Saturday, November 3, 2012

Admit kali kedua di Hospital Tengku Rahimah Klang.

Hari pertama (25/10/2012)

Hari tu memang saya agak busy. Busy kemas barang barang nak balik kampung. Mana taknya esok tu Raya Haji. Tak sabar nak beraya kat rumah mak mertua. Nasib saya dan suami dua dua asal kelantan. Hehe. Saya memang rancang balik raya haji ni nak terus berkampung sampai saya habis pantang. Lagipun doktor dah cakap mungkin saya akan bersalin lebih awal dari due date.

Pagi tu suami ada exam. Saya sibuk mengemas rumah sana sini. Tetiba tak di sangka sangka saya tumpah darah. Terkejut sangat masa tu. Sebab masa tu kandungan baru nak masuk 31 minggu. Tak tahu nak call sape masa tu. Lagipun suami tengah exam. Exam dalam sejam camtu. Bila exam memang kena off henset. Terketar ketar call mama kat kampung. Mama suruh bersabar dulu. Tunggu suami habis exam. Alhamdulillah tak sampai sejam macam tu suami BBM cakap dah lulus exam tu. Terus saya cakap kat dia yang saya tumpah darah.

Di pendekkan cerita kami terus ke HTAR Klang. Sampai sana terus saya kena tukar baju pink hospital. Nurse check kencing manis. Check jantung baby. Check tekanan darah. Alhamdulillah semua oke. Pastu saya kena jumpa doktor kat situ. Dia bla bla bla interview saya itu ini. Saya jawab la la la. Hehe. Duk kejap tu doktor perempuan tu suruh saya baring. Dia nak check samada saya masih tumpah darah atau tak. Sakit sangat masa dia check tu. Saya tengok dia guna satu alat plastik yang muncungnya macam itik. Warna putih. Fuuuh. Menjerit saya cakap kat doktor sakit. Menangis kejap. Sakit sangat.

Lepas check semua dan dah pun scan baby doktor cakap kedudukan uri saya cantik. Air ketuban cukup. Baby oke. Semuanya oke Alhamdulillah. Dan doktor tak tahu apa sebab saya tumpah darah. So nak tak nak saya terpaksa di tahan di wad 1B untuk di pantau dari masa ke semasa. Fuh. Sayu betul masa tu mana taknya malam raya haji tetiba kena tahan dalam wad.

Dah selesai dapat katil semua ada sorang doktor pelatih datang. Dia cakap nak ambik darah. Saya ingatkan nak ambik darah kat lengan macam biasa doktor doktor lain ambik. Tapi rupa rupanya dia nak ambik darah kat tangan kanan saya. Fuh! Memang sakit gile masa dia cucuk jarum kat urat tangan saya. Nasib suami ada masa tu. Dapatlah saya genggam tangan dia kuat kuat. Masa doktor pelatih tu masukkan jarum tu memang saya tak nak tengok. Gerun sangat-sangat. Doktor pelatih tu pulak macam kelam kabut sikit. Sampai terpancul keluar darah saya kena cadar. Fuhhh! Lepas tu doktor pelatih tu cakap jarum tu memang nak kena tinggal kat tangan saya tu sampai saya discharge nanti. Ya Allah. Seksanya ada jarum kat tangan.





Malam raya tu terasa sayu je. Mana tak nya kedengaran laungan takbir raya kat masjid area situ. Sayu sangat sangat.


Hari kedua (26/10/2012)

Tidur semalam memanglah tak lena mana. Doktor n nurse memang pantau setiap masa. Pagi tu pun saya di pantau lagi macam biasa. Doktor pakar selalu datang jumpa saya. Tanya itu ini kat saya. Alhamdulillah dah tak ada darah yang keluar lagi. Bersyukur sangat. Dan berharap sangat hari kedua ni saya dah boleh discharge. Jarum kat tangan saya memang menyakitkan. Terasa patah semangat masa tu. Mana taknya nak buat apa apa pun memang seksa. Bila di fikirkan balik bersyukurlah kita kerana di jadikan sempurna olehNYA. Bayangkan orang yang tak ada tangan. Betapa susahnya dia nak menjalani kehidupan. Tapi seriyesly jarum kat tangan saya memang memeritkan. Mana taknya benda tu memang betul betul di cucuk atas urat saya. Fuh.

Ingatkan petang tu dah boleh balik tapi al sedihnya tak dapat balik lagi. Tengah malam dalam pukul 3 pagi macam tu ada seorang doktor pelatih datang tengok saya. Masa tu saya mamai mamai.


Hari ketiga (27/10/2012)

Hari ni memang lah doktor nurse jarang sangat pantau. Saya tak tahu kenapa. Mungkin doktor nurse tak cukup kot kat Hospital Klang nie. Tapi tak kan lah tak cukup kan. Ke ramai doktor nurse cuti masa hari Ahad nie? Entahlah. Saya pun tak tahu. Sampai hari ni saya masih tak tahu kenapa saya kena tahan kat wad lagi. Alhamdulillah memang saya dah tak ada tumpah darah since saya kena admit hari tu.

Saya sempat ushar ushar file hijau yang merupakan rekod tentang saya kat atas katil saya. File tu sebenarnya pesakit memang tak boleh nak belek. Kiranya macam private perbincangan antara doktor doktor pakar. Saya belek belek file tu. Nak tengok apa yang doktor tulis tulis tentang rekod saya. Oh. Rupanya saya kena tahan kat wad sebab Hemoglobin saya yang masih dan masih rendah. 7.6. Dan bukannya pasal kes saya tumpah darah hari tu. Doktor doktor pakar tengah berbincang lagi sama ada saya perlukan injection untuk naikkan zat besi dalam badan saya atau tak.





"Nurse. Saya dah boleh balik ke hari nie?"

"Belum lagi. Ada 3 orang doktor pakar duk berbincang lagi kes HB awak yang rendah sangat sangat. Doktor takot nannti awak bersalin esok esok awak akan tumpah darah"

"Injection tu sekali je kan? Bukan macam dexa yang 4 kali tu kan?"

"Injection tu banyak kali. Kalau jadi awak kena inject kami akan inject sebanyak 28dos. Tapi setiap hari hanya 2 dos je kami akan inject."

Itulah perjelasan dari nurse. So maksudnya kalau saya kena injection tu saya kena tahan lagi dalam wad lebih kurang seminggu lebih lagi. Fffuuuh. Memang saya sendiri pun risaukan tentang HB saya yang sangat sangat teruk. Lagipun saya ni pembawa talasemia. Sebab tu HB memang teruk. Risau sangat takot tumpah darah masa bersalin nanti.


Hari keempat (28/10/2012)

Pepagi lagi saya nampak ada seorang doktor pakar perempuan datang ke katil saya. Dia cakap ketiga tiga doktor pakar dah pun berbincang pasal injection untuk saya tu dan bersetuju yang saya tak perlukan injection tu. Saya pun tak tahu kenapa. Sebab bila saya tanya doktor pakar tu macam cakap tak sesuai sebab saya pembawa talasemia.

"So petang ni awak dah boleh discharge"





Ya Allah. Happynya saya bila dapat discharge. Happy sangat sangat. Petang tu barulah nurse cabut jarum kat tangan kanan saya. Dah empat hari jarum tu kat tangan saya tanpa ada apa apa fungsi. Memang menyeksakan. Alhamdulillah saya dah tak tumpah darah dan saya di benarkan balik petang tu. Keluar je wad terasa bagaikan syurga. Ffuh. Suami saya cakap:

"Ni baru orang kena tahan dalam wad. Kalau orang yang kena tahan dalam penjara tu lagilah terseksa. "

Apa apa ke pom pom saya bersyukur sangat sebab saya dah tak tumpah darah. Memang doktor dah pesan saya memang dah tak boleh buat kerja kerja berat. Apa yang merisaukan saya sekarang ialah tentang HB saya yang tak pernah naik naik. Harap sangat nanti HB saya akan naik. InsyaAllah.

Okelah baiii.

Hati kechixx: Mata mengantuk sebab taip panjang sangat. Harap awak semua tak tertido bila baca. Hehe. ;')
posted from Bloggeroid

1 comment:

cikji said...

besarnyo napok jarum tuh*takuit*