Tuesday, October 9, 2012

Alhamdulillah Hemoglobin dah naik!

Hari tu saya ada appointment dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ambik darah untuk hemoglobin (HB). Biasalah bila tentang HB je saya mula risau. Takot masih rendah. Risau kat baby dalam perut. Takot dia tak cukup darah. Tapi kali ni just pergi ambik darah dulu sebab keputusan darah tu insyaAllah hari Jumaat nie.

Hari yang sama jugak saya ada appointment dengan klinik kesihatan seksyen 7 shah alam. Memang sekarang saya kena combined dua tempat untuk check up baby. Satu hospital satu lagi KK7. Kelam kalut ribut ke hospital pagi tu. Pastu pergi ke shah alam pulak.



Tak sangka pulak appointment kat klinik kesihatan seksyen 7 tu saya kena ambik darah untuk HB sekali lagi. Tapi yang ni terus dapat keputusan. Terkejut dengan keputusan! Rasa nak sengeh sampai berlaga pipi! Mana tak nya HB saya dah naik sikit.  Dalam entry lepas (sini) saya ada mention yang HB saya 7.3. Memang teruk. Tapi alhamdulillah kali ni dah naik sikit ke 8.0. Rasa nak nangis bila HB dah naik. Even naik sikit tapi yang penting HB naik. Syukur ya Allah;')

Tiba turn saya jumpa doktor. Rasa berdebar debar jugak.

"Sihat ke Puan?"

Soal doktor tu memulakan perbualan manja. Eh. Manja eh? Hehe.

"Sihat"

"Oh. Bagus HB awak dah naik sikit. Dari 7.3 ke 8.0"

Puji doktor tu.

Saya hanya tersenyum.

"Keputusan diabetes awak hari tu saya dah dapat. Bagus. Keputusan semuanya oke. Cantik"

Sekali lagi saya tersenyum. Rasa nak terus sengeh je. Mana tak nya sejak saya mengandung ni ada dua benda yang merisaukan saya. Satu HB dan satu lagi kencing manis saya. Biasalah masa mengandung ni memang macam macam penyakit akan dapat. Dua minggu sebelum ni doktor ada ambik darah untuk check samada saya ada pantang tak makan benda benda manis. Sejujurnya saya tak pernah pantang. Nak nak tang nasik. Tapi kalau minuman manis tu memang saya ada pantang. Sebab bila check BSP keputusan gula saya selalu memuaskan. 


BSP ni saya ambik sendiri kat rumah.
Sampai memercik darah;')


Masa doktor cakap nak ambik darah untuk gula saya mulai risau. Mana tak nya risau takot keputusan teruk. Doktor cakap melalui ambik darah ni doktor akan dapat tahu yang saya ni pantang ke tak. Memang tak boleh nak tipu doktor. Sebab kalau keputusan gula teruk kemungkinan besar baby terlalu besar sebab terlebih kandungan gula.

Tapi Alhamdulillah. Keputusan diabetes saya memang memuaskan. Dan bila doktor cakap semua keputusan cantik satu perasaan lega yang sukar di gambarkan. Alhamdulillah.

"Oke. Awak boleh baring. Saya nak check perut"

Saya pun baring. Doktor check perut. Check degupan jantung baby.

"Semuanya oke"

Saya hanya mampu tersengeh je hari tu. Sebab semua keputusan oke.

"Doktor saya nak tanya satu soalan boleh?"

Soal saya pada doktor.

"Kenapa saya tak kena tahan dalam wad lagi untuk masukkan darah sebab HB saya selalu rendah. Saya risau"

"Ohhh. Kalau orang yang kena masuk wad untuk masukkan darah tu sebab dorang ada tanda tanda yang membahayakan baby. Contohnya baby tak membesar. Kalau kes awak alhamdulillah baby awak membesar dengan baik. Sebab tu awak tak kena tahan dalam wad"

Jawapan doktor tu sekali lagi buat saya tersengeh.

Alhamdulillah. Baby mama dalam perut ni membesar dengan baik. Alhamdulillah.



Okelahbaiii.

Hati kechixx: Bersyukur;")

3 comments:

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah.

Nour Eyza said...

yeaahh.. alhamdulillah tahniah dah naik dah HB akak.. keep it up! =)

cikji said...

Alhamdulillah,semua okey belako

sengeh sokmo jelah ek td,hihi