Sunday, July 21, 2013

Suntikan pertama Pneumococcal untuk Muslim.

Asslamualaikum.

Alhamdulillah semalam Muslim dah selamat untuk suntikan pertama Pneumococcal. Kami buat suntikan tu di Poliklinik Shaik Kota Kemuning. Firstime sampai Poliklinik tu. Sebab biasanya kami setia dengan Klinik Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam. Punyalah berderu ramai orang kat situ. Berduyun duyun tak berenti.



Agak besar Poliklinik ni. Dan selesa. Layanan pekerja dan doktor pun bagus. Dari Shah Alam ke Kota Kemuning tak lah jauh sangat. Dalam setengah jam gitu.

Agak sesat jugak mula mula tu. Sebab tempat tak biasa kan. Siap pusing tempat sama je. Hihi.

Dah daftar tu nurse situ panggil untuk timbang berat and tengok suhu Muslim. Pastu tunggu turn nak jumpa doktor pulak. Even ramai sangat orang tapi turn kami cepat. Sampai turn kami bertiga berduyun duyun masuk bilik doktor. Doktor Fauziah namanya.

"Assalamualaikum"

Doktor Fauziah bagi salam kat kami.

"Waalaikumussalam"

Borak borak manja sikit dengan Doktor Fauziah. Pastu dia suruh saya pegang Muslim kuat kuat. Sorang nurse tolong saya. Saya tengok je Doktor tu suntik Muslim. Masa doktor tu tekan jarum ke peha Muslim punyalah Muslim menangis kuat. Nak menangis saya tengok dia. Kesian anak mama. Tapi tak pe sayang. Ini memang untuk kebaikan Muslim.

Dah lepas tu Muslim dah tak nangis. Hihi. Anak mama kan kuat dan taff.

Tup tup settle. Untuk suntikan pertama ni harganya hanya RM190 sahaja. Sebab apa saya cakap sahaja. Sebab murah gile kalau nak bandingkan kat Klinik Ajwa Shah Alam. Kalau kat Klinik Ajwa untuk first dose pun dah RM350! Fuh.

Even mahal tapi kami sanggup. Sebab suntikan ni sebenarnya SANGAT penting untuk baby. SANGAT SANGAT penting! Kat buku rekod Poliklinik Shaik Muslim ni ada di tulis tentang apa itu Pneumoccocus.

"Penumoccocus is a bacteria that can cause serious illness in young children particularly of the brain (meningitis), lungs (pneumonia) and ears (otitis media). Your child will receive 1 -4 doses depending on his/her age and you will advised accordingly by your doctor"



Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Suntikan Pneumococcal ni kena ambik 4 dose. First dose Muslim 7 bulan (sekarang). Untuk second dose nanti Muslim dah masuk 8 bulan. Third dose 10 bulan. Dan last sekali Pneumococcal Booster. Tapi seingat saya doktor HUSM Kubang Kerian (tempat Muslim di lahirkan) cakap suntikan ni memang boleh ambik seawal dua bulan.

So untuk semua ibu ibu bapak bapak pergilah yea ambik suntikan untuk anak anak awak cepat cepat oke. Penting sangat sangat suntikan ni. Mahal untuk kali ni jea. Pergi taw!

Tapi sebelum pergi korang kena survey survey dulu ok. Sebab ada klinik ambik mahal ada yang ambik murah. Ni alamat untuk Poliklinik Shaik.

Poliklinik Shaik
7C Jalan Anggerik Vanilla N 31/N,
Kota Kemuning, 
40460 Shah Alam,
Selangor.
Tel: 03-51229030







Okelahbaiii.

Terima kasih daun pandan sebab sudi singgah dan baca sini.

Take care! ;)




No comments: