Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Friday, March 7, 2014
JANGAN MENUNGGU-NUNGGU
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.
12. Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang untuk membaca Al Quran
Tapi luangkan waktu untuk membaca Al Quran.
Semoga bermanfaat buat semua. Salam Jumaat. :)
#ingatanuntukdirisayajugeInsyaAllah
Label
Kongsi
Tuesday, January 21, 2014
Mati itu PASTI.
Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan. (Surah Yunus, 10:56)
Semalam suami saya balik keje dia citer yang ada officemate dia bahagian HR kematian suami hari Isnin lepas. Saya terkejut! Innalillahiwainnailaihirojiun.
Ahad malam tu suami officemate tu pergi berfutsal dengan kawan kawan. Balik dari futsal terus tidur. Bangun pagi Isnin nak siap siap pergi kerja tetiba tak leh bangun. Sesak nafas. Dan akhirnya meninggal. Allahuakbar! Bila ajal kita dah sampai sesaat pun kita dah tak dapat nak lari.
Malam sebelum tu mungkin suami dia happy happy gelak gelak sepak bola dengan kawan kawan dia lagi. Bila pagi Isnin Allah dah menjemput dia. Allahuakbar!
Umur lelaki tu baru 30+. Masih muda. Dah ada anak 3 orang.
Bila dah sudah sampai masa kita..sikit pun kita tak dapat nak delay..nyawa kita pasti tercabut. Kuburlah rumah kita seterusnya sementara menanti saat Hari Akhirat.
Ya Allah!
Yang ni terjadi 2 3 hari lepas. Dia sendiri nampak kes langgar lari. Bila pergi dekat rupa rupanya yang mangsa ialah mak nya sendiri. Ya Allah. Sedihnya.
Hari ini kita gelak gelak esok mungkin dah sampai turn kita akan mati. Kita sendiri tak tahu. Ingatlah yea..setiap hari kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.
Label
Kongsi
Monday, September 9, 2013
Baby dalam kandungan tak ada tempurung kepala.
Saya terbaca kat sebuah page ibu ibu kat facebook.
Sangat sedih bila baca luahan hati seorang bakal ibu ni.
Babynya dah 13 minggu. Scan semua alhamdulillah ok. Cuma doktor cakap kat dia baby tu tak ada tempurung kepala. Subahanallah. Dan doktor terus refer dia untuk check selanjutnya di HKL keesokan harinya.
Bila baca komen komen ibu ibu lain. Ramai ibu ibu suruh dia bersabar. Dan bila kandungan dah masuk 13 minggu sepatutnya tempurung dah nampak. Salah satu komen kat situ:
Semua ini kuasa Allah.
Kepada ibu ibu yang sedang hamil sentiasalah amalkan Doa Ketika Bayi Di Dalam Kandungan.
DOA KETIKA BAYI DI DALAM KANDUNGAN.
-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dankepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Semoga ibu tadi tabah menghadapi segala dugaan ini.
Label
Kongsi
Monday, September 2, 2013
Dua poloh sen.
"Abang Sudin! Dua puluh sen..!" - Ayu
"Takde dua puluh sen rahsia bocor haaa..." - Ayu
Hihi.
Label
Kongsi
Wednesday, August 28, 2013
Isi tempat kosong
Hahhh.
Awak awak. Sila isikan tempat kosong dengan jawapan suka hati kamulah.
Hihi.
Isi jangan tak isi.
;)
Label
Kongsi
Thursday, August 22, 2013
Pemandu bas ikut nafsu marahnya!
Menurut saksi,Syamimi yang terselamat dalam kemalangan ngeri di Genting semalam, bas itu dipandu laju oleh pemandu bas tersebut setelah bertengkar dengan pemandu sebuah kereta yang membunyikan hon sewaktu bas itu berhenti seketika di tengah jalan dekat selekoh masuk ke tokong di situ.
Penumpang ada menegur pemandu tu jangan marah sangat sebab bahaya tengah drive. Tapi makin ditegur oleh penumpang makin naik berang pemandu tu.
Adoyai. Bila marah semua nak buat ikut nafsu. Dah tak pikir keselamatan orang lain. Dah tak fikir kesan buruk yang akan terjadi. Dah tak fikir apa apa dah. Fikir nak marah marah marah saje.
Dan kesannya bas menjunam ke dalam gaung dan mengakibatkan ramai yang meninggal dan tercedera.
Sedih sungguh.
Benda yang tak patut jadi. Sebabkan marah ramai orang meninggal.
Sedih memang sedih.
So bila kita nak marah banyak banyakkan beristigfar dan ingat Allah. Jangan ikut nafsu.
Al-Fatihah untuk semua yang terlibat dalam kemalangan ini.
Al-Fatihah.
Label
Kongsi
Thursday, August 15, 2013
Orang British berebut nak letak nama anak Muhammad. Kita?
Kat negara kita sekarang ni? Macam macam nama pelik kita jumpa. Yang paling pelik bila ada nama anak tu hasil gabungan nama mak pak dorang. Contoh nama mak dia Maznah. Pak dia nama Darus. Gabung dua nama tu anak dia letak nama Mazda. Fuhh.
Nak letak nama anak biarlah nama baik baik dan yang paling penting ada maksud di dalam Islam. Jangan main letak ikut sedap mulut nak sebut. Letak nama baik nanti nak panggil anak pun sejuk hati.
Pening nak pilih nama anak? Carilah dalam buku buku nama Muslim. Berlambak kat kedai. Paling mudah letak nama nama Nabi, nama nama sahabat Nabi, nama nama anak anak Nabi. Banyak pilihan sebenarnya. Jangan kata susah nak memilihnya. Dan jangan terikut ikut sangat nak letak nama anak bunyik ala ala macam anak orang omputih.
Malulah kita sebagai orang Islam tapi duk bangga dengan nama nama orang omputih. Sedangkan orang omputih pun suka dengan nama Muhammad.
Islam itu mudah. Islam itu indah.
Kan?
Label
Kongsi
Wednesday, July 31, 2013
Tinggalkan link blog awak.
Hehe.
Tengah rajin nak baca awak punya entry dan tengah rajin nak mengfollow blog blog awak awak semua. So saya just nak mintak awak tinggalkan link blog awak kat sini.
InsyaAllah saya akan serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ci ke boom ci ke boom.
Harap mendapat sambutan di kala saya tengah rajin melampaui batas ni. Hihi.
Take care semua! ;)
Tengah rajin nak baca awak punya entry dan tengah rajin nak mengfollow blog blog awak awak semua. So saya just nak mintak awak tinggalkan link blog awak kat sini.
InsyaAllah saya akan serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ci ke boom ci ke boom.
Harap mendapat sambutan di kala saya tengah rajin melampaui batas ni. Hihi.
Take care semua! ;)
Label
Kongsi
Wednesday, April 10, 2013
Susah nak komeng kalau ada makhluk ni...
Saya memang suka selongkar blog awak awak dan awak semua di samping mengomeng sana sini atau dalam perkataan lain blogwalking. Tapi agak susah sikit nak komeng meng meng dan meng bila tetiba je keluar perkataan indah word verification macam ni:
Nak nak kita dah buat banyak kali word verification tapi tak dapat. Memang mengganggu emosi orang orang berjiwa remaja seperti saya. Eh? Remaja lagi ke? Heee. So untuk memudahkan orang mengomeng meng meng dan meng di blog kita apa kata kita pakat buang word verification ni. Hikss.
Mudah je. First awak pergi setting. Pastu pergi post and comments. Pastu awak cari perkataang show word verification. Then awak tekan NO. Save dan siap. Senang kan? Sesenang telan krushers oreo kepsi. Hehe.
So lelepas ni senanglah orang lain nak komeng tanpa di ganggu oleh makhluk bernama word verification. Mudah lagi memudahkan.
Okelahbaiiii.
Hati kechixx: Jangan biarkan hidup di selebungi word verification.
Mudah je. First awak pergi setting. Pastu pergi post and comments. Pastu awak cari perkataang show word verification. Then awak tekan NO. Save dan siap. Senang kan? Sesenang telan krushers oreo kepsi. Hehe.
So lelepas ni senanglah orang lain nak komeng tanpa di ganggu oleh makhluk bernama word verification. Mudah lagi memudahkan.
Okelahbaiiii.
Hati kechixx: Jangan biarkan hidup di selebungi word verification.
Label
Kongsi
Subscribe to:
Posts (Atom)







