Thursday, April 3, 2014

Marah kat anak!

Itu hari saya pergi Tesco. Jalan jalan makan angin. Eh? Hihi. Jalan jalan cari barang. Kalau sesape perasan Tesco Extra Shah Alam kat roundabout tu dah siap pasang mesin utk bayor parking. Habislahhh lepas ni kena start bayar parking. Biasa masuk Tesco kan free. Ni masa depan nak kena start bayor parking pulek. Adeh. Nak kena survey Tesco kat tempat lain ni.

Ok. Saya duk tunggu suami solat kat tepi surau dalam Tesco. Kat area situ ada toilet untuk orang OKU. Dalam bilik air OKU tu saya terdengar suara orang laki menjerit jerit dan suara sorang budak nangis nangis.

Bapaknya menjerit kuat sangat!

"DUDUK DIAM DIAMLAH! NAK BASUH NI!!!!!!"

Memang semua orang yang duk area situ sama sama terkejut! Sama sama berpandangan. Sebab nya suara bapak budak tu memang kuat sangat!

Pastu saya dengar bapaknya sembur air kuat sangat kat anak dia. Anak dia menjerit:

"SAKIT!!!!!!"

"DUK ELOK ELOKLAHHHHH!!!!!"

Bushhhhhhhh. Bunyi bapaknya sembur air.

Budak tu nangis nangis. Saya dah mula geram. Geram kat bapaknya!!

Yealah. Kasar macam tu sekali dengan anaknya. Dah lah kat tempat awam. Adeh. Semua orang kat situ ternanti nanti bapaknya keluar dengan anaknya.

Pintu toilet di buka. Bapaknya keluar dengan muka marah. Masam je. Bengis je. Anaknya keluar menangis kuat terus berlariiiii sambil panggil maknya:

"Maamaaaaaa...mamaaaaa..tengok ayahh niii..."

Seluar budak tu habis basah! Kesian sangat saya tengok budak tu. Geram nak dush atas dahi bapaknya. Sampai hati buat macam tu kat anak dia. Saya tengok budak tu dalam umur 3 atau 4 tahun kot. Kecik lagi. :(

Kesian sangat sangat!


Anaknya sengeh nampak gigi.
Tapi maknya sengeh senget saje.
Haha.

Anak anak adalah amanah dari Allah. Kita yang mencorakkan mereka. Maka, perbanyakkanlah berdoa agar anak-anak kita dijadikan umat yang soleh dan solehah.

Sebenarnya apabila mak pak menjerit kat anak ia sesuatu yang menakotkan. Dan akan membuatkan anak kita menjadi seorang penakut. Perasaan macam ni boleh terbawak bawak sampai anak kita membesar.

Marah pada anak ni membuatkan anak kita akan mengalami gangguan jiwa dan emosi. Memori anak kita yang kecil memang sangat kuat. Mereka belajar dari apa yang mereka dengar dan lihat. Kita sebagai mak pak mereka adalah modelling untuk mereka.

Mereka belajar dari tindakan kita sendiri. Contohnya bila kita nak marah anak, kita menjerit kuat lepas tu kita pukul anak lepas tu kita cubittt anak. So dari situ anak kita akan belajar kalau nak marah mesti kena jerit kuat, mesti kena pukul dan mesti kena cubit. Dan mangsanya mungkin kawan kawan anak kita kelak.

Kalau anak kita ada buat salah tegurlah secara berhemah. Peluk dan usap anak kita dan cakap dengan nada yang perlahan.

Contohnya:

"Muslim sayang mama tak? Kalau sayang jom kita suruh bapak belanja kepsi"

Hehe.

[Tips untuk mengawal kemarahan dari Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah]

1)  Istighfar
2)  Senyum
3)  Melihat cermin untuk melihat bagaimana hodohnya rupa kita ketika marah.
4) Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
5)  Ta'awuz (auzubillah..)
6)  Banyak minum air
7)  Ambil wudhu
8)  Tukar tempat
9)  Pecahkan dengan melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan riadah.
10) Jaga pemakanan (orang yang suka makan daging merah cepat marah)
11) Memaafkan orang lain
12) Ingat mati


"Be The Person You Want Your Child To Be"

Seperti Sabda Rasulullah s.a.w:

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

Semoga bermanfaat buat kita semua.

:)

5 comments:

mOoN IzzaN said...

Kadang2 ada jugak tgk org marah anak berlebih2.. Tpi pastu tau pulak yg anak2 ikut apa yg kita buat.. Nnt anak2 dah besar marah2 kita, siapa kita nak salahkan? Huhu.. Pernah jugak terlepas marahkan aisya but marah2 syg la..x smpi hati nak jerit2.. Huhu

mrs kayrul said...

rasanya klu bab nak cibok anak kat shopping complex better bagi si isteri yg buat sebabnya selalunya semua nie xde kesabaran yg tinggi

mama ila said...

kesian pulak teringat kat budak tu...bapak dia garang sangat kot

Sue Sopian said...

sedih pulak bila baca psl bapak marah anak ni.. kesian anak tu..
kdg2 mmg la kelakuan anak akan menguji kesabaran kita..
tapi itu la ujian dan dugaan Allah dlm membesarkan anak-anak..
huhu.. moga2 sy juga mampu bersabar dgn kerenah anak.. :)

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

kanak kanak ni kena bersabar sikit dengan mereka, mereka nak belajar banyak perkara masa nak besar nih