Friday, January 18, 2013

Muslim dah cukup sebulan!

Mama Muslim dan Baby Muslim ;')
Alhamdulillah. Semalam Muslim dah cukup sebulan. Kejap je rasanya. Tup tup Muslim dah sebulan. Tup tup Muslim dah darjah 1. Tup tup Muslim dah form 5. Tup tup saya dah jadi nenek. Eh?

Hehe.

Selama sebulan ni banyak pengalaman baru yang saya lalui.Pengalaman menjadi ibu muda. Ewah ewah muda yea? Kehkehkeh.

Selama sebulan ni saya kerap berjaga malam. Siang hari bukan main lagi Muslim senang nak tido. Bila malam mata meliar je. Kalau Muslim uwek uwek nangis tak lain tak bukan dia nak susu. Tak pun pampers basah. Tak pun nak di belai belai. Tak pun Muslim ajak saya main Dota. Eh?┌(˘⌣˘)ʃ

Selama sebulan ni jugak baru saya tahu perasaan dalamnya sayang seorang ibu terhadap anaknya. Sanggup buat apa sahaja demi anak. Mana taknya Muslim kena gigit nyamuk saya mengamuk auuuuum. Muslim nangis saya terus pujuk dia. Muslim lapar cepat cepat saya susukan dia. Muslim tido cepat cepat saya pun tido. Hehe.

Alhamdulillah atas nikmat ini Ya Allah.

Okelah baiiii.

Salam.

Hati kechixx: A mother who is really a mother is never free;')
Sent from my BlackBerry Bold 5

3 comments:

Hidayatul Afzam said...

Bertuah la Muslim dapat ibu yg penyayang kan..hehe :)

kuhawa kuabdhamid said...

Asalamualaikum, tahniah kak..... :)

Fiza Rahman said...

Erk...dah sebulan. Kejap nya.

Happy one month old muslim.