Monday, September 10, 2012

Masak mee kari untuk tigapoloh orang tetamu.

Peh. Tajuk dah macam nak tulis karangan UPSR. Hehe.

Semalam pepagi buta lagi saya dan hasbeng pergi pasar. Bertegur sape dengan pakcik makcik kat pasar. Sambil sambil tu tawar menawar harus di wajibkan dalam perbualan kami.

Sampai je rumah terus pakai apron. Mula memasak sampai lembam. Mana taknya ini pestime saya nak masak banyak gile. Nak nak open haus rumah saya bermula jam dua potang nanti. Kecung kencang kat dapur. Perasaan berdebar debar jugak. Takot mee kari saya tu tak menjadi. Takot tetiba mee kari bertukar jadi laksam ke. Tak pun jadi pizza domino no no. Biasanya masak untuk saya dan hasbeng je. Kali nie masak untuk tigapoloh orang tetamu! Fuh!

Mak mertua saya cakap periuk sebesar ni boleh masak untuk lima poloh orang tetamu.
Tapi semalam saya masak macam untuk tiga poloh orang je.


Dalam pukul duopotang tetetamu saya mula menyerbu rumah. Saya ajak family ipar duai sebelah hasbeng. Memang seronok sangat. Terlompat lompat saya hidangkan mee kari kat tetetamu. Mee kari saya pun terlompat sama. Eh. Eh. Tetetamu saya pun terlompat sama. Hehe.

Yang paling menyeronokkan saya bila tetetamu saya kebanyakkannya menambah dua tiga kali. Rasa puas sangat masak bila orang suka dan menambah nambah makan. Puas sangat. HAHAHAHAHAHAHA. *gelak jahat*

Hehehe.

Seronok bila dapat kumpul reramai. Nak nak kumpul sesama sedare mare ipar duai. Kan?

Mee kari kacak buatan chef kechixx. Hehe.


Alhamdulillah mee saya tak cukup untuk tetetamu. Hehe. Yep. Sedap sangat mee kari saya tu sampai mee kehabisan stok. Tinggal kuah je berbaldi baldi. Hehe.

Okelah nak pegi hirup kuah mee kari yang berbaki tu kejab.

Baiiii.

Hati kechixx: Setiap tetamu yang masuk ke rumah kita akan mendatangkan; Seribu berkat, Seribu rahmat. Alhamdulillah ;")

13 comments:

Aleda Boyd said...

wah..tahniah la.. =)

Lelaki Ini said...

wah...
nak sikit!

cikji said...

mee kari? sedaknyoooooo terliur ok!

JIJI YU said...

handerr..tok ajok..ngaju

Mak Wardah said...

Memang nampak sgt sedap tapi kalau rasa lagi sedap

Rniz Emran said...

Rajin anak dara ni..

Aimi Syahirah said...

Salam.. Wow very nice blog here.=) Minat jadi model? http://www.aimisyahirah.com/2012/10/perhatian-untuk-talent-model-di-luar.html

cerita best said...

wahhhhh tgk cm sedap je tambah2 pakjoe x mkn lg hehehhe nk kit

nn lylyn said...

sedap tu ^^

Hans said...

terbaik
leh buka kedai nih

MaMa Rey said...

pandai kechixx masak banyk2..saya masak byk2 tak menjadi..

Kay Sablihan said...

best3,,! nak rase gak! hehe..

Etty Selamat said...

Wah, bestnye mee kari.. Dah lama tak makan!