Thursday, August 22, 2013

Pemandu bas ikut nafsu marahnya!



Menurut saksi,Syamimi yang terselamat dalam kemalangan ngeri di Genting semalam, bas itu dipandu laju oleh pemandu bas tersebut setelah bertengkar dengan pemandu sebuah kereta yang membunyikan hon sewaktu bas itu berhenti seketika di tengah jalan dekat selekoh masuk ke tokong di situ.

Penumpang ada menegur pemandu tu jangan marah sangat sebab bahaya tengah drive. Tapi makin ditegur oleh penumpang makin naik berang pemandu tu.

Adoyai. Bila marah semua nak buat ikut nafsu. Dah tak pikir keselamatan orang lain. Dah tak fikir kesan buruk yang akan terjadi. Dah tak fikir apa apa dah. Fikir nak marah marah marah saje. 

Dan kesannya bas menjunam ke dalam gaung dan mengakibatkan ramai yang meninggal dan tercedera.

Sedih sungguh.

Benda yang tak patut jadi. Sebabkan marah ramai orang meninggal.

Sedih memang sedih.

So bila kita nak marah banyak banyakkan beristigfar dan ingat Allah. Jangan ikut nafsu. 

Al-Fatihah untuk semua yang terlibat dalam kemalangan ini. 

Al-Fatihah.

5 comments:

Nur Atira said...

hmm , nk buat macam mana , nak mara pon benda dah jadi kan . entah lah

Fazleyatul Aini said...

saya tak pernah naik genting. takut
al-fatihah untuk semua mangsa

Sam Banjamin said...

takziah buat semua keluarga mangsa yg terlibat...

Umi Qi said...

Ya Allah...baru tahu cerita sebenar...subhanaAllah...al-fatihahh

Anne Nurain said...

bahaya nya naik bas dengan pemandu macam tu.. takziah bt smua keluarga mangsa..