"Puan pernah buat tak check untuk kanser pangkal rahim?"
"Belom lagi Nurse. Kenapa? Kena check ke?"
"Yep. Kena check. Biasanya pihak kami akan sarankan ibu ibu check lepas anak berusia 4 bulan."
"Oooo"
Saya angguk tanda paham.
"Lagipun kanser pangkal rahim adalah kanser yang kedua bahaya bagi wanita selepas kanser payudara. So pihak kami nak check awal awal. Sebab kita tak tahu kita ada ke tak kan?"
"Lepas check baby nanti saya nak check Puan terus boleh?"
"Kejap ke lama Nurse?"
"Kejap je. "
Lepas check Muslim terus Nurse bawak saya masuk sebuah bilik kecil.
"Oke. Puan baring kat situ. Baring macam nak bersalin oke"
"Alamak. Puan nak masukkan alat 'plastik' tu ke?"
Gelabah jugaklah saya bila tengok nurse tu keluarkan satu alat plastik. Saya pernah rasa masa saya di admit kali kedua di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dulu. Masa tu saya tengah pregnant kan Muslim. Dan alat plastik tu sangat sakit!
"Tak sakit pun Puan.Puan baring dan jangan lawan yea"
Tup tup dah siap.
"Oke. Dah siap check Puan"
Eh. Eh. Kejap je rupanya. Sakit? Tak sakit macam saya rasa sebelom ni. Sakit sikit je. Yang pengalaman sebelum ni sakit SANGAT. Yang penting kita tak boleh lawan Nurse bila dia check.
"Oke. Result akan keluar 3 bulan dari sekarang. Tapi kalau ada apa apa emergency kami akan terus call Puan dua minggu awal dari tarikh result. Next check Puan ialah April 2014"
"April 2014?"
"Untuk check kanser pangkal rahim ni kita perlu check sekali setahun"
"Oooooo"
Saya angguk senyum tanda paham.
"Terima kasih Nurse"
Berharap sangat semuanya oke nanti. Aminnnn.
Apa yang saya tahu tentang kanser pangkal rahim atau di kenali jugak sebagai kanser serviks ialah:
- Kanser kedua terbanyak selepas kanser payudara di kalangan wanita.
- Sejak akhir akhir ni pengidap kanser ini semakin meningkat di negara kita.
Risiko penyakit serviks ialah:
- Memulakan hubungan seksual pada usia muda.
- Bertukar tukar pasangan.
- Merokok.
- Mengandung lebih dari lima.
- Jangkitan kuman HPV.
- Kurang jagaan di anggota sulit.
- Kurang daya tahanan badan.
Tanda tanda penyakit serviks:
- Pendarahan luar biasa dari vagina (bukan haid)
- Pendarahan yang banyak dan berpanjangan.
- Wujudnya darah beku.
- Berbau.
So. Apa kata awak awak semua pergi check dulu sebelum terlambat. Kita sebagai wanita ni macam macam penyakit ada. Sebab itu better kita check sebelum apa apa terjadi.
Okelahbaiii.
Hati kechixx: Harap semuanya oke nanti ;")
4 comments:
thanks info darling =)
Memang perlu dibuat pemeriksaan tu untuk langkah berjaga-jaga. Mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga semuanya ok. Info yang berguna untuk kaum wanita.
good info. thank you
oke kalo belum kawen pon boleh ke??
Post a Comment