Wednesday, April 3, 2013

Isteri awak kuat merajuk tak masa dia pregnant hari tu?

Hari tu saya dan suami dan Muslim dan orang kampung seksyen 8 shah alam ke klinik kesihatan seksyen 7. Oh oh oh orang kampung tak termasuk sebenarnya. Hehe. Ni firstime nak check up in and down Muslim kat KK7 ni. Before ni memang check up kat kampung nun jauh di timur tengah sana yang tak berapa nak tengah mana lah kan. Kat kelate kito. Hehe.

So dah balik sini kami meneruskan hajat besar wow gedebom untuk check up Muslim kat seksyen 7 shah alam sini ala tomey tomey. Heh?

Ayah dan Mama Muslim ;)


Macam biasalah kan kalau klinik kerajaan memang nak tunggu turn tu agak lama. Eh. Bukan agak. Tapi memang lama. Saya dan suami dan Muslim dan bukan sekali dengan orang kampung seksyen 8 shah alam sampai klinik pukul 730 pagi lagi. Tapi sampai pukul 11 turn masih lagi tak muncul tiba. Fuh.

Duk sibuk sibuk tunggu turn tetiba ada sorang lelaki ni datang duduk dekat suami pastu menyoal itu ini. Masa tu turn saya baru sampai.

"Anak pertama ke bang?"

Soal lelaki itu tanpa bagi salam. Hehe.

"Yep anak pertama"

Balas suami dengan nada macho. Haha.

"Ooh. Susah tak?"

Suami kepeningan bila lelaki tu tanya soalan susah tak?

"Susah apa yea?"

Soal suami dengan nada macho.

"Susah tak nak jaga anak dan mamanya?"

Soal lelaki itu lagi.

"Ehmm..masa awal awal baby lahir je kot susah. Sebab masa tu baby lembik lagi"

Balas suami dengan nada macho lagi dan lagi.

"Isteri abang kuat merajuk tak masa pregnant dulu?"

Suami saya nak tergelak bila di tanya soalan cepu emas zhulian ni. Kahkahkah. Tapi dia cover cover. Hiks.

"Oowwhh...lain orang lain peelnya"

Tetiba turn isteri lelaki tu pun sampai. Terus dia bangun masuk bilik jumpa doktor.

Suami cerita kat saya pasal peristiwa tu. Saya tergelak. Rasa kelakar bila lelaki tu tanya suami saya "Isteri abang kuat merajuk tak masa pregnant dulu?" Saya pun cakap kat suami saya dengan nada ayu:

"Maybe isteri dia kuat merajuk kot dengan dia. Hehehehehe"

Tapi seingat saya masa saya pregnant kan Muslim tak dek pulak saya merajuk bagai. Saya ok je rasanya. Tak banyak meragam. Meragam nak makan macam macam pun tak de. Cuma sesekali meragam nak makan Domino tu adalah. Yang lain alhamdulillah wokeh.

Lain orang lain peelnya lain juga hormonnya. Kan? So kalau isteri banyak merajuk time pregnant suami kenalah pujuk. Tapi si isteri janganlah terlampau merajuk. Nanti suami pun pening camana nak pujuk. Kesian suami. Last last peel merajuk tu menurun kat baby dalam perut tu pulak. Nanti dua dua pening nak pujuk anak.

Okelahtatatititutu.

Hati kechixx: Parlimen dah bubar so bila tarikh mengundinya?



1 comment:

sweety cadbury said...

jmput singgah blog... http://cweetykadbury91.blogspot.com/