Friday, August 3, 2012

Pembawa talasemia memang HB nya rendah.

Hari tu saya ada citer yang nurse cakap Hemoglobin saya rendah sangat. Last check 8.4 turun mendadak ke 7.6.

Baca sini --> Amboi baby menendang manja-yea 

Terus lemah longlai saya menanti giliran saya kat depan bilik dua poloh. Ya Allah. Risaunya saya. Risaukan keadaan baby mama dalam perut nie. Harap segala galanya oke.

Ting tong tiongggg.

Number giliran saya di panggil. Terus saya masuk ke dalam bilik doktor.

"Assalamualaikum doktor"

Tegur saya.

"Waalaikummussalam. Ehmmm. Awak punya HB ni teruk sangat. Makin lama makin turun. Memang membahayakan baby."

Saya diam seribu bahasa.

"Dulu masa sebelum saya kawin saya ada check talasemia. Saya hanya pembawa sahaja doktor. Tapi husband saya oke"

Saya mula bersuara.

"Oh. Awak pembawa. Memang kalau pembawa talasemia memang HB dia susah nak naik. Awak ada makan kerang? Bayam?"

"Yep saya ada makan. Doktor, kalau saya sorang je pembawa husband saya oke so baby saya kena talasemia tak?"

"Tak. Anak awak mungkin jadi pembawa sahaja dan mungkin juga bukan pembawa. Tapi anak awak tak akan mengidap talasemia. Oke awak boleh baring kejap. Saya nak ukur pembesaran baby"

Tanpa berlengah saya terus baring. Doktor tu macam kelam kabut sikit. Terus dia scan perut saya.

"Awak nampak tak jantung baby?"

Soalnya.

Saya tercari cari manalah jantung anak mama ni. Lagipun doktor tu nak cepat sangat.

"Ooo. Itu dia jantung dia"

Hati saya tersenyum melihat jantung baby mama ni normal. Alhamdulillah.

"Oke. Saya nak ukur pembesaran baby awak jap"

Terus doktor tu ukur pakai scanner tu.

"Alhamdulillah. Baby awak membesar dengan baik sekali."

Dia menunjukkan graf kepada saya.



Saya blur blur tengok graf tu. Nak nak last main graf ni masa degree dulu kot. Hehe.

"Sebab biasanya kalau ibu mengandung yang HB nya terlalu rendah pembesaran baby akan terbantut. Tapi Alhamdulillah baby awak membesar dengan baik sekali"

Sambung doktor tu lagi.

Ya Allah. Saya rasa bersyukur sangat doktor cakap pembesaran anak mama ni sempurna dan baik even HB mama rendah sangat.

"So, kes awak nie (HB terlampau rendah) nak kena refer ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Nanti awak kena jumpa doktor pakar sana. Nanti nextweek saya akan call awak suruh awak datang ambik surat dari saya untuk appointment dengan doktor pakar sana oke"

Saya hanya mengangguk tanda paham.

Okelahbaii.

Hati kechixx: Risau.

7 comments:

cikji said...

Sabar,insyaallah takdop gapo,banyakkan doa,mmg akan ado raso xsedap hati tapi Insyaallah baik2 belako.

^^eKaTiKaH^^ said...

jage kesihatan tu :)

cik yuyu said...

sabar k dear.. Insyaallah tak de pape.. banyakkan solat dan berdoa.. semoga tiada apa2 belaku sampai melahirkan...

Lya Colours said...

insyaAllah takde apa2 tu
jaga pemakanan. semoga sihat2 hendaknya ibu dan baby

LELAKI INI said...

moga tak ada ape2 la yerk!

Ikmal said...

Assalam, insyaAllah tak ada apa2 tu... berdoa saja pada-Nya semoga dipermudahkan...

Ummu ikhwan said...

i'allah..xada apa-apa cuma kena byk rehat. minum byk air,mkn kurma utk oksigen mudah smp pd baby.sy juga pembawa talasemia.baby saya lahir tiada masalah,alhamdulillah.cuma kita kerap letih dan pucat.

btw,salam perkenalan dr saya. =)

sy juga sedang pregnant second,due november ni.hb pun low,tp sudah naik.skrg 10.4. masa pregnant dl dalam 9 je hb.