Nak nak saya nie isteri mithali dan mama yang power. Angkat bakul sendiri kekadang tu nikmat. Hihi. Tapi seriyesly memang busy sangat sangat. Ada kawan saya tanya:
"Kerja apa sekarang?"
"Suri rumah tapi ada buat bisness sikit sikit."
"Wahhhhhh. Goyang kaki je lah yea."
Errrr. Saya macam terdiam kejab. Sebab kalau saya goyang kaki sure anak suami terabai lapar tak mandi busuk macam hantu kak limah balik rumah. Boleh? ;')
Saya rasa waktu saya kat rumah tersangat padat. Bangun pagi siapkan pakaian sarapan suami. Salam cium tangan suami suami pergi kerja. Saya terus uruskan Muslim. Mandikan dia. Borak borak dengan dia kejab. Pastu dia kentut saje. Prut prut. Tapi muka maintain macam orang tak kentut. Hihi.
Pastu saya siapkan makanan dia. Bagi dia makan. Pastu saya try dodoikan dia. Bila dia tidur saya cecepat buat bisnes. Dan kebiasannya Muslim tak akan tidur lama kalau saya tak peluk dia. Uweeeeek. Dia nangis. Saya off komputer lelaju. Terus layan Muslim anak mama yang manja nie ala tomey tomey geramnyaaaa. Hihi.
Layan dia sambil lipat kain baju kemas rumah vakum sana sini none stop buat kerja. Eh. Kejab je dah pukul dua belas tengahari. Masa untuk lunch. Masak apa yang patut untuk perut. Ngap makan sambil layan Muslim yang kekadang nak ajak saya bincang saje. Hihi.
Lepas makan try ulik mayangkan Muslim. Kalau dia tidur baru sambung buat bisnes. Kalau dia tak tidur saya sambung layan dia sambil buat kerja rumah apa yang patut. Dalam kepala duk pikir nak masak apa malam ni. Eh. Bukan senang taw nak decide lauk apa untuk dinner. Hihi.
Petang suami balik kerja. Kalau sempat saya dan Muslim sergah suami depan pintu. Tapi teknik tu dah biasa sampai suami buat buat terkejut. Hihi. Saya siapkan makanan petang. Makan borak borak tiga beranak. Gelak gelak ha ha ha. Pukul enam setengah Muslim layan Upin Ipin kat tibi sembilan. Lepas magrib masak untuk dinner. Makan pastu layan Muslim yang masih ajak berbincang saje. Bila Muslim tidur baru saya ada masa nak rehat sikit. Kekadang dah macam zombie saya tengok diri saya. Hahaha.
Goyang kaki ke jadi suri rumah ni?
Hanya suri rumah yang paham perasaan suri rumah. Oh. Maksud saya suri rumah yang bertauliah lah. Yang tak bertauliah itu lain cerita. Hihi.
Apa apa pun. Buatlah apa apa pun dengan hati yang ikhlas hanya kerana Allah. InsyaAllah kita akan dapat pahala. Inilah tanggungjawab kita sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Jangan merungut jangan berdalih. Ingat! Syurga kita di bawah telapak kaki suami. Dan ada dua benda yang tak akan kembali. Iaitu usia dan waktu.
Wahhh.
Ustazah Amalina. Hihi.
Okelah. Take care semua! ;)
Hati kechixx: Ini baru sorang anak. Kalau dah sedozen? Haha. ;)
Like page kami: AM Shopaholics
Follow instagram kami: AM Shopaholics
9 comments:
saya kagum dengan semua surirumah sepenuh masa..bagi saya itu ialah kerjaya yang paling hebat..bila anak dah sekolah dia jugalah yang hantar dan ambil anak ke sekolah,memang tak sempat nak panas bontot.
Pedulikan kata2 orang,balas dengan senyuman je.
setuju.su pun ade org ckp cam tu.."su tak buat ape..takpelah.."..huh!panassss
suri rumah tak bertauliah??camne tu ye?
hehehehheeh....
tu la,,saya yang kerja ni..tak taw nanti camne kalau ade anak..kelam kabut la jawab nye...smoga Allah permudahkan segala2 nya...
anak saya pon nama muslim gaq.. nazeef muslim :)
Keluarga yang cutelah akak ni!! :)
c0meinya baby Muslim..
Kdg2 dh tghari bru tringat x mndi pagi lagi..kiki. pas masak la bru mndi kn sbb x kn nk smbut suami blk lunch ngn bau bawang. Skli x smpt mndi suami x pulang. Smbut la suami ngn gaya masam tp wajah manis
My Precious Little Lady Bug has left a new comment on the post "Saya nak isteri saya jadi suri rumah je, tapiii......":
Salam blogger semua,
Saya pulak dah 3 tahun berjauhan dengan suami, akhirnya terpaksa akur setelah melahirkan puteri kami pada nov 2013 , memutuskan untuk berhenti kerja dan mengikut suami ke bintulu. Alhamdulillah setelah 3 bulan bergelar suri rumah, dah dapat keserasian di situ.. Almaklumlah kalu dulu pas subuh dah keluar rumah pastu maghrib baru bali. Tak nak redah jem la katakan ..kerja di kl memang macam tuh..huhu...tapi best jugak sebab sekarang bukan setakan jadi suri umah, dah kerja dari rumah jer. Work at home mother (WAHM).
Nanti kalau free2 jomla layari blog saya... Banyak info yang boleh dikongsi di situ. Jom klik
http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com
ya apatah lagi kalu kerja kan???
mmg penat...
Post a Comment