Thursday, May 2, 2013

Muslim bersama usianya 4 bulan dan bintang.

Nenonenoneeenooooo. Pengumuman. Pengumumey. Muslim dah masuk usia 4 bulan dan bintang dah dan dia dah boleh buat lompat bintang. Eh?



Hiks. Alhamdulillah. Dan inilah dia Muslim sejak 4 bulan.


  • Banyak cakap. "Aaaaaa..aaaaa" (:
  • Banyak suka itu aaa main air liur aaaa. Heeeeeee.
  • Banyak suka meniarap pastu berpusing pusing 360 darjah celcius. 
  • Banyak suka isap jari sampai basah  kesepoloh jarinya. Jari kaki hampir hampir berjaya nak isap. Tapi masih perlukan latihan lagi. Kikii.
  • Banyak suka mandi. Tiba masa nak mandikan mulalah kaki dia tu duk menendang je tanda oh gembiranya dapat mandi. 
  • Banyak suka ajak orang borak borak kedai kopi tapi dalam bahasa ibunda dia iaitu "Aaaaaaaa dan aaaaaaa"
  • Banyak suka main dalam celimut dan membuatkan saya gerrrammm nak gigit gigit. Heeee.
  • Banyak senyum dan gelak. Yang ni memang hobi dia. Hiks. Jarang sangat nak merengek. Dan saya rasa Muslim sangat mudah nak di jaga. Tak banyak ragam menangis sedih. Malam pulak memang senang nak tido dan dia terus menerus tido sampai ke pagi. Jarang sangat bangun nak susu. Tapi ada sekali tu dia mengigau isap lengan suami. Suami tengah syok tido ingatkan apa. Celik celik mata tengok Muslim duk isap lengan suami. Heheheeee.




Okelah itu je kisah banyak dari Muslim untuk 4 bulan ini. Heeeehe.

Hati kechixx: Tak sabar nak balik mengundi! (:

4 comments:

Azwar Syuhada said...

Comel!! Selamat mengundi ye.. >_<

naanie said...

wah comelnya !!

Fiza Rahman said...

Comel ☺☺

Lya Colours said...

hoih kenapa comel sangat ni. pinjam bleh tak hehehe