Thursday, August 22, 2013

Anak selalu je nangis.

Rumah saya lima tingkat. Tapi saya duk kat tingkat tiga. Rumah pangsapuri a.k.a flat. So rumah kat tingkat lain tu rumah orang lain. Hihi.

Anak selalu menangis? Oh. Bukan anak saya iaitu Muslim. Bukan. Maksud saya anak jiran saya yang rumah bawah ni iaitu di tingkat dua. Memang selalu sangat sangat menangis. Bukan seminggu sekali. Bukan sebulan sekali. Bukan bukan. Tapi SETIAP HARI! S E T I A P H A R I.

Saya perasan masa bulan puasa hari tu saya start dengar anak jiran ni menangissss saje kejenya. Setiap hari. Mula mula ingatkan normal. Tapi start rasa pelik bila hari hari dengar menangis. Pelik bukan pelik biasa biasa. Tapi pelik bin ajaib.

Menangis tu satu hal. Menjerit satu hal. So total sekarang dua hal. Kenapa yea? Saya pelik. Saya pernah terserempak dengan jiran tu dulu. Sekali je rasanya. Sekadar senyum sahaja. Sebab masa tu dia dah nak masuk rumah. Saya tengok dia dah ada sorang anak perempuan. Dalam umur 3 4 tahun. Mungkin budak tu yang selalu nangis.

Setiap kali saya dengar dia menangis saya rasa kesian sangat. Rasa nak je pergi rumah dia tanya:

"Kenapa anak awak selalu nangis yea? Meh saya pujuk."

Tapi nanti orang cakap busy body pulak. Selalu pagi hari kerja saya tak dengar budak tu menangis. Maybe mak pak dia pergi hantar nursery kot. Dalam petang pukul 6 7 tu start dengar dia nangis. Pastu senyap. Lepas Isyak nangis balik. Kekadang pukul 1 2 pagi menangis menjerit saje.

Risaunyaa kat budak tu. Kenapa yea? Pelik sebab setiap hari dia menangis menjerit kuat. Apa yang perlu saya buat sebagai seorang jiran yea? Nak terserempak dengan dorang memang susah. Harap budak tu ok lah. 








3 comments:

Shi'a said...

Kak gi lah tanya gram je dengar..hihik

Fariza said...

Bila kita ada anak kecil, mmg kita prihatin pd anak kecil lain kan. Sama juga macam saya, tinggal apartment, jiran sblh tu anak kecil nangis je, n rass nak ketuk je pintu main ngan bdk tu. fikiran negatif kata - kang x pasal2 terus kena marah, kenal pun x, stkt senyum je jumpa n jrg2 sgt. huhu. lama2 dh x dgr bdk tu cry je.

tp mcm kes u tu.. erm.. khuatir juga kan. beranikan diri tok bertanya. huhuhu. x smpai hati tgk anak kecil cry n jerit2 mcmtu. :(

Julia Johari said...

Ya Allah...mommy muslim...mcm mana ye nk buat...huhhh itulah kang kita pi tegur baik2 org plak cop kita bz body...kesian baca entry mama...umi Qi pun x tau nak ckp cm ne...sbb zaman sekarang org bertegur pun leh cop kita mcm2...hrp sgt adik tuh x nangis lg...cian dia