HAPPY BIRTHDAY BABY HANA YANG KE SATU (22062019)
Haluuuuu kopi miloo. Lama aku tak update blog. Last update tahun 2015 kot. Haha. Ni tetiberr rajin nak abadikan pengalaman bersalinkan anak ketiga, baby hana.
Dua malam lepas, aku tak boleh tidur teringat balik kenangan sepanjang aku mengandungkan baby hana sampailah saat melahirkan baby hana.
Start tahu pregnant memang lain betul emosi bila mengandungkan anak ke 4 ni . Kenapa 4? Sebab dulu aku pernah gugur sekali :)
Sepanjang mengandung kali ni, emosi memang lain macam. Hati mudah tersentuh lain macam. Lapar lain macam. Laksa 2 mangkuk baru kenyang. Hari² rasa nak makan laksa. Haha. Memang lain betul pengalaman kali ni.
Setiap pregnant memang aku kena masukkan darah. Since mengandungkan Abang Muslim lagi kena masukkan darah. Sebab aku pembawa thalasemia. So, hb akan selalu rendah. Tapi Alhamdulillah, tak pernah rasa pening nak pengsan cuma penat lain machamm. Biasa kena warded. Sebelum ni kat hospital klang. Ni firstime followup kat hospital shah alam. Tak kena warded tapi kena stay kat hospital seharian utk masukkan darah 2 botol. Masa pregnant sebelum² ni ok je time warded n masukkan darah. Tapi masa pregnant baby hana, menangis sorang² kat wad. Tutup dengan selimut sebab takut nurse nampak. Tak tahu kenapa tapi memang rasa emosi sangat masa tu. :')
Sebelum² ni memang lepas masukkan darah tak pernah ada infection. Tapi malam lepas masukkan darah tu, rasa badan lain macam, rasa nak demam, rasa sejuk habis 1 badan. Pergi bahagian emergency kat hospital shah alam dalam pkl 12 tghmalam macam tu. Tapi tak dapat zon merah, zon green je. Zon green punyalah berduyun ramai orang nak kena tunggu. Tak larat sangat nak tunggu dengan anak² lagi terus balik rumah.
Emosi stabil sikit bila kandungan baby dah masuk 7 bulan. Memang 7 bulan pertama tu memang betul² menguji aku.
Sampailah malam raya kena warded sebab dah turun air. Masa tu cukup² 37 minggu. Warded kat HUSM. Dengar takbir malam raya tu Allah sayu sangat. Tapi tak jadi bersalin lagi masa tu. Boleh balik petang raya pertama tu terus makan rendang, roti jala, kuzi,satay ohhh ngap ngapp ngapp sampai puas². Lepas makan, makan lagi pastu makan lagi. Haha.
Raya ke lapan (21062018) warded sekali lagi. Time ni turun air lagi. 7x turun air tapi bukan melimpah. Sikit². Tak warded tapi terus masuk LR. Nak tunggu turn masuk LR tu punyalah lama. Dari pkl 6petang sampai 1130malam baru blh masuk LR. Sepanjang tu hanya duduk atas kerusi je. Tapi Alhamdulillah tak sakit sangat time tu. Makan pun tak lalu sangat dah. Makan roti n minum milo je.
Paling tak tahan bila doc perempuan check bukaan dengan mulut itik lepas tu doc perempuan tu cakap "Puan, saya nak cuba bukak bukaan lagi utk Puan ye" ALLAH! Sakit Allah je yang tahu. Mulut itik tu dah sakit, ni nak paksa bukak bukaan lagi. ALLAH!
"Ok, Puan dah 5cm" Doc perempuan tu cakap kat aku. Tengok atas katil habis dah berdarah. Tapi time tu aku cool lagi. Boleh senyum lagi.
Sampailah masuk LR lebih kurang pukul 1130 malam masa tu. Sakit sikit² je masa tu. Kiri kanan tangan doc masukkan jarum. Pastu sambung kat alat² dorang. Tak sure untuk apa sebab time tu dah start sakit. Masa tu duk fikir, ikut doc nak buat apa asalkan selamat semuanya. Dalam 1230 malam dah start sakit yang amat sangat. Sakit yang lain macam sangat kali ni. Tapi Alhamdulillah start dari masuk LR memang husband setia teman. Paling tak tahan, kat LR tu dah ada kipas dah pasang aircond. Tapi sepanjang sakit sangat² tu kejap panas, kejap rasa sejuk sangat.
"Tolong bukak kipas, eh tutup kipas. Eh bukak bukak panas ni. Tutuplah sejuk pulak ni" gitulah duk cakap kat husband sepanjang sakit. Time sakit datang memang dah tak boleh baca Ayat Kursi, doa Nabi Yunus @ apa² doa pun sebab memang tunggang langgang. Hanya mampu sebut Allah, Allah Allah je masa sakit sangat.
Paling tak tahan time sakit tu kaki aku tetiber je cramp yang amat. Allah!!! Sakit nak bersalin lagi, cramp lagi, kejap panas kejap sejuk lagi. Rasa memang lemah sangat² time tu.
Dalam pukul 3 pagi macam tu, doc perempuan yang check aku tadi datang. Mata aku samar² je masa tu. Tak berapa nampak sangat sebab sakit yang amat. Pastu doc tu check perut aku, dia cakap kepala baby macam tergerak keluar dari laluan sikit. So doc tu mintak husband keluar kejap sebab doc nak betulkan sikit kepala baby hana masa tu supaya masuk dalam laluan.
Doc tu masukkan tangan kat bawah untuk betulkan kepala baby hana lepas tu ada sorang lagi doc perempuan yang pegang² perut aku.
"Jangan banyak bergerak ye Puan, saya nak tolong betulkan kepala baby" aku diam sebab memang tak boleh nak bercakap dah masa tu. Sakit Allah sahaja yang tahu.
Tiba² doc cakap, "Eh tangan baby, comelnyaaa" Doc boleh rasa tangan baby pastu tiba² lagi dia cuba betulkan kepala baby. SAKIT!!!
"Ok Puan, nanti Puan rasa nak teran nanti Puan panggil doc ye"
Berkali² rasa nak teran tapi tenaga memang dah tak de. Muka pucat. dahaga je rasa. pinggang sakit. kaki cramp. kejap rasa panas kejap rasa sejuk. spek dah bukak. tudung tak tahu dah kat mana. pakai, pastu panas bukak balik tudung pastu rasa sejuk pakai balik last² tak tahu kat mana tudung.
Sampailah azan subuh. husband cakap nak g solat jap. Doc cakap nanti dalam pkl 7 pagi (22062018) tu doc akan datang lagi.
Aku samar² nampak jam kat dinding. Allah! Baru pukul 6 pagi. Ada lagi sejam doc nak datang tengok. lambat lagi. Sakit makin sakit. Husband pulak pergi solat subuh jap kat surau. Sakit sorang² masa tu Allah! Sakit tak leh nak buat apa dah. Boleh sebut Allah Allah Allah je masa tu.
Sampailah husband datang balik. Dia duk bisik sabar², sikit lagi k. Time tu memang aku dah lemah sangat² dah. Nurse datang tengok aku. Aku dengar nurse cakap "Pucatnya muka. Awak kena basuh² muka dia ni. Lap² muka dia" nurse suruh husband aku lap² muka dengan air. Masa tu rasa letih lemah rasa betul² tak larat sangat.
Dalam pukul 715 macam tu, bidan datang tengok. "Dah nampak kepala baby ni, dah boleh start push ye"
Allah! Allah! Allah! Dah lemah sangat masa tu! Try push tapi dah macam tak berdaya sangat. Rasa habis letih satu badan.
Sampailah bidan tu cakap "Kesian kat baby awak push macam ni..." sayu² je aku dengar nurse cakap macam tu..kesian kat baby....terus aku push dengan habis seluruh tenaga sampai rasa habis merah muka urat² kat muka ni keluar..Allah! Allah! Allah! Akhirnya Alhamdulillah lahirlah seorang baby girl yang comel macam aku. Haha. Leganya bila kepala baby dah keluar dan sekali lagi push bidan terus ambil baby letak atas badan aku. Rasa lemah letih sangat² masa tu. Terus aku rasa nak nangis tapi air mata tak terkeluar pulak. Hehe.
Baby girl diberi nama Hana Nuradni. |
Betullah orang cakap, lain anak lainlah pengalaman bersalin kan? Tapi bersalin kali ke3 ni aku rasa paling seram. Trauma bersalin tu sampai ke hari ni teringat ingat. Apapun aku rasa bersyukur sebab semuanya selamat.
Alhamdulillah 22062019 genaplah setahun baby Hana. Syukur Alhamdulillah. Tak tahu nak celebrate apa, so last minute kitaorang decide bawa anak-anak jalan² KLCC. Seronok bukan main dorang ni lagi lagi si birthday girl tu, firstime naik LRT. Hehe.
Eh korang thanks taw sudi baca ni. Hehe. Next entry aku tak tahu bila pulak nak update. Entry ni pun macam² hal nak siapkan. Baru tulis, "Maaaaa...nak susu" "Maaamaa lapar" "Mamaaaa baby Hana berak" Hahaha. Ginilah mak anak tiga. Till next time!! Assalamualaikum! :)
No comments:
Post a Comment