Monday, October 22, 2012

Admitted kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang -Part 2-

Ekceli entry ni sambungan dari Part 1.

Tengah tengah syok tidur tetiba ada nurse datang kejutkan saya. Dengan mamainya saya tengok jam kat dinding. Oh dah pukul enam pagi rupanya.

"Puan. Saya nak inject buat kali kedua kat punggung nie. Tolong baring elok elok yea"

Nurse pagi ni memang garang sikit.

"Cik..boleh tak saya nak ke toilet dulu?"

Saya mintak izin nak ke toilet dulu before kena injection tu. Lagipun semalam lepas kena injection tu memang kaki kebas keras. Ffffuh. Sakit tak boleh nak bangun!

"Kejap je inject nie.."

Balas nurse tu kasar!! Adeh. Tak bagi pulak saya nak pergi toilet kejap. Tumbuk kang. Terpaksalah saya mengalah.

Bila jarum masuk dalam isi kulit saya Allah je tahu betapa sakitnya injection tu. Dengan keadaan saya yang mamai mamai baru bangun tidurnya. Ya Allah. Berair mata saya masa tu. Sakit sangat sangat. Terus tak leh nak bangun lepas kena injection tu. Sobsobssss.

Sarapan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.


Pagi tu ada doktor datang check saya. Then saya tanya apa nama injection saya tu.

"Injection tu untuk mematangkan paru paru baby. In case awak bersalin awal dari due date paru paru baby dah matang. Nama injection tu Dexamethasone. Awak kena inject 4 kali. Kelmarin dah kena satu. Pagi ni satu. So petang nanti pukul 6 awak kena inject lagi. Pagi esok pukul 6 last awak kena injection tu. Kiranya lepas dua belas jam." 

"Ooooooo. Doktor..kenapa laluan saya dah lembut sedangkan saya baru 29 minggu?"

Soal saya lagi.

"Laluan lembut mungkin sebab awak selalu buat kerja kerja berat. Lepas ni awak dah tak boleh buat kerja kerja berat. Awak tak boleh banyak berjalan. Lagipun laluan awak dah lembut. Bahaya."

Saya hanya mengangguk paham. Bagus doktor India lelaki ni. Bagi penerangan satu persatu kat saya. So maksudnya injection yang menyakitkan saya tu namanya Dexamethasone. Bila saya search kat google memang rata rata ibu hamil yang kena injection tu cakap injection tu sakit yang teramat sangat. Dan ada yang teruk sampai demam lepas kena injection tu. Ffuhhh.




Dipendekkan cerita saya terpaksa bermalam lagi di hospital malam tu. Sebab last saya kena injection tu pukul 6 pagi esoknya.

Best jugak ada pengalaman macam ni. Mana tak nya saya dapat bergaul dengan golongan ibu ibu. Kakak sebelah katil saya ni kena tahan hospital sebab baby dia asyik mengeras je. Lagipun dia cakap firstime dia mengandung kembar.

"Akak baru firstime mengandung kembar. Itu yang risau. Baby yang sebelah kanan ni oke je gerak yang kiri ni macam kurang aktif sikit"

Lepas tu kakak tu banyak kongsi dengan saya pengalaman dia mengandung anak sulung dia dulu. Sekarang anak sulung dia dah 2 tahun lebih dah. Macam macam ilmu baru yang saya dapat dari kakak tu.

Pergerakan jantung baby saya ;')


Akhirnya petang jam lima petang 14/10 hari tu saya di benarkan balik rumah. Seriyes masa tu saya rasa lemah sangat badan. Rasa tak bermaya. Alhamdulillah. Sekarang dah oke sikit. Cuma memang dah tak boleh buat kerja kerja rumah. Risau kalau kalau laluan makin lembut. Sebab belum sampai waktunya lagi. Sekarang baru nak masuk 31 minggu. Sentiasa berdoa agar dapat melahirkan baby cukup matang. InsyaAllah.

Okelahbaiii.

Hati kechixx: Janggal rasanya bila asyik berehat tanpa buat kerja rumah.

4 comments:

eda Hidayah said...

get well soon ibu baby boy heee

cikji said...

Masyallah bsrnya pgrbanan utk bakal ibu.xdae brnok keno cocok hok menyakitkan hukhuk. nway moga dipermudahkan,aminnnn.

sya ibrahim said...

Alhamdulillah, awk dpt blek umah. Klu sy mmg x tahan dok kt hospital lama2. Fuhh, mmg sakit giler injection tu. bila awk citer je mesti sy tringat2 n dpt byg. Hopefully awk bersalin dgn selamat nnt ok.

Mrs. Abi said...

banyakkan rehat, jgn byk buat keje... nanti up entry lagi tau....rsa best la baca untuk pengalaman sy juga nanti.... thanks sharing!! :)