Thursday, July 11, 2013

Muslim demam lagi dan vaksin untuk Pneumococcal.

Assalamualaikum.

Semalam masa nak tidur saya pegang kepala Muslim. Tetiba je terasa panas. Pegang badan Muslim. Panas. Ya Allah. Terus saya bangun laju laju dan basahkan towel kecil lap lap kat seluruh badan Muslim. Ambik temperature. Letak bawah ketiak Muslim. Tup tup 37.3 celcius. Risaunya saya!

Hari tu baru je demam. Memang baru sesangat. First July hari tu. Semalam 10/7 demam lagi. Risau sangat. Terus saya kejutkan Muslim bangun makan ubat. Ubat demam yang hari tu. Alhamdulillah dia makan. Lepas makan ubat dia merengek tak boleh tido. Kesian anak mama. ;'(

Muslim cepat sembuh yea sayang. ;")


Saya ada terbaca pasal penyakit Pneumokokal kat blog mama arwah Aqil Hamzah. Sedih bila baca apa yang di ceritakan oleh Erina. Dan tetiba saya teringat pesan doktor kat Hospital Kubang Kerian, Kelantan (tempat Muslim bersalin) yang dia suruh saya ambik vaksin untuk Pneumokokal ni seawal baby dua bulan kat klinik swasta. Tapi vaksin ni memang mahal. Doktor tu cakap sekali dos dalam RM270 dan total dos yang kena ambik sebanyak 4 kali. Harga tu harga biasa kat Kelantan. Mungkin kat Shah Alam lagi mahal. Dan harga tu tak termasuk service doktor lagi. Doktor yang check Muslim tu siap tulis kat sekeping kertas lagi untuk saya. Siap tandakan bintang lagi kat situ. Betapa pentingnya vaksin itu untuk baby. Ya Allah kenapalah saya buat tak kisah saje sebelum ni?

Yep. Saya masih simpan lagi kertas yang di tulis
oleh doktor HUSM, Kubang Kerian.


Dan menurut doktor tu lagi vaksin ni memang tak dek kat klinik kerajaan sebab kos untuk vaksin ni memang mahal. Tapi bagi pendapat saya kenapa nak pikir kos semua? Kenapa tak pikir yang penyakit Pneumokokal ni menjadi PUNCA UTAMA kesakitan dan kematian di seluruh dunia yang meragut 1.6 juta nyawa baby setiap tahun!



InsyaAllah weekend ni kami akan terus ke Klinik yang menawarkan vaksin ni. Biar mahal seguni emas pun. Mama dan ayah sanggup buat apa sahaja demi kamu anak! ;")

Selamat berpuasa semua. ;)





3 comments:

Mimy Hamid said...

tak telewat lagi sis...akak pun fayel umur setahun baru buat jab ni

hayati hashim said...

Cepat sihat muslim!!

Fazleyatul Aini said...

mahalnya vaksin tu. tapi tu la, untuk anak2 ibu bapa sanggup buat apa saja.

salam ramadhan =)