Wednesday, June 19, 2013

Makanan pertama Muslim.

Waaahhhh. Eksaitednya ini hari. Pepagi lagi saya melompat toing toing ke dapor sambil menyediakan makanan pertama untuk Muslim. Yep. Yep. Muslim dah boleh start makan ini hari. Semalam dia cukup enam bulan dan hari ini dia akan start makan kepsi. Eh?

Haha.



Untuk kali pertama ni saya masakkan bubur untuk Muslim. Di blend sampai betul betol lumat. Pastu tapis dulu bubur tu dengan penapis Mydin sebab for sure ada yang tak berapa nak lumat sangat. Then saya camporkan sikit dengan susu ibu.

Bila dah masuk dalam bekas saya lumatkan lagi dengan sudu. Mulut Muslim cap cap bunyik. Tak sabar nampaknya anak mama ni. Hehe.

Suapan pertama lulus. Kedua. Ketiga. Dan seterusnya sampai mengantuk dia kenyang. Lepas kenyang terus tido dengan lenanya.



Nanti malam turn kedua pulak nak suap. Dan malam nanti ayah ada bersama kita Muslim. Yea!!!

Oh. Untuk menu makanan pertama Muslim hari tu nurse kat klinik suruh saya bagi bubur yang di campurkan dengan susu ibu selama dua hari. Lepas tu try bagi sayur sayur macam carrot, bayam untuk dua hari seterusnya. Tak boleh campur dengan bubur. Just bagi sayur je. Hari kelima dah boleh start bagi buah macam pisang atau labu.

Bila Muslim tak dek cirit birit or sembelit barulah boleh campur adukkan semua makanan. Yang penting kena blend sampai hancor lebor.

Yeaaa! Anak mama dah besar. Alhamdulillah.

Terima kasih sebab sudi baca semua. ;)

Jom ushar Bawal Batik: Di sini
Like page kami: AM Shopaholics
Follow instagram kami: AM Shopaholics





7 comments:

Lady D'yot said...

klu muslim dh leh ckp, dia akn ckp, "cedapnye mama masak utk muslim.." hehe

saira othman said...

Comey sangat Saad Muslim nih...heiy...

Fay Jesselton said...

Cutenyaaa!! Record dan upload kat keek. First solid is always memorable ❤❤❤

penyisir rambut said...

alhamdulillah..kenyang nye muslim...

Sam Banjamin said...

semoga muslim sihat dan cergas... makan lagi muslim.. nanti cepat besar...

Lya Colours said...

wah muslim dah bleh makan sedap2 la pasni. jom muslim auntie belanja satey nak. hiksss

norinaomar said...

Cubalah google resepi solid food..ramai blogger yang letak resepi bergambar kat blog diorang..yang penting try and error..serasi kat budak lain tak semestinya serasi kat anak kita.
good luck.