Friday, November 30, 2012

Patah hati dengan Bold 5.

Hohoho. Duk syok syok BBM dengan suami tetiba BB saya tak boleh di touch touch. Oh. Memang touching sungguh. Rasa nak celup BB ni ke dalam air milo cincau jerr. Grrr. Terus saya try on off kan BB saya tu. Ingatkan menjadi. Rupanya makin menjadi jadi. Touch touch tapi hampeh tak dek efek. Rasa nak main celup celup dalam air sirap bandung lah pulak. Grrr.

Saya tak putus asa lagi. Restart lagi dan lagi serta tak lupa jugak lagi. Tapi hampeh. Hampeh kepeh peh bila jejari manis saya ni menge'touch screen' kan nya memang dan sememangnya tak detect. Rasa macam nak baling BB ni ke dalam satu kolam besar air milo cincau sirap bandung duriyan. Grrr.





Ekceli saya baru je guna Bold 5 nie. Masa hai selamat hari raya aidilfitri hari tu. Baru dalam 3 bulan je kot. Tapi sekarang dia dah mula buat hal. Bukan hal kechixx. Tapi hal besaw punya. Masa saya nak beli bold 5 ni saya sedikit ragu ragu sebenarnya. Ragu ragu dengan kebolehan henset yang ber touch screen ni. Dulu saya pernah pakai henset cap sony fully touch screen. Memang cepat rosak. Rosak tang nak touch screen tu. Tapi peristiwa itu menyinar kembali setelah saya bertukar dari pakai Curve 4 ke bold 5. Ciss.

Saya beria sangat nak tukar dari curve 4 ke bold 5 pun di sebabkan curve 4 banyak menelan batery macam telan ayam goreng masak berempah budu. Eh? Tapi akhirnya bold 5 telah merobek hati ku. Mencarik carikkan jantungku. Adeh.

Sekarang saya menangis. Menangis dalam rentak lagu orang asli sebelah barat. Hehe.

Sekian.

Hati kechixx: Pakai 3310 sure happy sokmo. Kan?

3 comments:

Fazleyatul Aini said...

saya pakai fon jenama cap itik je. hehe

cikji said...

penah jugok pakai bb dulu, touch2 payohla pulok nk msg.pahtu jual,heee

UmmiAbi said...

Setakat ni ummi pernah pakai NOKIA & SAMSUNG je yg btul2 tahan lama... Yg lain, memang mengecewakan... Selamat menukar hp..heheee