Tuesday, June 25, 2013

Dah start aktif dah.

Fuh. Fuh. Sejak Muslim masuk usia enam bulan ni dia dah makin aktif. Ni dah pandai angkat punggung tinggi tinggi. Sexy youuuuuu. Hihi. Pastu dah belajar nak duduk. Mandi pun dah nak duduk saje. Dah tak nak baring baring. Apa barang baring baring. Tak macho. Hihi.

Hai.
Saya ada mama yang power. 
Buwerrrrkkkkkk. 

Yang kacak:
Muslim


Kalau tinggal dia kat ruang tamu sorang sorang kejabbbb je tetiba dah pusing 360 darjah dah. Habis barang dia selerakkan. Hihi.

Sekarang nak pakaikan baju pampers kat dia pun agak mencabar dah. Baru letak punggung kat atas pampers dah nak pusingkan badan. Baju selalu tak sempat nak pakai. Seluar apatah lagi. Pakaikan bedak berterabur atas lantai.

Tak sempat. Sebab Muslim ni lagi cepat dari saya. Berpeluh saya nak kejar dia. Ni dia baru nak belajar merangkak. Nanti dah boleh berjalan pastu berlari esok esok fuh fuh.

Hihi. Makan pulak banyak. Pas makan makan lagi. Pastu makan lagi. 

Seronok sangat!

Seronok sangat sebab dapat membesarkan Muslim depan mata. Seronok sangat tengok Muslim membesar dengan baik dan taff.

Alhamdulillah. Syukur.

Oh. Jerebu makin terok nampaknya. Take care semua! ;)

Like page kami: AM Shopaholics
Follow instagram kami: AM Shopaholics

4 comments:

Fazleyatul Aini said...

oo dah aktif ni kene jaga2. nanti dia main dekat tangga pulak. bahayaa

penyisir rambut said...

Allah3x....comelnya Muslim......semoga membesar dengan sihat...

hayati hashim said...

Betoi
Seronok tgk anak mmbesar depan mata
Walau penat walau mak kadang2 jadi zombie
Tapi tetap seronok!!!

cikpingu said...

mak ngn anak same2 cute