Thursday, May 16, 2013

Makan benda sejuk ketika berpantang?

Makan benda sejuk ketika berpantang? 'Benda' tu merujuk kepada makanan. Means that makanan makanan yang bersejuk atau dalam erti kata yang panjang ialah makanaaaaaaaaaaaaaaaaaan yaaaaaaaaaang bersejuk. Boleh?

Oke. Kelmarin saya hapload gambar Magnum ni kat instageram.




Then ada kawan saya komeng.  




Tak boleh makan benda sejuk ketika berpantang sampai setahun ek? Hihi. Memang. Memang masa lepas bersalinkan Muslim dulu saya memang betol betol pantang 110%. Pakai kain batik je sepanjang zaman. Kiut pulak rasanya. Hihi. Menu saya selama 44 hari berpantang pulak hanyalah nasik berlaukkan sup ikan haruan semata mata. 44 hari saya duk telan tu je. Telan air liur glup glup je tengok orang lain seronok dengan syurga makanan yang lain. Fuh.

Lepas 44 hari baru lah saya start makan benda benda bergoreng. Itu pun masih takot takot. Tapi laksa..buah nangka n makanan/minuman yang sejuk sejuk saya masih berpantang larang.

Lepas je 100 hari berpantang barulah saya start makan makanan/minuman yang bersejuk. Itu pun tak dek lah kerap sangat. Slow slow makan. Sopan santun makan. Kiut miut makan. Boleh?

Sekarang Muslim pun dah 5 bulan. Saya makan je semua jenis makanan dan minuman. Cuma ada ketika saya berpantang jugak sebab fully breatfeeding. Yang sejuk sejuk memang saya telan je sekarang. Kalau air neskepi dan tea tu saya minum jarang jarang walaupun hakikat sebenarnya saya ni hantu kopi.

Hihi.

So konklusionnya lepas 100 hari memang saya dah start minum/makan semua jenisan manisan masaman pahitan sejukkan bekuan dan seluruh raja makanan dan minuman. Hihi.

Yang penting air suam memang kena minum kerap.

Korang camne?

Okelahbaii.

Thanks sebab sudi membaca. ;)

Hati kechixx: Muslim sedang kroohh tido saje saje. Hihi. ;)



2 comments:

Mizza Estrada said...

saya pantang 44 hari ja. lepas habis pantang trus minum air berais ni. tak tahan la. malaysia ni panas la. lagi2 bila kena buat kerja kat luar. hmmm..

Pearl Kaz said...

sampai setahun?? hurm.. mungkin dia dibesarkan dgn environment pantang mcm tu kot.. huhu. tp kite tak berkenan cara dia tegur.. hihihi