Tuesday, May 14, 2013

Selamat Hari Ibu, MAMA!

Hari IBU? Bila ek? Semalam ke? Ke dua hari lepas?

Hehee. Entahlah. Saya tak tahu pulak tarikh Hari Ibu ni sebab bagi saya hari hari ialah Hari IBU. Betol tak?

Ibu saya? Dia saya panggil Mama. Dialah semangat saya. Dialah ratu di hati saya. Dialah first lady saya. Dialah wanita saya. Dialah super power gedebom saya. Dialah tempat saya cerita itu ini begitu begini. Dialah twinkle twinkle little star saya. Dia lah tepok amai amai belalang kupu kupu saya. Dialah power puff girl saya. Dialah mother saya. Dialah segala galanya! ;")

Memang dulu masa kecik saya nakal. Walaupun nakal tapi saya comel. Eh? Hehe. Mama cakap jangan pergi main bola dengan budak laki kat padang saya pergi jugak. Yealah. Masa kecik kecik dulu saya suka kawan dengan budak laki. Heee. Salah sorang kawan lelaki saya ialah suami saya. Main basikal lah. Main badminton lah. Main bola sepak lah. Hihi. Dan selalunya orang azan magrib baru saya sampai rumah. Telinga saya jadi mangsa. Kena tarik bagai.

Kelakar pulak bila teringat. Hihi.

Tapi sejak saya jadi mak budak ni saya mulai faham pergorbanan sebenar seorang ibu. Jasa dan pengorbanan ibu amatlah besar dan tidak mungkin dapat di balas. Kan? ;")

Hari hari hari IBU.

Masa ni Muslim baby lagi. Sekarang pun masih baby. Hiihi.


Saaaaayannnnggggggg mama sangat!!!! ;")

Hati kechixx: Kadangkala pendapat kita berbeza dengan ibu bapa kita. Namun mengalahlah kita. Sebab ibu bapa kita terlebih dulu merasa garam dari kita. Kan? ;')


4 comments:

Lelaki Ini said...

slmt hari ibu..

zulhilmi tempoyak said...

selamat hari ibu kepada mama2... :D

Rara Nasiha said...

Selamat hari ibu. Untuk awak dan juga mama awak :)

Lya Colours said...

selamat hari ibu =)