Friday, March 22, 2013

9A's dalam tangan!

Semalam adalah keputusan SPM bagi tahun duaribanduabelas. 


"Tahniah Abang Syakir. Nanti Muslim nak ikut jejak jejak Abang Syakir" -Muslim-


Alhamdulillah. Anak sedare saya yang macho lagi tough itu dah berjaya dapat straight A's dalam SPM. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masa dia masuk dalam dewan nak ambik result tu punyalah lama nak tunggu dia keluar. Berdebar debar jantung hati limpa saya ni duk tunggu kat luar. Apatah lagi perasaan kakak saya yang merangkap sebagai mamanya yang kiut. Hiks.

Tengok bebudak lain ramai dah keluar. Hmmm. Mana lah pulak dia ni. Lamanya duk dalam dewan tu. Dup dap dup dap perut saya berkeroncong lapar. Cepat lah keluar. Cepsu lapar ni. Haha.

Tetiba anak sedare saya yang merupakan calon SPM tahun lepas tu keluar dari dewan dengan muka seakan akan sedih. Saya cuak. Kakak saya cuak. Satu Sekolah Sains Alam Shah Cheras cuak. Heh?

Sampai sampai je dekat mamanya dia terus bagi kertas result tu kat mamanya. Menangis kakak saya bila tengok kat sekeping kertas tu semuanya A. Fuh. Touching touching manja masa tu. Air mata kegembiraan seorang ibu mengalir deras di sertakan ombak membuai jiwa. Oh. Saya mengerti perasaan kakak saya. Sampaikan saya pun hampir hampir nak menangis tersedu sedan kegembiraan. Alhamdulillah.

Tahniah Syakir. Cepsu bangga dengan Syakir. Syakir dah buktikan yang cepsu adalah mak sedare paling comel. Bahahahaha.

Yang tengah tu adalah seorang mama kepada Muslim. Hiks.


Okelahbaiii.

Hati kechixx: Tahniah kepada semua yang dah berjaya. (:



3 comments:

Fiza Rahman said...

Tahniah.

Rara Nasiha said...

Hati ibu mana yang tak gembira kan? Fuhhh, congrats to him :)

aima said...

tahniah syakir