Alhamdulillah. Memang rasa sekejap sangat masa berlalu. Muslim pun makin membesar. Setiap hari makin bijak. Setiap hari makin banyak cakap bahasa Mexico nya. Tapi tak pa, maknya paham. Hehe.
1803 ni genaplah Muslim, 2 tahun 3 bulan. Alhamdulillah saya berjaya jugak fully breastfeed kat Muslim selama 2 tahun tanpa campur mana-mana susu. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Yeaaaa!
Sekarang ni dalam proses nak ajar Muslim minum susu botol. Hari tu pernah beli susu Dugro, tapi digelengnya kepala. Bazir satu Dugro. Sekarang saya tengah berusaha bagi susu Dutchlady coklat. Alhamdulillah Muslim minum tapiiiii nak kena teman dia. Nak kena belai belai pujuk rayu dia. Hehee. Tak konsisten lagi tu. Nak kena ajar lagi.
Dua tiga menjak ni Muslim manja saje dengan saya. Nak duk bawah ketiak mamanya saja. Nasib wangi bau soflan. Hehe. Tapi tulah berkepit saje dia dengan saya. Mandi nak dengan saya, main nak dengan saya, basuh uk uk pun dengan saya, melukis dengan saya, semua aktiviti nak dengan saya.
Dengan ayahnya, bila main lego saje. Time tu memang boleh duduk lama sikit duduk dengan ayah. Cakap Mexico dengan ayah, kekadang ayah paham, kekadang tak paham. Tukang translate nya saya. Kamus bergerak. Hehe.
Apapun, bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan olehNYA.
No comments:
Post a Comment