Thursday, September 5, 2013

Muslim terjatuh gedebok. Kepala benjol.

Ya Allah. Berderau darah saya tengah hari kelmarin. Memang sejak dia dah boleh berdiri ni memang dia sangat sangat aktif. Merangkak pun gear nombor lima dah. Pastu gelak gelak. Kalau berdiri tu memang dia kena ada sokongan macam meja ke bekas ke dinding ke atau pun badan saya.



Tapi semalam memang berderau darah saya. Sangat sangat terkejut. Masa tu dia tengah main kat bilik B. Tempat peberet dia kat bekas plastik tempat simpan simpan barang. Dia duk berdiri je kat situ sambil sengeh sengeh. Saya memang ada kat tepi dia. Tapi tetiba je gedebok dia jatuh atas mozek. Ya Allah menangis kuat sangat dia. Saya betul betul tak sempat nak sambut dia masa dia jatuh. Memang sekelip mata je buk jatuh n kepala terhantuk kat mozek.

Menangis kuat sangat sangat. Saya gosok gosok kepala Muslim sambil mintak maap dengan dia.

" Sorry sayang..mama tak sempat nak sambut tadi. Sorry sangat-sangat"

Tetiba saya dapat rasa kepala Muslim sebelah kiri ni macam benjol sikit. Tengok tengok memang ada benjol. Ya Allah berdebar sangat masa tu. Rasa sejuk habis satu badan.

Agak besar jugak benjol tu. Saya pulak memang emosi terus masa tu. Menangis mintak maap dengan Muslim. Muslim diam je lepas tu tapi saya memang emosi. Dia tengok je mamanya menangis. Ya Allah cuainya saya ni. Mama betol betollll mintak maap Muslim.

Dalam pukul 1 petang camtu terus bawak pergi Klinik Ajwa kat section 7 Shah Alam sini. Alhamdulillah dapat jumpa doktor perempuan yang tersangat baik dan sopan santun.

Doktor check check kepala Muslim. Alhamdulillah dia cakap bengkak sikit je. InsyaAllah tak dek pepe. Tapi saya kena pantau Muslim dalam masa 24 jam ni. Kalau Muslim ada muntah muntah, pengsan tetiba, pastu asyik merengek je lembik longlai memang saya kena bawak terus pergi kecemasan.

Sebab menurut doktor tu takot ada pendarahan dalaman. Doktor ada tanya saya:

"Awak ada tuam tak tadi?"

"Ada. Saya tuam dengan air suam"

"Eh. Salah konsep awak ni. Hehe. Kalau bengkak macam ni awak kena tuam dengan ais. Ambik dua tiga ketul ais pastu letak dalam kain tuala kecik pastu tuam kat bengkak tu"

Alamak. Mama tersalah konsep tuamlah Muslim. Hihi.

Alhamdulillah. Muslim sangat aktif macam biasa dan hari ni bengkak kat kepala dia memang dah surut sikit. Memang lepas ni saya akan bagi tumpuan 200% kat Muslim. Sayangnya saya kat Muslim. Sayang tanpa noktah. ;)



3 comments:

Saira Othman said...

Akak...serius...
Comelll sangat muslim...
huhu...like2...
boleh lah kawan ngn aqeela..hihik

aznor ibrahim said...

keh3..salah konsep plak..ekceli tuam air panas untuk ape ek?

Fazleyatul Aini said...

budak kecik takde benjol tak sah. tapi kalau takde apa2, alhamdulillah. maintain hensem ye muslim. hihi