Monday, July 2, 2012

Air gula tersangatlah sweeeeet.

Jam pukul sepoloh malam dua puluh tujuh haribulan selasa hari tu saya mula start puasa. Semuanya gara gara nak kena minum air gula kat kelinik kesihatan seksyen tujuh shah alam keesokkan paginya. Puasa kali nie memang nak kena puasa betul betul. Tak boleh minum air masak walau setitik pun. Kang jadi macam nie lagi.

Jam lapan pagi tepat saya tiba di kelinik kesihatan seksyen tujuh shah alam. Rasa risau camne rasa air gula tu. Air gula segula gulanyakah? Ke nurse ada campur dengan oren ke apple ke. Sedap jugak. Boleh mintak dua tiga gelas kan?

Hehe.

Tunggu punya turn tetiba nurse panggil nama saya kuat kuat. Terkejut. Sebab masa tu sibuk bertwit twit. Hehe. Bangun. Jalan menuju ke arah nurse.

"Awak pergi bilik dua poloh. Ambik darah dulu"

Saya hanya angguk menurut perintah.

Masuk je bilik nurse tu tanya:

"Awak puasa tak hari nie?"

"Puasa nurse"

"Oke bagus"

Balas nurse sambil gosok gosok lengan saya dengan kapas. Urat pun timbul. Nampak cuak bila tengok nurse tengah sediakan jarum untuk saya. Terus berpaling ke arah dinding. Memang terasa jarum tu masuk dalam tangan. Tahan punya tahan siap. Lega gile kot!

"Oke. Lepas ni awak terus ke bilik dua poloh tiga. Terus minum air gula. Lepas minum air gula awak kena puasa dua jam lagi. Tak boleh makan minum. Kalau muntah kena cakap"

Saya angguk lalu terus bangun jalan menuju ke bilik 'gula'. Kelihatan seorang nurse sedang menanti saya.

"Dah ambik darah?"

"Dah"



Lalu nurse tu pun mempersiapkan air gula untuk saya. Di tuangnya satu bungkus kecil gula halus ke dalam gelas. Satu bungkus tuuu. Di campur pulak dengan air panas dan air suam.

"Minum sampai habis yea"

Saya senyum. Melihat gelas tu nampak seperti air masak biasa. Tapi bila di teguk je terus rasa manisnya senyuman ni. Heh? Memang manis gile. Dah nama pun air gula pun kan. Teringat ada sorang ibu mengandung tu lepas je minum terus macam nak muntah. Saya minum sikit sikit. Alhamdulillah dapat habiskan segelas.

Ni lah air gula. Memang sweet ala ala manis comel gitu.
Adeh.


Lepas tu kena puasa dua jam pulek. Masa tu bosan tahap melampau sebab tak tahu nak buat apa. Melihat gelagat bakal bakal ibu. Macam macam ragam. Tup tup dalam pukul 11 camtu terus saya ke bilik dua poloh untuk ambik darah sekali lagi.

"Dah minum air gula?"

Tanya nurse tu.

"Dah"

"Ada muntah muntah tak?"

"Tak dek"

Buat kali kedua nak ambik darah ni nurse tu try tengok urat tangan sebelah kiri saya. Tapi nasib badan urat tak timbul. Terpaksa ambik darah kat tangan yang sama macam tadi. Kali kedua ambik darah nie memang terasa sakit sangat sangat. Sebab dia cucuk jarum tu kat lubang yang mula mula ambik darah tu. Sakit gile. Tahan je lah. Semua demi anak dalam kandungan nie. Mama sanggup buat apa saja;') Bersambung....

3 comments:

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salam singgah dari Admin Selangor Bloggers! =D

memang kena minum air gula tu ke? erhhh~

www.klangselangor.blogspot.com

emieysandra said...

waa..bakal mama kene minum air manis, ni pasaipa kne minum eh? ehehe..org xdok pengalaman ag nk bertanya =)

jage leklok kandungan tu, klu ade rzki..emiey nk pi jenguk baby tuu :D

Ardini Humaira said...

dah berapa bulan dear... dni pun kena minum air gula gak tapi after pegi klinik pakar dia cakap takyah dulu.. tunggu 32weeks... skang 30 weeks... maknanya bulan puasa nanti kena! uwaa... tapi tak sure lagi kena ke tak minum dia nak tengok dulu naik bape kg. kesnye this month berat dni nak 4kg. uwaaa