Tuesday, June 18, 2013

Muslim jatuh katil!

Hari ni 18062013. Hari special. Sebab hari ni Muslim cukup 6 bulan. Dan hari ni jugak pestime Muslim jatoh katil. Adoyai.




Ok. Pagi tadi saya menyusukan Muslim. Dan kami sama sama tertido dengan aman sekali.

Duk syok syok mimpi saya terdengar bunyi kuat.

Gedebok!!!!!

Terus tersedar! Muslim jatuh katil!! Meremang bulu hidong saya. Sejok habis satu badann. Nak menangis saya di buatnya. 

Terus saya angkat Muslim. Nangis? Muslim nangis kejap je. Tak kuat sangat. Lepas saya angkat Muslim memang dia terus diam. Saya gosok gosok kepala dia. 

Sejuk habis satu badan saya. Berkali kali saya mintak maap dengan Muslim. Tapi seriyesly saya langsong tak sedar masa mana dia bangun. Masa mana dia merangkak kat katil. Adeh. ;(

Harap sangat Muslim tak dek apa apa. Ni sekarang saya tengok dia aktif macam biasa. Saya baca kat internet kalau baby yang jatuh katil tak de muntah muntah dan tak dek keluar apa apa cecair melalui telinga atau hidung dalam 24 jam InsyaAllah tak ada apa apa.

Muslimmmm. Mama mintak maap sangat taw anak. Mama sayangkan Muslim. Sayang tiada noktahnya anak. Muslim membesar dengan sihat dan sempurna oke. 

Lepas ni memang saya betul betul kena alert. Mama akan lebih alert sayang. Mama janji.

1 comment:

Norazizah Hashim said...

Comelnyer dia. Harap takder apa la tu :). Itu tandanya dia aktif, ada lg nanti aksi2 yg tidak kita jangka. Siap sedia :).