Thursday, July 4, 2013

Rasa tersentuh bila Muslim....

Alhamdulillah demam Muslim dah ok hari ni. Dia pun dah tak cirit. Cuma macam selsema sikit.

Risau bila anak sakit kan?




Ok. Pagi tadi Muslim tido kejab saje pastu terus bangun aktif hoorey hoorey. Sampai saya kelam kabut nak buat bisnes lagi nak jaga Muslim lagi. Hihi.

Bila dah boring main dia nangis. Saya main ciku cak dia gelak balik. Lagi satu kesukaan Muslim kalau saya main hempas hempas kain kat lantai. Gelak sakan dia sampai keluar air liuq. Hihi.

Dah boring sangat dia start merengek. Saya bagi susu tak nak. Saya ajak bincang tak nak. Last last saya baring pastu terus ambik Muslim letak atas badan saya. 

Saya dodoikan dia dengan "tidur tidur Muslim nak tidur". Tepok tepok badan dia. Slow slow mata dia layu. Tertido atas badan saya. Rasa tersentuh sangat bila dia mudah lena di badan saya. Jantung kami di kedudukan yang sama. Dup dap dup dap bunyi. Mungkin dia dah biasa dengan kehangatan badan mamanya. Since dia dalam perut selama sembilan bulan lagi dia dah dapat rasa dan tahu siapa mamanya yang power ini. :")

Terus dia terlena dengan nyenyak sekali.

Tersentuh sungguh hati seorang mama. Semoga anak mama menjadi anak yang soleh dan cerdik pandai yea sayang. ;)

Take care semua! ;)


5 comments:

Sya Syazana said...

comelnya muslim :DD

✿ pink velvet ✿ said...

sy pon kadang buat camtu gaq kalau baby sy xnak tido lena

penyisir rambut said...

comel nye...pandai Muslim tdo...tak meragam pon...

ammelia yusoff said...

alolo comelnye dia :)

hayati hashim said...

Gaya tdo cmtu mmg bole mengundang air mata kan..