Thursday, August 16, 2012

Alhamdulillah. Dah sampai kampung.

Alhamdulillah. Saya dan hasbeng dah selamat sampai kampung. Gerak dari Shah Alam semalam dalam pukul sebelas setengah malam. Sampai kelate tadi dalam pukul sepoloh pagi. Alhamdulillah semuanya selamat. Jalan baru nak start jeng jeng jem. Hari ni kot baru orang ramai berlompat lompat nak balik raya. Fffuh sure jeng jeng jem punya.

Semalam nak di jadikan cerita hasbeng nak try jalan baru. Sampai area sebelum karak tu ternampak signboard 'jalan alternatif ke kota bharu'. Terus hasbeng ikut signboard tu. Ya Allah jalan kat situ penuh dengan hutan. Tak dek lampu jalan walaupun setitik. Setitik? Errr. Tapi memang gelap gile. Masa tu memang rasa yang lain macam je.

"Suami..ni jalan karak yang lama ke?"

Saya memulakan perbualan dengan hasbeng.

"Ye lah kot. Takotnya jalan ni. Tak dek lampu jalan langsung. Hutan je penuh"

Memang. Memang jalan tu menakotkan saya dan hasbeng. Ada dua kali kami terserempak dengan hanjing woof woof. Mungkin hanjing hutan. Besar-besar. Nasib tak terlanggar. Toleh belakang tak dek kereta lain. Depan kami pun tak dek kereta lain. Kereta kami je yang terkontangkanting ondaway ke kota bharu ikut jalan alternatif tu. Sekali hasbeng tanya:


" Ce bayangkan ada orang jahat buat signboard tu. Kita duk ikut je. Sekali sampai ke hujung jalan ada signboard tulis 'Anda tertipu. Tiada jalan alternatif ke kota bharu"

Fuhhh. Meremang kening saya oi. Memang takot gile. Dekat sejam jugak saya dan hasbeng dalam jalan berhutan tu. Mata saya bulat memandang jalan. Macam macam saya bayangkan. Tapi alhamdulillah bersyukur sangat sangat bila kami ternampak jalan besar.

Alhamdulillah sangat-sangat. Bersyukur sangat kami selamat sampai. Alhamdulillah.

Kepada yang nak balik kampung selamat balik kampung. Hati hati di jalan raya. Jangan cuba nak try jalan yang kita tak biasa. Lagi selamat pakai jalan yang biasa orang ramai pakai.

Okelahbaiiiii.

Hati kechixx: Raya ni kena update melalui henset. Saya tak de lappy saya oke. Hehe;')
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

cikji said...

naseb jupo woof woof,kalu jupo "boleh tumpang sekali" adehhh larikkk

nway,slamat berpijak ditanah kelate :)

Syaa Amir said...

jale jem d klate, xleh nk g jale mano pong, huhuhuu. nway, SHR MZB :)