Showing posts with label Tips ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips ibu. Show all posts

Wednesday, July 8, 2015

Kongsi gambar anak : Apa yang perlu kita elakkan?

Sebagai mak ayah memang kita suka sangat kan kongsi gambar anak anak kita. Saya pun sama. :) Baru-baru ni 1 Malaysia tahu cerita gambar anak Harith Iskandar yang dah disalah guna oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Mana taknya, gambar anak Harith di upload dalam laman web pornografi kanak-kanak.

Huish. Saya pun terkejut dengan berita macam ni. Yealah. Niat kita hanya nak kongsi gambar anak sekadar nak berkongsi kegembiraan kita dengan anak anak tapi tu lah, dalam kita tak sedar ada jugak pihak yang ambik kesempatan. Sedihkan?

Apa yang kita kena elakkan?

1. Gambar bogel.

Yes! Ini memang WAJIB kita elakkan! Jangan sesuka hati je nak upload gambar anak kita dalam keadaan tak berpakaian mahupun separuh bogel. Bawak anak mandi tepi kolam, pakai baju mandi, comelnya anak! Terus upload gambar anak dalam facebook. Huishhh. Jangan! Di mata kita anak kita comel, tapi ada mata mata lain yang berfikiran lain macam! 

So elakkan!

2. Letak nama penuh anak.

Ini perlu kita elakkan. Lagi lagi kalau kita suka guna # lepas tu letak nama anak kita. Nanti lagi senang manusia yang tak bertanggungjawab ni cari gambar gambar anak kita. 

3. Upload gambar anak orang lain tanpa izin mak ayahnya.

Walaupun anak sedara kita sendiri! Sebab takut nanti benda lain yang jadinya! Kita kena sentiasa bertanggungjawab atas setiap gambar anak orang lain yang kita upload dalam social media.

4. Check in.

Check in tempat tempat yang biasa kita dan anak anak kita di zon selamat. Contohnya sekolah / taska / rumah. Elakkanlah yea! Sebab mungkin ada mata-mata yang memerhati je facebook kita tu. Bahaya taw!

5. Public / private?

Semak balik gambar yang kita upload tu hanya untuk tatapan kawan-kawan saje ke atau umum. Contohnya facebook. Kita boleh kawal siapa yang boleh tengok gambar-gambar yang kita upload. Ada jugak sesetengah pihak suka ambik gambar anak kita buat profile picture. Amboi amboi amboiii.

Sebagai mak ayah, kitalah yang bertanggungjawab untuk melindungi maklumat tentang anak kita. Kan? Bahaya betul sekarang ni.

Monday, July 6, 2015

Tips anak maintan rajin mengemas.

Kalau nak keluar pergi jalan-jalan, Muslim lah orang paling bahagia. Berlari-lari dia pergi ambik topi. Melompat-lompat dia cakap.

" Nak g dai dai dai " 

" Ok. Dai dai dai "

Layankan aje dai dai dia. Hehe.

Dai dai dai tu maksudnya kedai. Hehe. 

Tapi kebiasaannya saya akan mintak tolong Muslim kemaskan mainan dia dulu sebelum keluar rumah. Kadang kadang dia buat, kadang kadang kalau terlebih excited nak pergi dai dai dai dia simpan separuh. Tak pe, janji dia dah biasakan mengemas mainan dia sebelum keluar pergi dai dai dai. 



Saya suka praktikkan macam ni sebab nak bagi dia biasakan diri dengan mengemas. Tapi, Muslim memang anak yang rajin, mudah tolong saya dan ayahnya. Biasalah kalau dah ikut perangai mak dan ayahnya. Ewah ewahhh. :)

Ini salah satu cara kita mendidik anak dari awal. Bila dah terbiasa, ianya akan menjadi satu rutin. Lagi satu, kita jangan suka bertangguh tangguh. Tak semestinya nak keluar jejalan baru saya mintak tolong Muslim kemaskan mainan dia, tapi bila dia dah siap main, saya dah biasakan Muslim kemas terus. Kalau kita nak anak kita rajin, kita dulu kena tunjukkan yang kita ni rajin.  Kan??

Saya jenis tak kisah Muslim sepahkan rumah. Mainlah sampai dia puas. Lagipun sekarang Muslim dah masuk 2 tahun 7 bulan. Otak otak tengah berhubung. Yang penting lepas main kena kemas. Kita pun sebagai mak ayah kenalah kemas sekali dengan anak anak. Sebab apa yang kita buat pasti diikuti oleh anak. Lagi satu, kalau kita dah terbiasakan anak dengan persekitaran berselerak, nanti anak akan ingat selerak itu benda betul dan kecik bagi dorang. Pucuk pangkalnya, mak ayah ni sama-sama kena rajin dan berdisiplin. Betul tak?

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca. :)


Wednesday, February 11, 2015

Panduan Didik Anak: 4 Manfaat Tidur Untuk Bayi

Seronoknya kalau dapat bau baby. Teringat saya masa Muslim baby lagi. Setiap saat rasa nak cium saje. Sedap sungguh walaupun tak mandi.

Anak tidur di siang hari ni penting sangat. Ianya keperluan utama bagi kesihatan baby kerana tidur di siang dapat membantu proses perkembangan metabolisme dalam tubuh.



Ada satu kajian dari Universiti Colorado Boulder, Amerika Syarikat, kanak-kanak yang tak atau kurang tidur pada waktu siang lebih cenderung untuk mengalami tekanan, cemas dan kurang aktif.

Manfaat Tidur Untuk Bayi.

  1. Baby dapat merehatkan tubuh badan. Masa baby tidur, otak mereka berkembang dengan baik kerana itu otak mampu mengembangkan kecerdasan, keterampilan, kemampuan, dan keaktifan akan meningkat dengan baik.
  2. Hormon pertumbuhan kanak-kanak akan meningkat dan berfungsi untuk menstimulasi sel-sel dan pertumbuhan tulang, serta dapat memperbaiki dan memperbaharui sel kulit dan saraf otak.
  3. Semasa tidur, ia dapat meningkatkan kemampuan untuk mengawal emosi dan melatih mental ketika anak awak bangun dari tidur.
  4. Akan meningkatkan tahap kecerdasan dan konsentrasi anak sewaktu tidur. Otak akan membuat satu hubungan penting yang mampu untuk mengerakkan baby segi keaktifan, daya pemikiran, kecerdasan, daya ingatan dan mengenal perkara-perkara baru.

-------

Terima kasih kerana sudi singgah sini. Semoga bermanfaat buat semua! :)

-------

Tempah supplement Shaklee / Daftar ahli sekali seumur hidup. Dapat 20% diskaun dan 1001 kelebihan. Semuanya saya akan guide special. Jangan malu untuk hubungi saya ye. :)

✿ Top Agent/Coach Shaklee ✿ 
AMALINA
012.939.4864
Shaklee ID: 952483
(FEB15-EFF SUP)

Tuesday, February 3, 2015

Panduan Didik Anak: Idea Anak Jangan Dipandang Remeh

Untuk melahirkan anak yang bijak, pintar, cerdas dan kreatif, kita sebagai mak ayah digalakkan untuk memberi ruang dan peluang kepada anak supaya bertanya macam macam jenis soalan kepada kita. Itulah yang dinasihatkan oleh Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Noraziah.



Kita janganlah mudah nak marah marah dan tak layan setiap kali anak kita tanya macam-macam. Sebab apa? Ianya secara tak langsung akan menyekat pemikiran kreatif anak-anak. 

Di peringkat awal anak anak nak membesar ni, dorang sedang belajar sesuatu melalui aktiviti hariannya. So, janganlah kita menghalang dorang. Biarkan dorang kreatif kerana ianya akan merangsang otak anak. Tapi, kalau aktiviti anak itu boleh mendatangkan kesan negatif dan bahaya kepada dorang, seharusnya kita memberitahu dan menerangkan kepada dorang dengan cara yang terbaik. No tengking tengking. No rotan gergaji semua. Cakap baik-baik ye! :)

Saya pernah terbaca satu artikel mengatakan, kalau kita nak anak yang pintar, kita kenalah sentiasa melibatkan diri kita dengan aktiviti anak anak. Janganlah kita biarkan anak kita main sorang-sorang. Janganlah kita biarkan anak kita bersendirian berfikir dan membuat keputusan.

Sebenarnya, anak-anak ni, dorang akan rasa lebih happy kalau sesuatu kerja yang dilakukan mendapat perhatian dan pujian serta penghargaan dari kita. Ini akan merangsang anak untuk menjadi lebih rajin dan taat kepada ibu bapa serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Kalau kita tak libatkan diri dengan aktiviti anak dan tak bagi penghargaan kat anak, ini akan menjadikan mereka kurang keyakinan diri dan akhirnya bersikap pasif. Kita juga digalakkan memberi peluang untuk anak membuat keputusan. Contohnya baju mana dia nak pakai, nak kaler muka upin ipin dengan warna apa. Penting taw sebab benda ni boleh merangsang anak untuk berfikir secara kreatif dan anak-anak akan rasa bahawa dia juga penting di dalam keluarga.

Elakkan daripada terus membuat keputusan untuk anak. Kita kenalah sentiasa latih anak untuk berfikir sendiri dan sebagai mak ayah yang comel, kita hendaklah membantu anak melalui proses membuat keputusan.

Terima kasih kerana sudi singgah sini. Semoga bermanfaat buat semua! :)

-------

Tempah supplement Shaklee / Daftar ahli sekali seumur hidup. Dapat 20% diskaun dan 1001 kelebihan. Semuanya saya akan guide special. Jangan malu untuk hubungi saya ye. :)

✿ Top Agent/Coach Shaklee ✿ 
AMALINA
012.939.4864
Shaklee ID: 952483
(FEB15-EFF SUP)





Monday, February 2, 2015

Panduan Didik Anak: Jaga Kelakuan Awak Di Hadapan Anak.

Awak tahu tak bahawa anak anak ni memang sentiasa memerhati tindak tanduk dan kelakuan kita dan dorang akan copy paste sebab bagi dorang, kita sebagai mak ayah ni lah sebagai idola dorang dan contoh terbaik dan betul untuk dorang.



Dorang akan mudah terikut-ikut dengan apa yang kita buat. Macam anak saya, Muslim, saya tengok dia suka tiru saya gelak. Kekadang saya gelak, lepas tu dia pulak yang gelak. Sama pulak tu cara gelak! Haha. Satu lagi, Muslim sangat pandai menyapu rumah, sidai kain. Memang sangat bijak! Dari apa yang saya perhati, dia memang belajar dan tiru setiap apa yang saya buat. Yealah, setiap hari saya kemas rumah, basuh kain, lipat kain dan dialah yang lebih sibuk dari saya.

Sebab tu, kita sebagai mak ayah ni wajib jaga kelakuan kita sebab benda ni penting dalam mendidik anak-anak.

Kalau kita tengok balik diri kita sebagai mak ayah ni, mungkin kita pun ada copy paste perkara yang sama mak ayah kita buat pada kita kan?

Rindu pulak kat mama dan ayah saya kat kampung. :')

Lagi satu, anak-anak akan mudah tiru cara kita bercakap. Sebab tu kita janganlah mudah nak tengking anak. Cakap sikit nak tengking. Sikit cakap nak tengking. Nanti anak kita otomatik akan cakap tengking tengking.

Jagalah kelakuan dan tingkah laku kita sebagai mak ayah. Ia adalah sumber pembelajaran utama bagi anak anak kita. 

Terima kasih kerana sudi baca sini. Semoga bermanfaat buat semua. :)

-------

Tempah supplement Shaklee / Daftar ahli sekali seumur hidup. Dapat 20% diskaun dan 1001 kelebihan. Semuanya saya akan guide special. Jangan malu untuk hubungi saya ye. :)

✿ Top Agent/Coach Shaklee ✿ 
AMALINA
012.939.4864
Shaklee ID: 952483
(FEB15-EFF SUP)


Tuesday, July 8, 2014

Marah kat anak!

Assalamualaikum.

Gelagat anak kecil memang selalu buat kita geram. Geram sebab comel kan? Macam Muslim, sekarang ni memang dia suka buat macam macam gaya. Tergelak saya tengok Muslim yang makin hari makin bijak. Dia pun dah faham apa yang saya cakap.


Sayang sangat!!


Contohnya saya mintak tolong dia masukkan baju busuk ke dalam bakul. Gedek gedek dia ambil baju busuk tu masukkan dalam bakul. Saya cakap ambil bedak, gedek gedek dia pergi ambil bedak atas almari. Saya suka part kalau Muslim berjalan tak pakai baju. Hanya pakai pampers. Nampak dari belakang pampers dia gerak gerak ke kiri dan kanan. Geram nak peluk tak nak lepas! Heehee. Kalau saya on tv, cecepat dia cari remote. Kalau saya kemas kemas tempat tidur dia pun sibuk nak tolong. Kalau saya suruh dia buang sampah, dia ambil sampah tu dari tangan saya gedek gedek jalan ke dapur dan buang dalam tong sampah. Haha.

Setiap pagi memang bila Muslim bangun je saya selalu ajar dia salam, cium dan peluk saya dulu. Rasa best walaupun masa tu Muslim sebenarnya bau masam. Masam masam wangi. Hehe.

Tapi ada jugak kekadang Muslim tumpahkan air, makan bersepah, conteng buku, mainan bersepah sepah, koyak majalah peberet saya dan macam macam lagi. Pernah jugak rasa nak marah nak nak hari tu hari yang memenatkan saya tapi bila tersedar balik kenapa lah nak marah anak kecil ni. Dia pun tak reti apa apa lagi. Dia pun dalam proses nak belajar macam macam. Biasa kalau rasa nak marah, saya akan terus bangun dan masuk toilet, basuh muka dan berwuduk. Alhamdulillah memang hilang perasaan nak marah tu.

Saya memang cukup pantang mak pak yang jenis cepat nak marah kat anak. Nak nak di tempat public. Memang rasa gerammm sangat dengan mak pak yang suka mengamuk ngamuk. Mengamuk sakan terkeluar urat saraf muka merah sebab marahkan anak. Eeeeee buruknya muka masa tengah marah. Tak caya? Cuba masa tengah menjerit memekik tu korang tengok kat cermin. Buruk ke buruk? Berkedut kedut muka masa tu kan?

So cubalah kawal perasaan marah. Nak nak kat anak kecil yang masih tak reti apa apa. Yang masih ingin meneroka dalam dunianya.

Bila rasa nak marah je, cepat cepat ambil wuduk. Cepat cepat beristigfar. Bila nak marah je cepat cepat tarik nafas dalam dalam sebab dengan teknik pernafasan yang betul dapat menghilangkan marah. Bila rasa nak marah, kalau berdiri cuba duduk, kalau tak boleh juga berbaring, kalau berapi juga korang boleh terus tidur. InsyaAllah lepas tidur perasaan marah tu hilang.

INGAT YEA!

Memarahi adalah salah satu didikan yang paling buruk!

Kita sebagai mak pak seharusnya cuba mengelakkan bercakap kasar kepada anak anak. Hanya bertegas jika perlu, tetapi tidak memekik atau menjerit pada anak anak.

Bila kita menjerit atau memekik pada anak, anak kita akan:


  • Keliru dengan sikap kita, kadang kadang baik mesra tapi kekadang macam hantu.
  • Jiwa dan emosi anak terganggu.
  • Menjadi lebih agresif dan susah nak mendengar nasihat dari kita.
  • Hilang kepercayaan pada kita.
  • Merajuk, murung.
  • Penakut.
  • Lambat memahami sesuatu.
  • Kurang aktif.

Dalam kepala anak sebenarnya ada lebih dari 10 trillion sel otak yang tumbuh. 

Sekali kita menjerit memekik kat anak, sejuta sel otak anak kita rosak! Sekali kita cubit dan pukul anak, 10 juta sel otak terbunuh!!

Fuh! Sangat menakutkan kan?

Menurut Dr. Lise Eliot (Prof in Department of Neuroscience at the Chicago Medical School, apabila mak pak memekik atau menjerit pada anak yang masih dalam pertumbuhan otaknya (2-3 tahun), ianya akan mematikan sel otak yang sedang tumbuh.

Tetapi, jika kita sebagai mak pak ni sering memberikan belaian lembut, pujian pada anak, rangkaian otak yang terbentuk memang cantik!

INGAT YEA!

Memori anak kita yang masih kecil itu memanglah amat kuat. Dari sinilah anak kita akan belajar dari apa yang anak kita lihat dan dengar.  

Sebenarnya, kalau kita makin marah pada anak, makin makinlah dia akan memberontak. Semakin kita menjerit dan memekik kat anak kita, semakin anak kita menjerit balik kat kita.

Tetapi kalau kita bersikap lemah lembut dengan mereka, mereka memang mudah mendengar nasihat kita. Yang penting, sebagai mak pak ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak.

Lagi satu, sebagai mak pak ni kita mestilah cari ilmu berkaitan hal keibubapaan sebagai contoh membeli buku buku keibubapaan atau menyertai seminar keibubapaan ataupun menyertai forum forum keibubapaan. Senang cerita, kita kena ada ilmu untuk mendidik anak anak kita membesar dengan baik. Bukannya mendidik membuta tuli sahaja.

Apa pendapat korang?


Terima kasih kerana sudi membaca. :)








Thursday, April 17, 2014

Tips bila anak demam.

Hari tu masa Subuh, saya pegang badan Muslim panas sangat. Terkejut! Terus saya bangun Subuh pastu tengok Muslim. Dia pun merengek saje. Jarang sangat dia demam. Last masa dia umur 6 bulan rasanya.

Saya mandikan Muslim pastu bagi makan nestum. Mata dia merah. Senyum pun tak. Lemah badan mak tengok anak macam ni. Lepas menyusu dia terus tidur tak bermaya.

Dalam pukul 10.30 camtu dia bangun. Merengek. Susu tak nak. Saya dukung dia. Tidur balik. Saya letak dia atas katil sekali dia muntah! Saya ingatkan sikit. Saya angkat badan dia, tersembur keluar habis katil cadar dan badan saya. Ya Allah! Firstime Muslim muntah macam ni. Tapi saya tak panik. Saya kan mak yang kool. Hekhek.

Terus saya bawak Muslim pergi klinik. Alhamdulillah tak ada apa apa yang perlu di risaukan. Lepas doktor masukkan ubat ikut punggung barulah ok sikit badan Muslim. Baruuuuu nampak dia sengeh. Lego hati mak kamu ni Muslimmmm. Alhamdulillah. Tapi doktor suruh sentiasa pantau suhu badan dia. If tak kebah dalam 2 3 hari memang kena refer doktor balik.

Amboiii sempat sengeh walau demam yeaaa. :)


Apa pun untuk ibu ibu semua, ni saya nak share beberapa Tips Bila Anak Demam:

1. Pastikan termometer sentiasa ada kat rumah. Ni benda paling WAJIB ada kalau dah ada anak. Sebab anak kecil memang mudah demam. 

Termometer ni memang banyak jenis kat farmasi. Tapi saya suggest beli termometer digital sebabnya lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan. 

So yang pertamanya once kita rasa badan anak kita panas, kita kena check suhu badan anak dulu.

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Biasa saya ambil bacaan 3x. Yang last baru saya ambil sebagai bacaan yang sebenar.

2. Lapkan badan anak dengan tuala kecil yang di basahkan dengan air suam. Kalau biasa anak demam jangan selimutkan dia tapi biarkan dia dengan pampers je. Baju seluar jangan dipakai supaya haba boleh keluar. Lapkan badan anak di celah celah ketiak, di kepala dan di celah celah peha. 

Yang penting jangan guna air sejuk/ais yea. Kalau nak campurkan air tu dengan asam jawa ituuu tak dek masalah. :)

3. Berikan panadol (paracetamol) mengikut dos dan masa yang ditetapkan. Kalau konfius atau tak tahu berapa dos dan cara nak bagi anak makan, saya suggest korang bawak terus anak ke klinik berhampiran. Nak nak suhu badan anak melebihi 38.4 darjah celcius. 

4. Lebih dan galakkan anak minum air dengan kerap bagi mengelakan dehidrasi

5. Kalau anak muntah kerap, kejap kejap muntah pastu muntah lagi memang anda kena refer terus di klinik berhampiran.

Apapun bila anak demam, kita jangan panik. Anggap ini sebagai ujian dari Allah untuk kita. Yang penting kita sebagai mak pak kena saling tolong menolong dan banyakkan bersabar. Jangan nak mengamuk berkerut saje. Nanti cepat tuoo. Ok? :)




Thursday, April 3, 2014

Marah kat anak!

Itu hari saya pergi Tesco. Jalan jalan makan angin. Eh? Hihi. Jalan jalan cari barang. Kalau sesape perasan Tesco Extra Shah Alam kat roundabout tu dah siap pasang mesin utk bayor parking. Habislahhh lepas ni kena start bayar parking. Biasa masuk Tesco kan free. Ni masa depan nak kena start bayor parking pulek. Adeh. Nak kena survey Tesco kat tempat lain ni.

Ok. Saya duk tunggu suami solat kat tepi surau dalam Tesco. Kat area situ ada toilet untuk orang OKU. Dalam bilik air OKU tu saya terdengar suara orang laki menjerit jerit dan suara sorang budak nangis nangis.

Bapaknya menjerit kuat sangat!

"DUDUK DIAM DIAMLAH! NAK BASUH NI!!!!!!"

Memang semua orang yang duk area situ sama sama terkejut! Sama sama berpandangan. Sebab nya suara bapak budak tu memang kuat sangat!

Pastu saya dengar bapaknya sembur air kuat sangat kat anak dia. Anak dia menjerit:

"SAKIT!!!!!!"

"DUK ELOK ELOKLAHHHHH!!!!!"

Bushhhhhhhh. Bunyi bapaknya sembur air.

Budak tu nangis nangis. Saya dah mula geram. Geram kat bapaknya!!

Yealah. Kasar macam tu sekali dengan anaknya. Dah lah kat tempat awam. Adeh. Semua orang kat situ ternanti nanti bapaknya keluar dengan anaknya.

Pintu toilet di buka. Bapaknya keluar dengan muka marah. Masam je. Bengis je. Anaknya keluar menangis kuat terus berlariiiii sambil panggil maknya:

"Maamaaaaaa...mamaaaaa..tengok ayahh niii..."

Seluar budak tu habis basah! Kesian sangat saya tengok budak tu. Geram nak dush atas dahi bapaknya. Sampai hati buat macam tu kat anak dia. Saya tengok budak tu dalam umur 3 atau 4 tahun kot. Kecik lagi. :(

Kesian sangat sangat!


Anaknya sengeh nampak gigi.
Tapi maknya sengeh senget saje.
Haha.

Anak anak adalah amanah dari Allah. Kita yang mencorakkan mereka. Maka, perbanyakkanlah berdoa agar anak-anak kita dijadikan umat yang soleh dan solehah.

Sebenarnya apabila mak pak menjerit kat anak ia sesuatu yang menakotkan. Dan akan membuatkan anak kita menjadi seorang penakut. Perasaan macam ni boleh terbawak bawak sampai anak kita membesar.

Marah pada anak ni membuatkan anak kita akan mengalami gangguan jiwa dan emosi. Memori anak kita yang kecil memang sangat kuat. Mereka belajar dari apa yang mereka dengar dan lihat. Kita sebagai mak pak mereka adalah modelling untuk mereka.

Mereka belajar dari tindakan kita sendiri. Contohnya bila kita nak marah anak, kita menjerit kuat lepas tu kita pukul anak lepas tu kita cubittt anak. So dari situ anak kita akan belajar kalau nak marah mesti kena jerit kuat, mesti kena pukul dan mesti kena cubit. Dan mangsanya mungkin kawan kawan anak kita kelak.

Kalau anak kita ada buat salah tegurlah secara berhemah. Peluk dan usap anak kita dan cakap dengan nada yang perlahan.

Contohnya:

"Muslim sayang mama tak? Kalau sayang jom kita suruh bapak belanja kepsi"

Hehe.

[Tips untuk mengawal kemarahan dari Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah]

1)  Istighfar
2)  Senyum
3)  Melihat cermin untuk melihat bagaimana hodohnya rupa kita ketika marah.
4) Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
5)  Ta'awuz (auzubillah..)
6)  Banyak minum air
7)  Ambil wudhu
8)  Tukar tempat
9)  Pecahkan dengan melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan riadah.
10) Jaga pemakanan (orang yang suka makan daging merah cepat marah)
11) Memaafkan orang lain
12) Ingat mati


"Be The Person You Want Your Child To Be"

Seperti Sabda Rasulullah s.a.w:

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

Semoga bermanfaat buat kita semua.

:)

Wednesday, March 19, 2014

10 tingkah laku si manja 1 - 2 tahun.

Bila Muslim dah makin membesar makin banyak aksi aksi baru dia buat, saya pulak nak gelak saje. Kekadang rasa geram. Geram nak gomol gomol dan gusti gusti manje dengan dia. Geraaammmmm. Hihi.

Biasanya anak umur 1 - 2 tahun ni memang dia dah mula aktif nak meneroka. Nak try n test itu ini. Nak nak dalam usia macam ni kebanyakkan anak anak dah 'dapat kaki.'  Kannn?



Antara hobi baru favourite anak anak 1 - 2 tahun (termasuk Muslim):

1. Suka mengetuk

Hihi. Ni memang salah satu hobi Muslim. Suka mengetuk. Tak kiralah mengetuk apa pun yang penting benda yang dia rasa boleh di ketuk termasuklah meja, periuk, cawan plastik. Macam jadi favourite musik dia pulak. Pung pang pung pang. Yang penting suka mengetuk ni boleh meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Memang usia 1 - 2 zaman dia mula aktif.

2. Suka Menconteng

Sejak kemenjak ni saya tengok Muslim sukakan pen. Bila dah pegang pen tu memang sampai ke petanglah duk pegang pen tu. Dah pandai pegang pen nak buku pulak. Sebab nak menconteng. Hihi. Kalau saya saje saje nak ambik pen tu memang meraung di jiwalah jawabnya. Memang tak kan kasi. Tapi alhamdulillah. Setakat ni tak dek lagi dia menconteng dinding. Kalau takkkkkk...habislahhhhhhhhhh...

Yang paling penting kita sebagai mak pak ni nak kena simpan pen/pensel/krayon kat tempat tempat yang tak boleh diambil oleh anak anak. Yealah mana tahu masa kita duk sibuk kat dapur ke anak kita duk melompat sambil pegang benda benda ni. Kan tajam. Bahaya. Takot berlaku benda benda yang tak diingini.

Kalau nak bagi anak conteng buku pun pastikan kita ada sekali dengan dorang.

3. Cemburu

Bukan main lagi pandai nak cemburu buru buru nih. Kalau saya pegang anak sedare ke..cium baby kawan saya ke..mulalah Muslim nak nangis. Hihi. Cemburu bukan main. Macamana nak dapat adik ni? Haha.

Perasaan cemburu ni memang biasa bagi anak anak berumur 1 - 2 tahun ni. Yang penting kita mestilah kena peluk dan cium dia selalu. Dannn selalu cakap perkataan sayang, perkataan yang baik baik dan bangga kat dia.

4. Suka tendang bola

Ni memangggggg favorite Muslim. Dah 'dapat kaki' memang nak sepak bola je kerjanya. Tapi nasib baik rumah saya tak ada pasu bunga. So tendanglah bolamu wahai anak. Hihi. Sambil tendang bola sambil gelak. Lepas tu air liur meleleh je. Tapi yang penting bola tu mestilah bola yang lembut yang sesuai dengan usia anak kita. Jangan pulak kita suruh dia tendang bola takraw. Aiyok!

5. Naik turun tangga

Kat rumah saya memang tak de tangga. So Muslim memang tak boleh panjat tangga. Tapi kalau pergi jalan jalan kat rumah kakak saya kat Kuantan memang berpeluh ketiak jugaklah sebab Muslim sukaaaa sangat naik turun tangga. Kejap kejap naik. Kejap kejap turun. Berulang kali. Bahaya. Sebab kita memang nak kena pantau dia. Bimbang takot terjatuh tangga memang boleh mengakibatkan kecederaan atau terseliuh.

Kalau umah korang bertangga eloklah sediakan pagar untuk mengelakkan anak kita naik turun tangga. Yealah kadang kadang kita sibuk kat dapur ke, tengok cerekarama ke kita terlepas pandang kat anak. So lebih selamat korang sediakan pagar kat tangga tu.

6. Koyakkan buku

Buku/Majalah favorite saya memang sekarang ni dah habis di koyakkan. Renyuk habis tak leh nak cakaplah kan. Hihi. Kekadang sambil koyak sambil belek belek. Tengok model model dalam majalah saya tu. Majalah Anis yea. Hihi.

7. Mengamuk aum aumm tiba tiba

Selalu jugak Muslim mengamuk dengan tiba tiba. Duk main sorang sorang tiba tiba menjerit. Saya datang dekat dia tanya:

"Kenapa Muslim?"

Ooohh. Rupanya dia mengamuk sebab tak boleh bukak tudung botol air. Kekadang ada jugak dia duk main sorang sorang dia menjerit nak nangis. Bila saya main dengan dia baru dia senyap dan gelak gelak. Sebenarnya dia nak kita ada dekat dengan dia. Aura kita sebagai mak pak ni kuat betul untuk dia. Lagipun bila ada dekat dia, dia akan terasa selamat dan di lindungi. Kan?

8. Suka telefon

Kalau saya borak borak telefon dengan mama dan ayah kat kampung mulalah Muslim nak duduk je dengan saya. Kekadang ada jugak saya buat loud speaker bagi Muslim dengar suara tokma dan tokayahnya. Melopong je dengar. Hihi.

Paling bagus kita belikan telefon mainan untuk anak kita. Biasanya telefon mainan ada bunyi bunyi lagu. Lagi seronok dia main. Kan?

9. Tiru gaya

Paling ketara sekali saya tengok Muslim meniru gaya saya adalah berdoa. Memang setiap kali saya solat saya akan letakkan Muslim dekat dengan saya. Kekadang ada jugak saya hamparkan sejadah untuk dia. Selesai solat, saya baca je Bismillahirrahmanirrahim untuk berdoa terus Muslim angkat tangan pastu goyang goyang badan macam orang duk berzikir. Hehe.

Kalau dengar azan dalam tv dia memang senyap je tengok. Lepas je habis azan terus angkat tangan berdoa selepas azan. :")

10. Suka tengok cermin

Kelakar sangat. Bila Muslim tengok cermin make up saya bukan main sengeh sorang sorang. Macam saya masa kecik kecik dulu. Perasan comel barangkali. Hihi.

Yang palinggggg latest Muslim sekarang dah reti buat buat gelak. Ala ala gelak tak ikhlas gitu. Haha. Semalam gelak sampai keluar air mata saya dan suami bila Muslim buat gelak macam tu. Macam terpaksa gelak. Haha!!

Macam macam tingkah laku anak kita yang sememangnya selalu mencuit hati kita sebagai mak pak dorang kan. Yang paling penting kita sebagai mak pak ni mestilah sentiasa membimbing anak anak kita dengan baik. Dannnnn sentiasaaa doakan anak anak kita. Sebut nama anak anak kita dalam doa. InsyaAllah.

So, apa keletah anak anak yang mencuit hati korang? Jom kongsikan. :)


Thursday, March 13, 2014

Doa ibu paling mustajab!

Masa hamil memang kita sebagai ibu, kita akan sentiasa mendoakan supaya baby di dalam perut selamat dan sempurna di lahirkan. Kan? Antara doa yang saya selalu amalkan semasa saya mengandungkan Muslim ialah:



Selain itu saya selalu mengamalkan surah surah pilihan untuk ibu hamil. 

  • Surah al-Fatihah: untuk terangkan hati dan kuat ingatan
  • Surah at-Taubah: untuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat
  • Surah Yusuf: untuk memperolehi anak yg cantik rupa dan akhlak
  • Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin
  • Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
  • Surah Luqman: untuk memperolehi anak yg cerdik
  • Surah Yaasinn: untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
  • Surah Hujrat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersikap berhati-hati

Dan setiap malam sebelum tidur saya sangat suka gosok gosok perut sambil membaca Al-Fatihah 1x, Ayat Kursi 1x dan Surah Al-Insyirah 1x berserta doa Siti Aminah semasa mengandungkan Nabi Muhammad. Doa Siti Aminah ini saya baca 3x kali. Memang wajib amalkan. 

ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ
“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”
Ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.
Doa ni mama saya yang kongsikan dengan saya. Sebab kat kampung saya ada seorang jiran saya tu, dia ada ramaiii cucu dan kesemua cucu cucu dia sangatlah baik, bijak dalam pelajaran, dan rajin menghafal al-quran. Bila mama tanya apa yang ibu dia amalkan, jiran saya kongsikan doa Siti Aminah ini dengan mama. Terus mama kongsikan dengan saya. Alhamdulillah sepanjang saya hamilkan Muslim memang doa ni saya tak pernah miss. Sambil baca doa saya memang akan menyebut nama Muslim. :')
Tapi kekadang selepas kita bersalin, anak dah makin besar kita seakan lupa untuk mendoakan anak anak. Kan? Padahal kita sebagai ibu memang wajib mendoakan untuk anak anak kita kerana doa ibu paling mustajab.

Dalam setiap doa kita tu kita kena sebut nama anak anak kita. Kalau kita ada sepuloh orang anak sebutlah kesepuluh nama anak kita.

Satu tips dari Prof Dr. Muhaya ialah masa kita basuh beras niatkan:

"Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya "

Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Ibu ibu digalakkan bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Anak adalah amanah dari Allah SWT.

InsyaAllah.