Wednesday, November 7, 2012

Wedges lapan keping RM1 jerr.

Hehe. Teringin nak makan wedges kepsi sebenarnya. Saja cakap kosong dengan anak sedare.

"Fuh! Kalau cepsu dapat perkena wedges kepsi ni best!"

Orang mengandung memang selalu nak makan macam macam. Selera bertambah. Mana taknya sejak mengandung ni berat saya dah naik 10 kg. Ffuh. Hehe.

Anak sedare saya ni Aishah nama dia. Baru darjah 3. Sejak saya balik kampung ni tak habis habis dia cerita pasal hantu. Dari pagi sampai ke malam citer hantu je topik dia. Dia ada tanya saya.

"Cepsu tak dek citer hantu ke?"

"Ada"

"Hantu apa?"

"Hantu berambut megi"

"Cepsu tipuuuuuuuu"

"Eh. Betullah. Ada hantu tu rambut dia kerinting macam megi. Pastu hantu megi ni teringin nak makan kari. Dia pergilah cari kawan dia si hantu daun kari. So jadilah dia hantu megi kari. Hahahahahaha"

Saya gelak besaw besaw.

"Cepsu tipuuuuu. Mana ada hantu macam tu!!!!"

Hehehehe.

Berbalik pasal wedges kepsi tu. Tup tup balik sekolah tadi Aishah belikan saya wedges yang di jual kat area sekolah dia. Bukan wedges kepsi tapi ala ala gituw.







Nampak macam melazatkan kan? Kan? Tapi bila makan biasa biasa je. 8 keping wedges bersamaan dengan harga RM1. Murah kan? Hehehehe. Nanti nantilah nak mintak suami tolong belikan wedges kepsi. Nanti dia balik kampung. Hehe.

Okelahbaiiii.

Hati kechixx: Cepsu panggilan manja saya untuk anak sedare ;')
posted from Bloggeroid

1 comment:

Munira said...

sedapnya..wedges kepci..hihi..