Wednesday, October 17, 2012

Admitted kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang -Part 1-

Hari Jumaat lepas saya ada appointment dengan doktor pakar kat HTAR Klang. Memang dah biasa ada appointment dengan doktor pakar sebab HB saya. Tapi kebetulan minggu tu perut saya asyik sakit. Terutama bahagian bawah perut. Suami suruh saya cakap kat doktor. Bila doktor check dia terkejut sebab laluan untuk baby keluar dah lembut. Saya pun terkejut. Macam macam yang ada di fikiran saya masa tu. Nak nak kandungan saya baru je 29 minggu. Masih terlalu awal.

"Biasanya kalau kandungan 29 minggu laluan tu masih keras macam hidung. Tapi awak punya laluan dah lembut macam bibir"

Itulah yang di terangkan oleh doktor pakar kepada saya. Saya blur blur.

"I rasa U akan bersalin awal. So I nasihatkan U masuk wad hari ni. Kat sana awak akan dapat beberapa suntikan dan doktor akan pantau awak 24 jam"

Saya diam dan hanya angguk tanda paham. Suami saya pun terkejut bila saya kena admitted to hospital. Petang tu jam 5 petang terus suami hantar saya ke bangunan ibu bersalin. Saya masuk dalam bilik tu. Suami kena tunggu kat luar.



"Oke. Awak boleh tukar baju ni."

Nurse memberi arahan kepada saya untuk menukar pakaian saya ke baju pink hospital. Besar sangat baju tu. Tak sangka saya kena berpakaian comel macam tu. Nak nak ni firstime saya di masukkan ke hospital. Cuak pun ada.

Saya tukar baju. Pastu nurse check jantung baby. Check kencing manis saya. Alhamdulillah semuanya oke.

"Awak boleh baring. Saya nak bagi suntikan kat punggung"

Saya blur blur dan hanya menurut sahaja perintah nurse tu.

"Tapi injection ni memang sakit sikit" kata nurse tu.

Saya hanya angguk tanda paham.

Sekali jarum dah masuk dalam kulit saya Ya Allah memang sakit yang teramat sangat sangat injection tu. Lebih sakit dari injection kancing gigi. Kebas habis seluruh kaki saya. Terkumat kamit bibir saya sebut Allah. Tapi saya masih blur blur injection tu untuk apa sebenarnya. Allah je tahu betapa sakit dan peritnya kena injection tu. Berair mata saya masa tu.  (-̩̩-̩̩̩_-̩̩̩-̩̩). Demi baby mama sanggup sayang.

"Awak rehat dulu. Hilangkan kebas tu k. Nanti dah oke saya akan hantar awak terus ke wad"

Saya hanya mengangguk lemah.

Dalam keadaan lemah tu tetiba dalam bilik tu bertukar jadi riuh rendah.

"Doktor doktor ada patient baru sampai. Air ketuban dah pecah dalam kereta. Dia dah tak boleh bangun"

Saya dengar suara nurse kalut kalut.

Duk kejap tu patient yang nak beranak tu di tempatkan betul betul sebelah katil saya. Saya pun cuak. Tak pernah saya lalui pengalaman macam ni. Tapi kebetulan saya mengiring membelakangi katil tu.

"Doktor sakit doktor"

Kedengaran suara patient tu.

"Awak punya IC mana Puan?"

Nurse tanya patient tu. Dua tiga kali nurse tanya.

"Dengan suami saya!!!!"

Balas patient tu sambil menahan sakit.

"U tahan. I rasa sempat ni kita hantar U ke Labour Room"

"Saya dah tak tahan ni doktor. Dah nak keluar nieeee!!!!!"

Patient tu menjerit sambil menahan sakit.

"Awak jangan push lagi. Tahan tahan. Tarik nafas perlahan lahan"

Nurse pulak bersuara.

"Doktor!!!!!! Dah nak keluar niiiiii!!!!!"

Jerit patient tu.

Saya memang cuak. Kejadian tu betul betul di sebelah katil saya. Langsir pun doktor sempat tarik sikit je.

"Nurse cepat sediakan tempat baby!!!!!"

Jerit doktor.

"Oke push lagi"

Doktor lelaki tu bersuara.

"Push lagi Puan. Sikit lagi. Good job."

Duk beberapa minit tu kedengaran suara baby menangis. Alhamdulillah patient tu selamat. Baby dia pun selamat. Saya pulak yang terasa lega. Satu pengalaman baru bagi saya.

"I tengok ada koyak sikit. Nanti nak kena jahit"

Saya dengar suara doktor tu bercakap dengan patient tu. Ngilu rasanya bila doktor cakap dia nak jahit tempat koyak tu. Saya pernah baca kat internet pengalaman ibu bersalin bila kena jahit. Dorang cakap terasa jarum masuk ke dalam kulit. Ngilu sangat.  Fffuuh.

Duk kejap tu nurse yang inject saya datang ke katil saya.

"Awak dah boleh bangun?"

Saya hanya senyum.

"Oke. Awak jalan perlahan lahan. Saya hantar awak ke wad sekarang dengan wheelchair"

Kebas kat kaki masih terasa. Perlahan lahan saya duduk atas wheelchair.

Suami saya pun terkejut saya kena duduk atas wheelchair. Dengan berpakaian pinknya. Dengan sakitnya.



Lepas semuanya selesai saya di tempatkan di wad 1A. Wad ibu dan anak. Sebelah kanan katil saya ibu dah bersalin. Orang myanmar. Baby dia pun ada bersama dia. Sebelah kiri saya pulak ibu yang dah sampai due tapi tak bersalin salin lagi.

Bila suami dah balik rasa sayu di hati. Mana tak nya firstime seumur hidup bermalam di wad. Asyik BBM dengan suami sampailah tertidur. Memang susah nak tidur. Sakit kena inject pun masih terasa. Malam tu banyak kali jugak saya terjaga sebab nurse selalu pantau. Check jantung baby. Tekanan darah saya. Suhu badan saya.

Bersambung........

Hati kechixx: Satu pengalaman baru.

7 comments:

Mrs. Abi said...

semoga semuanya selamat... tp rs mcm okey la layanan nurse kat situ kan...selalu pantau, so rs selamat la skit...lega jugak la ade org jaga yela suami balik kan....huhuhu...

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Munira said...

mmg pengalaman baru.pengalaman saya di wad bersalin bila suami isteri bertengkar dlm wad..katil sebelah saya.kesian si isteri...hrmm.mcm² ragamkan!

sabasalbi said...

baru 7+ bln kan.... i'allah, semuanya akn selamat. just follow the doctor advise k..

sya ibrahim said...

Salam, dah lama sy baca blog awk ni n sy pon baru je follow blog awk. Hehe. Bila bace entri awk yg ni tringat2 sy bersalin ank pertama dlu dkt hos. Besar sultanah bahiyah kedah. Yg paling sy x lupa ms kena injection kt punggong mcm awk kena tu, mmg susah nk dlupakan. Sakit giler. Tp mcm kes awk kmungkinan akn brsalin awl. Sy doakan Mudah2an selamat semuanya nnt. Klu nak tnye apa2 pengalaman boleh la tnye sy ;)

cikji said...

sy pulok hok braso dupdap dupdap bilo bc crito psl branok ni.

Insyallah moga dipermudahkan segalanya.aminnn.

gud luck

sya ibrahim said...

salam, sy dh lama baca blog awk n baru follow blog awk. hehe. salam perkenalan. bila baca enrti awk yg ni teringat masa sy brsalin ank pertama dlu dkt hos sultanah bahiyah kedah. part yg cucuk bunt*t tu masih sy ingat smpi skrg, sakit giler. sy dipaksa bersalin awl sbb ada darah tinggi. but ended up sy terpaksa bersalin c-sec sbb laluan x nak bukak.sy doakan utk awk semoga selamat ibu n anak nnt, moga bersalin dgn mudah :)

http://mamalapanpuluhtujuh.blogspot.com/