Wednesday, May 16, 2012

Bila usia makin bertambah...

Pejam mata. Pejam mata. Celik mata. Celik mata. Pejam mata lagi. Celik mata lagi. Eh. Eh. Kejap rupanya masa ni berlalu kan?

Memang sejak sejak meningkat dewasa ni masa pun makin terhad untuk diri kita sendiri. Dulu masa kechixx kehixx bukan main masa tu di buat main main. Main lari lari. Main kejar kejar. Main masak masak. Main kawin kawin. Waaah gituw.

Bila dah masuk universiti masa tu bukan main di guna untuk belajar. Lepak lepak dengan kawan kawan. Buat assignment. Exam bertubi tubi. Tengok tibi bertubi tubi tapi kekadangdingdong tibi pulak bertubi tubi tengok saya. Tertido depan tibi kan.

Hehehe.

Sampai kekadang tu sampai tak tahu nak buat apa. Nak nak masa cuti sem dua tiga bulan. Memang la la la guling guling dalam rumah je keje. Banyak masa nak berblogging sana sini. Komen sana sini. Internet duopolhempatjam sampai bengkak toing toing mata kiri kanan.

Hehe.

Tapi sekarang masa makin terhad. Terhad sangat. Semuanya di habiskan untuk family dan bakal baby nanti. Tak sabar pulak nak tunggu kehadiran orang baru taw! Tigapolohsatu mei ni ada appointment dengan doktor. Tak sabar nak scan.

"Sebab mama nak tengok baby mama dan ayah dalam perut nie."

Bisik saya ke perut.

Hehee.





Apa ke pom pom inilah kehidupan. Makin hari kita makin meningkat dewasa. Umur kita makin meningkat. Dan makin dah berumur makin banyaklah tanggungjawab nak di pukul di angkut atas bahu kepala tangan badan kita nie kan?

Harapannya semoga kehidupan kita sentiasa di lindungi dan di berkati selalu olehNYA. Amin. Amin.

1 comment:

Mak Wardah said...

Salam kenal. InsyaALLAH semuanya akan selamat dan dipermudahkan