Friday, June 14, 2013

Rambut gugur teruk selepas bersalin.

Seriyesly rambut saya makin banyak gugur. Bersepah sepah di atas katil. Di lantai bilik. Ruang tamu. Dapur. Dalam bilik air. Atas cadar. Atas bebantal busuk. Kat baju dan di mana mana. Waaaaaaahhhhhh. Meriahnya rumah saya dengan rambut. Kalau kutip balik boleh buat rambut pelsu ni. Jual jual. Dua helai sepoloh hinggit. Hihi.

Dan yang paling dasyatnya ada lah sesekali sesekala rambut saya kat dalam mulut Muslim!! 

Fuh. Fuh.

Oke. Benda ni berlaku selepas Muslim pandai main air liur hari tu. Tak silap saya masa Muslim umur empat bulan. Memang biasa orang tua tapi hati muda cakap bila baby dah pandai menyembur haaahhh bermulalah hepisod gugur rambut. Mula mula gugur sikit sikit. Lama lama jadi bukit. Risau. Runsing. Berguling guling kepala duk pikir cara nak menyelesaikan masalah ini. 

Apa yang saya tahu keguguran rambut selepas bersalin itu normal. Cuma ada orang biasa biasa saje dan ada orang di tahap kritikal. Masa mengandundun memang rambut tak gugur sangat. Tapi bila dah melahirkan anak hormon seorang ibu akan berubah. Lepas selai selai gugur. Paling cepat hilang masalah ni bila baby dah masuk enam bulan. Dan ada jugak sampai anak dah masuk satu tahun baru hilang. Satu tahun? Lama tu nak nunggu.

Masa start gugur rambot hari tu saya buat biasa je sebab ingat biasa je. Tapi makin lama makin teruk. So hambik kepotosang mau potong rambut sikit. Tapi masih sama je.

So saya nekad nak start makan vitamin untuk rambut gugur. Pergi satu pharmacy kat seksyen sembilan shah alam sini. Dia suruh saya try makan Phyto-9.



Rasanya sangat tak sedap. Erghhhh. Makan sebijik sehari je. Tunggu punya tunggu keberkesanannya last last tak berkesan. Hihi.

Syampu pun saya dah tukar. Abang saya syorkan saya guna syampu Sebamed ni. Best gak pakai syampu ni. Rasa berhangin je kepala. Piung piung rambut di tiup hangin kipas. Terasa macam model syampu pulak. Tapi versi rambut gugur lah. Hihi.



Sekarang ni saya dah stop makan Phyto tu dan dah start makan Pil Food dari Bio Life. Ni cadangan kakak saya. Ubat ni kena makan tiga bijik sehari lepas makan. Rasanya tak seteruk Phyto. Harap harap berkuranglah keguguran rambut saya ni. 



Yang penting kita kena amalkan makanan yang sihat. Sayur buah semua tu penting. 

Oklahbai.

Terimasih sebab sudi baca. :")

3 comments:

duniafana said...

wife saya dulu mkn ni jgk ni

Lya Colours said...

saya ni yg belom kawen belom beranak pon rambut selalu gugur acaner? huhuhuhu

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

Assalammualaikum..
So mcmna lps ambil produk bio life? Ok x?