Thursday, June 7, 2012

Tersentuh melihat degupan jantung baby dalam perut;')

Dua tiga hari ni memang kesihatan saya sangat tak oke. Mungkin inilah yang pernah di lalui oleh bakal bakal ibu pada terismeter pertama macam saya. Rasa kejang pada perut memang selalu. Kekadang sampai tak boleh nak bangun. Lemah longlai je. Bau ubat gigi Darlie pun dah nak termuntah. Masuk dapur bau macam macam sampai pening.

Heheee.

Dah selalu sakit perut kakak saya suruh saya pergi check kat klinik sebab takut terjadi apa apa. Nak nak pada terismeter pertama selama satu hingga dua belas minggu memang kena selalu berhati hati. Lagipun masa mula mula di sahkan mengandung hari tu doktor dah buat scan kat baby cuma tak dapat detect lagi usia kandungan.

Sampai klinik doktor scan. Terkejut sangat bila kali pertama saya dan hasebeng dapat melihat degupan jantung baby. Rasa tersentuh sangat;')




Alhamdulillah doktor cakap kandungan saya dah masuk sebelas minggu. Cuma menurut doktor pada terismeter pertama ni memang biasa ibu mengandung akan mengalami kekejangan perut. Dan yang paling bestnya saya dah dapat due date.

InsyaAllah akhir bulan dua belas. Sama bulan lahir dengan hasebeng! Nak nak hasebeng punya happy birthday dua poloh empat haribulan dua belas. Due date saya pulak dua poloh dua hari bulan dua belas.Teruja sangat! Anak sulong pulak tu.

Hehehehehe.

Tapi doktor cakap jangan terlalu konfiden dengan due date untuk yang pertama ni sebab kalau nak dapat due date yang betul biasanya kena buat scan lagi bila kandungan dah nak habis terismeter pertama.

Alhamdulillah. Bersyukur sangat sangat bila dapat tahu baby oke. Alhamdulillah.

Hati kechixx: Perasaan seorang ibu mengandung;')

3 comments:

azu said...

alhamdulillah..tahniah!mesti teruja menanti anak pertama kan..jom singgah2..boleh berkongsi info ibu hamil dan anak2 cergas kita nnti;)
http://bambam2u.blogspot.com/

Mra Mastura said...

waaaa bestnye. org yg bc pun terfeeling terharu skali ni

jage diri elok2 kakak :D letak minyak kapak banyak2 ble pening. huuu rest tau!

Rara Nasiha said...

tahniah dear. happy for you :)