Monday, September 9, 2013

Baby dalam kandungan tak ada tempurung kepala.



Saya terbaca kat sebuah page ibu ibu kat facebook.

Sangat sedih bila baca luahan hati seorang bakal ibu ni.

Babynya dah 13 minggu. Scan semua alhamdulillah ok. Cuma doktor cakap kat dia baby tu tak ada tempurung kepala. Subahanallah. Dan doktor terus refer dia untuk check selanjutnya di HKL keesokan harinya.

Bila baca komen komen ibu ibu lain. Ramai ibu ibu suruh dia bersabar. Dan bila kandungan dah masuk 13 minggu sepatutnya tempurung dah nampak. Salah satu komen kat situ:



Semua ini kuasa Allah. 

Kepada ibu ibu yang sedang hamil sentiasalah amalkan Doa Ketika Bayi Di Dalam Kandungan.

DOA KETIKA BAYI DI DALAM KANDUNGAN.


-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dankepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



Semoga ibu tadi tabah menghadapi segala dugaan ini.

8 comments:

Suhaila Zahari said...

Besar betul dugaan ibu tu.Saya pulak baru kematian anak dlm kandungan 7 bulan,sedih sampai sekarang kalu teringat.Semuanya Kuasa Tuhan.Kita hanya mampu bersabar dan tabah.Semoga Tuhan beri kekuatan juga kpd saya dan ibu-ibu lain

Fazleyatul Aini said...

semoga beliau tabah. jangan putus berdoa kepada-Nya

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Ya Allah besar nya dugaan. kalau dah tersurat bukan rezeki ibu tu, semoga dia & suami dapat buat keputusan yg terbaik demi kebaikan bersama.

TelingaBulat said...

semoga tabah..insya allah xdepape la..semoga semuanye dipermudahkan dgn izinnya ;)

Chekgu Azrine said...

besarnya dugaan ibu tadi..semoga dipermudahkan urusan dia sepanjang mengandungkan anak dia..

dear xila said...

insyaAllah anak nya akan doakan ibunya ke syurga...yelah semoga diteruskan kandungan kan :) aminn semoga dipermudahkan

Umi Qi said...

Sungguh bayi itu anak syurga...syurga Allah...berat menanggung ujian Allah sebegini...tp Allah lebih mengetahui...amalina, mari kita doakan kesejahteraan arwah bayi ini...aminnn

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Saya tak tahu apa perasaannya..mungkin boleh fahami,tapi tak boleh nak selami..