Friday, August 28, 2015

KBBA Bloggers's Day Di Zoo Negara.

Hari Ahad lepas, pepagi lagi dah bangun siap siap bersemangat lain macam sebab inilah kali pertama saya nak join gathering bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Rasa melonjak lonjak je semangat ni. Kejut suami bangun. Kejut Muslim bangun. Kejut semua orang Shah Alam bangun. Ehhhh. Hehe.



Sampai sana jam 9.00 pagi, terus ke kaunter pendaftaran. First, saya di tegur oleh blogger Kak Sue. Peramah sangat orangnya! Dan saya jumpa pula dengan blogger Zatie, Helena dan ramai lagi. Firstime kot saya jumpa dengan semua blogger blogger ni, tapi bila bercakap macam dah lama kenal! Semuanya sangat sangat friendly!





Lepas daftar tu. kami bergambar ramai ramai. Event kali ni disertai lebih kurang 50 orang blogger bersama keluarga dari pelbagai negeri. Memanglah sangat meriah! Lagi meriah sebab dihadiri oleh anak anak blogger. Meriahhhhhh sangat!!!!


Ini group saya..Hornbill.. :)

Dah bergambar, kami di bahagikan kepada 2 kumpulan ; Hornbill dan Tiger. Saya dapat kumpulan Hornbill. Dan lepas tu, kami di bawa oleh pegawai khas dari pihak Zoo Negara sendiri ke setiap tempat di Zoo Negara. Seronok beronok ronokk. Sebab setiap kali berhenti tengok binatang-binatang, kami akan diberikan penerangan details tentang spesis haiwan tu. Yealah, biasa kalau pergi zoo, jalan sendiri sendiri. Kali ni ada orang bawak dan terangkan dengan details dari awal program sampai habis. Best sangat!!


Penerangan details tentang spesis haiwan-haiwan di situ oleh pihak Zoo Negara. Best!


Muslimlah paling eksaited. Mana taknya dapat tengok haiwan-haiwan yang bukan selalu dapat tengok live. Hehe.


Muslim cakap ni pah pah. Hihi.

Taman rama-rama yang sangat besar. Banyak sangat rama-rama.

Pertunjukkan dari binatang - binatang yang sangat bijak!



Group Hornbill. :)





Firstime jumpa. Biasa contact kat whatsapp saje. Sangat sangat peramah!





Muslimmmm...kamera sebelah sini...tu sengeh kat kamera orang lain tuu..Hihi


Acara kemuncak tentulah masa nak pergi tengok panda! Sebelum masuk tu, kami diberikan sedikit penerangan tentang panda. Korang tahu kan makanan utama panda apa? Tebu kan? Tapi yang specialnya sebab panda bukan makan tebu je. Tapi pihak Zoo Negara juga akan menyediakan juga makanan lain seperti epal, lobak merah dan kek panda. Kalau hari jadi mesti ada kek kan? So, specialnya masa Kelab Blogger Ben Ashaari yang pergi hari tu dapat tengok live panda Xing Xing sambut happy birthday to you yang ke-9 dan pihak Zoo Negara menyediakan kek panda untuk panda. Kek panda ni diperbuat daripada buluh, kacang soya, jagung, beras, telur dan ia akan di hias dengan cantik cantik oleh pihak Zoo Negara.


Xing Xing yang sangatttt comel!

Liang liang? Oh. Liang liang tak de time kitaorang pergi tu. Sebab dia masih dalam tempoh berpantang. Hihi. So dapat tengok Xing Xing je. Besar dan comeelllll sangat panda ni. Bilik panda duduk ni special taw! Penuh dengan aircond. Sejukk je. Dan sebelum kami masuk tu, kami diberikan beberapa peraturan khas yang perlu dipatuhi.

Antaranya:

  1. Tak boleh buat bising. Anak anak tak boleh buat bising apatah lagi mak ayah. Hihi. Sebab takot nanti panda terkejut lalu terkentut. Ehhh. Tapi memang kena shhh dan tak boleh buat bising.
  2. Boleh ambil gambar tapi NO FLASH.


Keluarga KBBA. :)

Program ni berakhir dalam pukul 3 petang lebih. Lagi best sebab lunch kami di sponsor oleh Wild Restaurant dan sebelum balik tu kami dapat goodie bag. Wahhhhhh happy sangat!!!

Terima kasih kepada semua sponsor yang menaja sepenuhnya untuk event ini! 

Antaranya:

Zoo Negara Malaysia, Zoo Negara Online Ticket, Wildlife, Cosmoderm, Food Panda dan Kelab Blogger Ben Ashaari.




Thursday, August 6, 2015

Menariknya Pakaian Jameela Muslimah Dari ZALORA.

Ehhhh. Ehhhh. Masih mood raya kan? Tetiba rasa nak menambah koleksi baju raya walaupun hari ni dah masuk 21 syawal. Saje nak reward untuk diri sendiri. Hihi. 

Nak pergi kedai rasa macam tak larat je sekarang. Lagipun cuaca panas saje. Tink! Tink! Tink! Melompat lompat idea mintak order koleksi baju muslimah dari ZALORA. Belek belek laman web ZALORA wowiwow berkenan pulak dengan pakaian muslimah Jameela Muslimah ni.

Banyak sangat koleksi koleksi dari Jameela Muslimah yang cantik cantik cantik cantik belaka. Berputar mata nak memilihnya.





Baju Muslimah dari Jameela Muslimah ni memang mendapat pilihan utama sekarang ni. Mana taknya, koleksi Jameela Muslimah ni ada pelbagai variasi jenis pakaian. Ada blouse Muslimah, jubah moden, Muslimah top dan macam macam lagi. Coraknya pun menarik taw!




Bila pakai koleksi Jameela Muslimah ni, korang sure nampak lagi umphh bila ditambah dengan aksesori yang sesuai dipadankan dengannya. Yealah, kita sebagai perempuan ni memang suka sangat aksesori cecomel kan? Aceyceyceyyy.

Dengan kain yang berkualiti, corak menarik, korang boleh dapatkan Jameela Muslimah ni dengan harga sangat berpatutan. So, tak perlulah tunggu time sales sebab harganya memang sangat berpatutan. Lagi jimat sebab kita hanya perlu klik klik kluk kat online saje. Nanti zup zap zup sampailah depan rumah. Duit minyak pun jimat. Letih pun yilek. Hihi.

Jomm serbu ZALORA dengan koleksi pakaian Muslimah Jameelah Muslimah. Oh yeah! :)

Wednesday, July 8, 2015

Kongsi gambar anak : Apa yang perlu kita elakkan?

Sebagai mak ayah memang kita suka sangat kan kongsi gambar anak anak kita. Saya pun sama. :) Baru-baru ni 1 Malaysia tahu cerita gambar anak Harith Iskandar yang dah disalah guna oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Mana taknya, gambar anak Harith di upload dalam laman web pornografi kanak-kanak.

Huish. Saya pun terkejut dengan berita macam ni. Yealah. Niat kita hanya nak kongsi gambar anak sekadar nak berkongsi kegembiraan kita dengan anak anak tapi tu lah, dalam kita tak sedar ada jugak pihak yang ambik kesempatan. Sedihkan?

Apa yang kita kena elakkan?

1. Gambar bogel.

Yes! Ini memang WAJIB kita elakkan! Jangan sesuka hati je nak upload gambar anak kita dalam keadaan tak berpakaian mahupun separuh bogel. Bawak anak mandi tepi kolam, pakai baju mandi, comelnya anak! Terus upload gambar anak dalam facebook. Huishhh. Jangan! Di mata kita anak kita comel, tapi ada mata mata lain yang berfikiran lain macam! 

So elakkan!

2. Letak nama penuh anak.

Ini perlu kita elakkan. Lagi lagi kalau kita suka guna # lepas tu letak nama anak kita. Nanti lagi senang manusia yang tak bertanggungjawab ni cari gambar gambar anak kita. 

3. Upload gambar anak orang lain tanpa izin mak ayahnya.

Walaupun anak sedara kita sendiri! Sebab takut nanti benda lain yang jadinya! Kita kena sentiasa bertanggungjawab atas setiap gambar anak orang lain yang kita upload dalam social media.

4. Check in.

Check in tempat tempat yang biasa kita dan anak anak kita di zon selamat. Contohnya sekolah / taska / rumah. Elakkanlah yea! Sebab mungkin ada mata-mata yang memerhati je facebook kita tu. Bahaya taw!

5. Public / private?

Semak balik gambar yang kita upload tu hanya untuk tatapan kawan-kawan saje ke atau umum. Contohnya facebook. Kita boleh kawal siapa yang boleh tengok gambar-gambar yang kita upload. Ada jugak sesetengah pihak suka ambik gambar anak kita buat profile picture. Amboi amboi amboiii.

Sebagai mak ayah, kitalah yang bertanggungjawab untuk melindungi maklumat tentang anak kita. Kan? Bahaya betul sekarang ni.