Sunday, April 22, 2012

Alhamdulillah. Saya disahkan mengandung.

Semalam rasa tak sedap badan. Mana taknya bila makan durian terasa nak muntah. Padahal selama ni sayalah hantu durian. Sayalah raja durian. Sayalah HA HA HA durian.

Hehee.

Pagi ni rasa longlai je. Jalan pun terhuyung hayang macam joget latin gitu. Hasebeng tengok saya macam pelik je. Try check pregnancy test.

Lima minit lepas check saya terkejut terkedu tak terkata apa apa bila tup tup ada dua garisan yang keluar menunjukkan saya positive mengandung. Ya Allah. Menitis air mata nie sebab terlalu gembira! Terus hasebeng bawak saya ke klinik untuk mengkompemkan lagi dengan doktor. Sebab ada jugak orang check pakai pregnancy test positive tapi sebenarnya dia tak mengandung.

"Tahniah. Awak mengandung!"

Itulah kata kata pertama dari doktor bila saya dah di sahkan mengandung. Seriyesly berdebar gile masa tu. Sujud syukur kepadaMU Ya Allah.

Lepas tu terus doktor buatkan scan. Firstime masuk dalam bilik scan. Memang rasa jakun.

Hehe.

Doktor cakap dia nak checkkan sama ada baby saya dalam rahim atau di luar rahim. Masa tu berdebar debar jugak. Sebab menurut doktor kalau mengandung di luar rahim memang ada banyak risikonya. Dalam hati hanya mampu berdoa agar semuanya oke.





Alhamdulillah. Setelah di scan doktor cakap baby saya di dalam rahim. Syukur sangat sangat. Tapi doktor tak dapat detect baby saya tu dah berapa minggu. Bila tengok baby dalam scan tu memang tak nampak sangat. Doktor cakap baby tu baru nak membentuk. Nanti lepas empat minggu saya akan buat scan lagi. InsyaAllah masa tu saya akan dapat result bila due date untuk baby comel saya tu.

Hehee.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan Alhamdulillah. Setelah berbulan bulan menanti akhirnya Allah makbulkan doa saya dan hasebeng. Alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Terima kasih Allah;')

Hati kechixx: Tetiba jadi allergic durian!;')

8 comments:

emieysandra said...

tahniah kak! akak..rumah kat mana? teringin nk jumpe akak, jom la date nti eh =)

shafiq said...

yeayyy , alhamdulillah , hehe ,

#err , tetibe excited , hehe , dapat baby x lama lagi , heee .

Firdaus said...

Congratz!! :)

RazFiRa said...

tahniah!!!

SpidermanHere said...

Tahniah :)

Mr feckry said...

alhamdulillah..bagus2

Syafiqah Nafis said...

Tahniah kakak kecik.baby mesti comel2 mcm mama dia nt.

Mra Mastura said...

kakakkkk, congratzz! kite br dpt nephew semalam! hehe