Saturday, November 10, 2012

Harga satu pistol lima hinggit. Sanggup?

"Sangguuuup"

Balas Imran. Anak sedare saya. Dia ni baru darjah satu. Mana taknya sejak saya balik kampung ni dia asyik nak main game dalam tab saya je. Kalau dia makin push saya bagi tab lagi lah saya tak nak bagi. Bukan apa tak nak lah ajar budak budak nampak saya je nak main tab. Nampak tab je terus tak layan saya.Hehe.

Nak di jadikan cerita si Imran ni suka main satu game tembak tembak. Major Mayhem nama game tu. Punyalah dia bersungguh sungguh main.





Main punyalah main. Tetiba dia tanya saya:

"Cepsu. Macamana kalau Imran nak beli pistol baru?"

"Pistol mana?"

"Pistol ni"

Dia tunjuk jenis pistol kat dalam game Major Mayhem tu.

Saya sengeh.

"Pistol tu harga dia lima hinggit. Imran ada duit ke?"

"Ada. Tapi kat rumah"

"Imran kena bagi lima hinggit kat cepsu dulu baru boleh beli pistol tu"

"Boleh. Nanti Imran ambik duit kat rumah Imran. Pastu camne cepsu nak bayar kat orang ni?"

Orang ni tu maksudnya orang dalam game Major Mayhem tu. Kehkehkeh.

"Oooooo. Nanti cepsu bayar melalui bank lah"

"Oke. Nanti Imran bagi lima hinggit kat cepsu"

Saya tergelak sopan. Sampai macam tu sekali Imran sanggup nak bayar limma hinggit kat saya semata mata nak beli pistol baru kat game tu. Hehehe.





Petang semalam Imran datang. Dia duk kira kira duit dalam poket dia. Duit syiling tambah sekeping duit sehinggit.

"Nah cepsu. Imran bayar dua hinggit dulu kat cepsu"

Saya sengeh.

"Ehhhhhh. Mana boleh bayar sikit sikit. Orang dalam game tu nak lima hinggit terus."

"Okelah esok Imran bawak"

Hahahahaha.

Saya gelak berguling guling.







Imran oh Imran. Kalau saya mintak seratus hinggit pun dia sanggup kot.

Hehehe.

Hati kechixx: Seronok kenakan budak budak ;D
posted from Bloggeroid

2 comments:

Mrs. Abi said...

sian kena buli hahahahahhaa

Mieya Atiera said...

heheh. comel je dak imran nie.