Thursday, November 6, 2014

Muslim dan Baby Aqasha

Dah lama saya tak cite tentang Muslim kan? Hehe.

Baru baru ni Alhamdulillah kakak ipar saya selamat melahirkan anak keduanya. Baby boi jugak macam anak sulung. Dan namanya ialah Aman Aqasha. 

So masa saya balik sebulan kat kampung hari tu memang selalu jumpa baby Aqasha. Ehmmmm. Wangi betul bau baby ni. Bau mulut baby. Wangiii sangat. Bersih suci je baby. 

Muslim pulak memang sangat sukakan baby. Kalau saya pegang baby Aqasha pun, Muslim tak jeles dan dia memang ada sikap abang abang. Hee.

Sebelum saya gugur hari tu pun saya selalu suruh Muslim sayang adik.

" Muslim, sayang adik "

Muslim pun terus cium perut saya. Berkali kali pulak tu. Pastu gosok gosok perut saya lah. Heee.

Tapi lepas saya gugur hari tu, Muslim pun paham jugak rasanya. Dia pun dah tak cium perut saya tapi sekarang dah pandai gigit orang. Sakit wooo dia gigit. Hehe.

Masa balik kampung hari tu, Muslim pantang nampak Aqasha. Nak sayanglah, nak dukunglah , nak peluklah. Macam macam. Baru seminit saya dukung Aqashah, hmmmm Muslim dah sibuk mintak mintak suruh letak atas badan dia. Memang terserlah sikap penyayang dia sebijik macam maknya. Ehhhhh.




InsyaAllah kalau ada rezeki nanti Muslim dapat adik yea. :)

Abang abang sangat Muslim ni.

:)

Terima kasih daun keladi sebab sudi baca sini.





2 comments:

Najlaa 'Aqilah said...

aaaa comelnyaaaaaa

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Cik Iman said...

Alahai sayangnya dia :)