristigfar. Ingat Allah k. Baca ayat kursi banyak banyak"
"Ok. Fatin akak dah tak sakit"
Saya tersenyum memandang Doktor Fatin yang setia menunggu saya. Kalaulah Doktor Fatin ni tak de tadi sure saya di tinggalkan sorang sorang dalam bilik tu. Syukur sangat Allah hadiahkan Doktor Fatin untuk saya ketika itu.
Kejap kejap saya terdengar bilik sebelah menjerit kuat nak bersalin.
"Akak. Nanti akak betul betul sakit nak bersalin akak jangan menjerit macam tu taw. Akak kena banyak banyak istigfar. Baca ayat kursi. InsyaAllah Allah akan permudahkan akak untuk bersalin"
Saya tersenyum. Makin lama perut saya makin kerap sakit. Ya Allah sakitnyaaaaa. Sakit sangat sangat. Rasa macam dah tak tahan sakit ni.
"Fatinnnn. Akak sakit Fatinnn."
"Akak istigfar banyak banyak. Baca ayat kursi akak. Ingat Allah. Allah ada bersama kita akak."
Sakit makin cepat datang. Terasa nak berguling guling sakitnya. Perut memulas mulas sangat sangat dan sangat. Ya Allah sakitnya Ya Allah.
"Fatinn. Akak panas Fatin. Tolong stopkan kipas kat akak je. Akak panas sangat sangat ni Fatinn"
Badan saya berpeluh peluh sangat masa tu. Padahal bilik tu dah ber air cond. Kipas pun dah no. 5. Tapi Ya Allah. Berpeluh peluh habis badan saya masa tu. Tak tertahan sakitnya Ya Allah.
Saya terus bukak tudung. Sebab masa tu macam bertitik titik peluh saya. Spek pun saya dah bukak. Saya betul betul sakit sangat masa tu. Sakit sangat sangat awak.
Kain batik saya dah berselerak. Saya dah tak kisah semua tu sebab saya sakit sangat sangat.
"Fatinnn. Akak rasa nak macam nak berak. Boleh ke akak teran? Rasa dah tak tahan sangat ni Fatinn"
"Akak akak mengiring k. Pastu akak teran"
Saya mengiring lalu meneran. Terasa macam betul betul nak berak. Ya Allah sakitnya Ya Allah.
Duk kejap tu datang seorang doktor lelaki. Penglihatan saya makin kabur kabur. Nak nak saya dah bukak spek. Kejap saya mengiring ke kanan kejap ke kiri. Kain batik entah kat mana.
"Kita tunggu sampai pukul 7 petang"
Saya tengok jam. Ya Allah nak tunggu pukul 7 baru saya dapat bersalin? Sekarang baru pukul 4! Ya Allah lambatnyaaaaaaaaaaaa.
Sakit makin kerap. Badan saya makin lemah. Masa tu hanya Allah di ingatan saya. Allah. Allah. Allah. Menangis saya ketika itu. Badan berpeluh peluh. Penglihatan makin kabur. Terasa macam nak mati masa tu. Lemah sangat sangat tak bermaya.
"Fatinnn. Akak dahaga"
Doktor Fatin segera ambikkan saya segelas air berserta straw. Saya minum seteguk. Terus terasa tak nak minum. Sakit sangat Ya Allah. Hati terus membaca ayat Kursi. Kekadang tunggang langgang saya baca. Namun saya terus membaca sambil menyebut Allah. Allah. Allah.
Doktor Fatin masih setia menemani saya. Suami saya mungkin masih dalam perjalanan ketika itu.
"Fatin akak panas Fatin. Panas sangat. Akak berpeluh sangat sangat ni Fatinnn"
"Akak tunggu kejap yea saya carikkan kain tuala kecik. Nanti saya lapkan badan akak"
Suami saya dah sampai mana ni? Dari Shah Alam nak sampai Kelate ada 8 9 jam. Sempat ke tak ni? Apa terjadi lepas Doktor Fatin Amira carikkan kain tuala kecik? Siapa yang sambut baby saya nanti? Jeng jeng jeeengggg. Okelah nanti sambung kat bahagian 3 k. Hihi. Kasi suspen sikit adik kakak semua. Hihi.
Bersambungggg...
2 comments:
ish...akak...saje kan???
Huhu...alah mimpi2 lah saya lepas ni.huhu...
Assalamualaikum mama Sa'ad Muslim :) tolong laa update lagi cerita brrsalin ni..hehe.sebab Nana dah masuk 36weeks..tengah belajar dan baca pengalaman2 ibu-ibu yang dah ada pengalaman ni..tq in advance!Selamat Hari Raya Aidilfitri..peluk cium utk handsome boy Sa'ad Muslim ya :)
Post a Comment