Saturday, November 3, 2012

Rasa sayu..

Tepat jam lima pagi tadi suami mula bergerak balik ke Shah Alam dari rumah saya kat kampung kelantan nie. Ini firstime kami terpaksa berjauhan sejak kahwin dulu. Rasa sayu je hati. Tapi inilah pengorbanan. Lagipun dengan keadaan kesihatan saya tak menentu sejak mengandung. Nak nak ini bakal anak sulung kami.

Risau jugak kalau nak bersalin esok esok suami kat ofis. Saya pulak kat rumah sorang sorang. Memang bahaya. Sebab hari tu pun masa kandungan dah masuk 31 minggu tetiba saya tumpah darah. Masa tu saya sorang sorang kat rumah. Suami pulak kebetulan ada exam pagi tu. Memang cuak gile saya masa tu. Allah je tahu betapa risaunya saya. Nanti nantilah saya cerita apa yang terjadi lepas tu. Tapi hakikatnya saya dan suami risau kalau kalau benda tu berulang lagi lain kali. Sebab itu kami ambik keputusan untuk balik kampung dan saya terus berkampung sampai habis pantang.

Alhamdulillah. Sekarang usia kandungan saya dah masuk 32 minggu. Maksudnya dah masuk 8 bulan. Tinggal lagi satu bulan untuk sambut hero sulung kami. InsyaAllah.

Hakikatnya sejak semalam lagi perasaan saya rasa sayu je. Pagi ni lagi lah sayu. Firstime berjauhan dengan suami. Mata berair je masa tata kat suami tadi. Nasib masa tu masih gelap. So mama n ayah saya tak perasan sangat saya menangis. Hehe. Masa solat subuh tadi lagi lah sayu. Menangis je keje saya. Mana taknya selama ni apa apa benda pun memang saya bersama berkepit dengan suami je. Hehee.

Tapi bila di fikirkan balik semua ini memang untuk kebaikan saya, suami dan bakal hero kami jugak. Bila saya kat kampung apa apa berlaku nanti mama dan ayah sentiasa ada. Terus boleh bawak saya ke hospital. Saya kenalah kuat. Sebab kalau asyik rasa sedih je nanti efek kat anak kan? Heheee.

Alhamdulillah. Baru call suami. Dia dah sampai Bentong. Duk bergayut dengan suami baby menendang kuat. Baby rindukan ayah yea. ;')

Doa saya agar suami selamat sampai Shah Alam. Amin Ya Allah ;')

Hati kechixx: Rindukan suami sangat-sangat ;')


posted from Bloggeroid

3 comments:

sya ibrahim said...

Jgn lah sayu2. Dekat2 nak bersalin sentiasa kena positif. Sy doakn awk supaya selamat ye. Berhati2 dkt umah tu ye...

cikji said...

be strong dear. mmg susah klu kito jenih berkepit je kan. cikji pun jenis gitu jgk.hihi

Sam Banjamin said...

semoga semua okey2 je... insyaallah makin jauh, dlm hati dekat2 je... hope kamu n kandungan baik2 je ye..