Friday, September 6, 2013

Sa'ad Muslim.

Sekarang dah bulan sembilan. Maka genaplah sembilan bulan saya menjadi seorang ibu kepada Sa'ad Muslim. Kejap saja terasa masa tip tap tip tap berlalu. Dah sembilan bulan dah saya jadi seorang ibu. Dah sembilan bulan dah anak mama ni melihat dunia ni. Dah sembilan bulan dah saya bangun pagi dapat kiss anak. Dah sembilan bulan dah saya menyusukan Muslim. Dah sembilan bulan dah saya dukung Muslim ke sana ke mari. Dah sembilan bulan dah saya berguling guling dengan Muslim. Dah sembilan bulan dah Muslim tidur di sebelah mama dan ayahnya. ;')

Dulu masa Muslim dalam perut mama pun selama sembilan bulan sayang. ;)



Ya Allah. Betapa bersyukurnya saya rasa dapat menikmati kesemua keindahan ini. Syukur tersangat sangat syukur. ;')

Walaupun masa saya pregnantkan Muslim terlalu banyak cabaran dan rintangannya. Mana taknya masa saya pregnant saya kena tahan kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sebanyak dua kali. Kali kedua paling mencabar sebab masa tu Hari Raya Haji. Rasanya dalam 4 hari jugak saya kena tahan di sana. Firstime beraya di hospital. Sayu rasa hati.

Saya pulak memang kena check up kat dua tempat. Satu kat Klinik Seksyen 7 dan satu lagi kat Hospital Klang. Lepas tu hemoglobin saya makin lama makin turun dan turun. Nak nak saya ni pembawa talasemia. Lepas tu kena refer dengan doktor pakar. Setiap minggu saya kena ulang alik ke klinik dan Hospital Klang. Lepas tu check check saya ni ada kencing manis. Sampai doktor pun risaukan saya sebab ada simptom simptom tumpah darah semasa bersalin nanti. Risaunya saya masa tu. Badan saya masa tu memang lemah longlai walaupun saya tak buat kerja kerja berat. Tak larat sangat sangat masa tu. Allahuakbar.

Namun alhamdulillah segalanya di permudahkan olehNYA dari saat saya melahirkan sampailah ke hari ini. Alhamdulillah.

Muslim..mama dan ayah sayangkan Muslim. Sayang tanpa noktah. Nanti besar Muslim jadi anak yang soleh yea sayang. ;')