Friday, September 21, 2012

Suntikan kancing gigi buat kali kedua.

Pepagi lagi saya dah siap siap pergi klinik kesihatan kat seksyen tujuh shah alam. Hari ni ada appointment dengan doktor. Harap sangat doktor scan perut. Sebab last scan hari tu bulan tujuh. Dah lama sangat mama tak tengok anak mama dalam perut nie ;')

Alhamdulillah doktor scan. Cuma biasalah kalau kat klinik kerajaan mesin dia tak berapa clear. Tak pelah janji saya dapat tengok baby saya. Dan Alhamdulillah doktor cakap baby membesar dengan bagus. Doktor tunjuk kepala kaki dan jantung baby. Tersentuh hati saya melihatnya. Tersenyum sendirian. Doktor cakap kepala baby dah ke bawah. Minggu ni dah masuk minggu ke dua puluh enam usia kandungan baby saya. Minggu depan dah minggu dua poloh tujuh. Minggu last untuk terismeter kedua. Alhamdulillah. Anak mama membesar dengan baik;')

Tetiba doktor tu tanya:

"Awak dah ambik suntikan kancing gigi sekali dulu kan?"

"Yep saya dah ambik sekali dulu"

"Oke. Lepas ni awak kena ambik darah kat bilik duo poloh satu pastu awak terus pergi jumpa nurse untuk suntik kancing gigi"

Klik sini untuk kisah suntikan kancing gigi yang pertama.

Lepas hambik darah bagai terus saya jumpa nurse untuk suntik kancing gigi buat kali kedua.



"Tangan kiri yea"

Nurse tu bersuara.

Dia sapu sapu bahu saya.

"Sakit sikit ni"

Nurse tu bersuara lagi.

Bila jarum tu masuk je ke dalam isi bahu kiri saya Allah je tahu betapa sakit sangat saya rasa. Nak menangis depan nurse tu. Tapi saya tetap cover macho. Ceh. Hehe.

Nurse tu tarik perlahan-lahan jarum dari bahu saya. FfffffffffffffFuh.

"Oke dah"

Saya duduk lagi kat situ sambil gosok gosok bahu kiri saya.

"Oke dah. Awak dah boleh pergi."

Nurse tu bersuara lagi.

Seriyesly rasa sengal dan sakit yang amat sangat bahu kiri saya ni. Masa first inject dulu ada dua tiga hari tangan saya lenguh. Tak pe. Mama mana yang tak sanggup buat demi kebaikan anak? Mama sanggup korbankan segala galanya demi baby mama ni ;")

Okelahbaiii.

Hati kechixx: Lenguh lenguh manja ^^

5 comments:

Rara Nasiha said...

takutnya bila dengar pasal suntik2 nie. :(

Hnahdy said...

alaa happynya dapat tengok baby..

cikji said...

baco cerito pun sakit dh raso,huuu takuitt.

Lya Colours said...

kali terakhir kene suntik masa sekolah dulu. arghh takut okeh dah lama tak kene suntik. mau seram sejuk 1 badan

sabasalbi said...

another 2mth++ to go... dh ready lom nk jd mommy? he3...