Monday, February 4, 2013

Dah lama rasanya..

Shhhh. Muslim baru tidur. Mamanya punn curik curik masa lah nak hapdate blog. Harap harap anak mama bagilah peluang mama nak berfoya foya kat blog ni kejap. Hikhikhik.

Seriyesly lama gile tak bukak blog. Tak type kat sini. Tak membebel itu ini kat sini. Tak makan kat sini. Tak tidur kat sini. Tak melipat kain kat sini. Dah sudaaaaahhhhhhh mula nak merapu kononnya nak lepaskan gian menaip yang dah lama ter'gam gajah' di hati ini. Hikhikhik.

Tapi seriyesly sejak berpangkatkan seorang ibu mithali ni masa teramatlah terhad. Semuanya di habiskan untuk anak. Anak segala galanya. Mana taknya bangun pagi mandikan Muslim. Pakai baju bedak losyen minyak yunyi pampers kat Muslim. Lepas tu bagi seteguk dua susu kat Muslim. Muslim tidur. Laju laju saya terus pegi mandi basuh kain. Time duk menyental kain kepala duk pikirkan Muslim.

"Eh. Muslim nangis ke? Muslim terjaga ke? Muslim kena gigit nyamuk ke?"

Hehe. Lepas tu cecepat makan nasik. Alamak Muslim dah bangun! Terus angkat Muslim. Suap susu. Muslim tak tidur. Main tepuk amai amai dengan dia. Eh?

Oke. Nak di pendekkan cerita time Muslim tidur saya pun kekadang curik curik tidur. Sebab masa tu lah saya boleh rehat sikit. Kang malam nak berjaga pulak. Kekadang nak makan nasik pun beribakan Muslim. Sebab Muslim ni susah sikit nak tidur bila letak atas tilam. Letak dua setengah saat je terus uwaaaa. Nak orang pegang baru Muslim krooooooh panjang panjang. Hamboi hamboi hamboiiii. Hehe.

Memang mencabar betul jadi seorang ibu ni. Tapi pengalaman ini memang best. Best SANGAT! Kekadang terpikir cemanelah ibu ibu yang ada anak sampai sepoloh dopoloh orang. Saya baru sorang pun dah macam ribut ke sana ke mari kejar masa. Ibu yang ada anak sepoloh pulak sure macam halilintar. Zum zum buat itu. Zum zum buat ini. Nak nak ibu yang bekerjaya.

Fuh!

Sebab itulah syurga di bawah telapak kaki ibu. Kan? Besar betul pengorbanan seorang ibu ni.

" A man's work is from sun to sun but a mother's work is never done. Kan?"




Eh. Stop sinilah. Muslim dah mula start enjin tu. Hikhikhik.

Salam.

Hati kechixx: Alhamdulillah hari ni Muslim dah masuk hari yang ke 48. Saya dah habis pantang. Yea! ;')
posted from Bloggeroid

4 comments:

JungRara said...

Woahhh...cm mane la perasaannya jd ibu kan...selamat menjaga Muslim :-)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

holo holoh, Muslim dah pakai cap ! comei :)

Lelaki Ini said...

moga muslim tak nakal2 tow,sian mama tak update blog!

UmmiAbi said...

Tahniah..dh jd ibu..Comelnyer muslim..Dpt hero ye..:)Moga tabah & ceria sentiasa sbg seorang ibu...