Wednesday, February 13, 2013

Gelagat anak kita.

Gelagat Muslim di pagi Rabu ;')
Betul lah orang tua tua cakap gelagat anak kita memang sangat membahagiakan ibu dan ayah dorang. Sekarang saya dapat merasai kebahagian tu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. ;')

Hari ni Muslim dah masuk hari yang ke lima poloh tujuh. Teringat masa hari pertama Muslim melihat dunia. Teringat jugak saat saat saya melahirkan dia hari tu. (18122012) Alamak! Tetiba teringat yang hari tu saya cakap nak kongsi pengalaman bersalin. Tapi selalu tak menyempat. Hikhikhik. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan jugak. ;')

Tapi seriyesly gelagat Muslim memang sentiasa buat saya tersenyum. Kekadang saya rakam video Muslim. Bila tengok balik saya tergelak sorang sorang. Tersenyum sorang sorang. Memang sangat membahagiakan.

Masa awal awal dulu Muslim selalu jek tak tidur malam. Kekadang lepas subuh baru Muslim tidur. Saya lah yang jadi pak guard dia tiap tiap malam. Eh. Apa pulak pak guard. Mak guard lah kan. Mak guard shift malam. Pak guard tu suami saya. Hikhik.

Sekarang ni Muslim dah mudah tidur malam. Tapi setiap kali pukul lima pagi je dia wajib celik mata besar besar ajak saya borak borak. Sampailah dalam pukul tujuh pagi barulah dia mengantuk balik. Dan masa dia tidurlah saya curik curik tidur jugak. Qada' tidur yang lepas lepas.

Sejak akhir akhir ni Muslim dah pandai sengeh memanjang je bila orang cakap cakap dengan dia. Comel sangat anak mama ni secomel mamanya. "̮◦みaツみaツみa◦"̮. Tapi kekadang ada jugak time kita cakap cakap dengan Muslim dia balas dengan kentut. Put. Puut. Dan kekadang pakej sekali dengan berak. Haha.

Okelahbaiii.

Salam.

Hati kechixx: Ayah Muslim balik Shah Alam malam ni dah..sobsobss.. ;')




Sent from my BlackBerry Bold 5

2 comments:

Mrs. Abi said...

alooo tomey2 Muslim.... hehehehe...

ana fatihah said...

Macam2 reaksi muka comel Muslim tu..Saya pun selalu senyum n gelak2 bila tengok gambar/vidio anak sedara saya yg dua org tu..Rindunye kat diorang..hehe :')