Wednesday, September 18, 2013

Makin aktif ini Muslim.

Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi. Itu aktiviti saya sebelom Muslim bangun.

Sebab bila dia bangun je memang tak akan duduk diam. Kejap 'tolong' saya 'kemaskan' buku buku. Kejap 'tolong' saya 'lipat' kain. Tup tup preeeekkkk berak. Bau dia berak peeeehhhhh. Wangi tangat tangat taaaangat.

Hihi.

Dia merangkak makin laju. Pastu asyik nak berdiri saje. Pergi kat telibisyen di koreknya suis situ. Berdiri kat meja di tariknya benda benda kat meja. Pisang baru beli gedebok jatuh lebam habis pisang tu. Majalah peberet saya di koyaknya. Kekadang tak sempat nak baca pun. Bila saya ajak bergurau di koreknya mata saya. Haha.  

Buat saya gelak sepanjang hari saje ini budak. Lepas tu sekarang ni dah reti dah nak sikat rambut sendiri. Amboiiiiii.




So konklusion entry ni hari ni genaplah Muslim sembilan bulan dan bintang. Alhamdulillah. Sihat dan kacak selalu dia. Hihi.


2 comments:

Z@i Z@mR33 said...

tomeynya dia...aktif sgt2

Fazleyatul Aini said...

stay hensem ye muslim hehe